Album Cahaya Kumpulan Nasyid Damai Memang Mendamaikan

    2
    76
    Cover album kumpulan nasyid damai
    Cover Album Kumpulan nasyid Damai

    Assalamualaikum dan saam sejahtera.

    Usai sesi pelancaran album pertama Kumpulan Nasyid Damai di Majlis Iftar eQurban tempohari, aku turut mendapat cakera padat album tersebut daripada mereka. Jadi aku rasa terpanggil untuk membuat review album ini.

    Keesokan harinya aku terus memutarkan cd album Kumpulan Nasyid Damai yang diberi tajuk “Cahaya” ini. Biasa la hari pertama aku terpaksa membiasakan telinga aku dengan iramanya.

    Hari kedua irama dan lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album ini dah boleh bersatu dengan telinga aku. Hari ketiga dah boleh menyanyi sekali.

    Secara keseluruhannya album cahaya daripada Kumpulan Nasyid Damai ini berbaloi la untuk dibeli. Memang tak rugi la keluarkan duit.

    Album Kumpulan Nasyid Damai ni secara keseluruhan memang mendamaikan. Semua lagu dalam album ni sedap terutama lagu Damai dan Khalid Al-Walid.

    Anak-anak aku pun suka. Kitorang dengar album ni dalam kereta di sepanjang perjalanan balik kampung ke Kuala Terengganu. Anak-anak aku pun dah boleh menyanyi bersama.

    Pertama kali dengar lagu-lagunya, aku terus teringat kepada Kumpulan In-Team dan UNIC. Susunan muzik dan gaya nyanyian Kumpulan Nasyid Damai ini ada persamaan. Bila aku belek cover CD, memang betul. Susunan muziknya dibuat oleh salah seorang anggota Kumpulan Nasyid UNIC.

    Oh ya, jangan terkejut. Dalam album ni ada satu lagu yang diselitkan irama rap. Lagu tersebut adalah lagu Cahaya Rasulullah.

    Diselitkan juga dua zikir iaitu Selawat Badwi dan Zikir Kesyukuran.

    album kumpulan nasyid damai
    Lagu-lagu yang dimuatkan ke dalam album Cahaya Kumpulan Nasyid Damai

    Cuma yang sedikit kurang pada pandangan aku ialah susunan muziknya yang seakan sama pada beberapa lagu di dalam album tersebut.

    Kumpulan ini boleh la dikatakan protege kepada Kumpulan in-Team. Jadi tiada pembaharuan kepada sebuah kumpulan nasyid yang baru. Aku sebenarnya lebih gemar kepada kumpulan yang muncul dengan susunan lagu dan muzik yang baru. Biar ia tidak dibandingkan dengan kumpulan yang terdahulu.

    Apa-apa pun album kumpulan ini secara keseluruhannya adalah best! Berbaloi keluarkan duit untuk membelinya. Daripada 5 markah, aku bagi 3.5 markah untuk album sulung kumpulan Nasyid damai ini.

    kumpulan nasyid damai
    Anda boleh ikuti infi terkini Kumpulan Nasyid Damai di Facebook dan Youtube

    Anda boleh mengikuti aktiviti dan info terbaru kumpulan ini di sini.

    2 COMMENTS

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here