3

Album Rindukan Cahaya Daripada Muadz Dzulkefly Best

Album Rindukan Cahaya Daripada Muadz Dzulkefly Best - depan

Cover depan albumRindukan Cahaya daripada Muadz Dzulkefly

Album Rindukan Cahaya daripada Muadz best ke?

Siapa kenal Muadz Dzulkefly? Terus terang aku cakap, aku memang tak kenal siapa Muadz Dzulkefly sebelum ini. Sehinggalah aku menghadiri jemputan Majlis Iftar anjuran eQurban baru-baru ini.

Usai sidang akhbar yang diadakan di akhir majlis tersebut, kami didatangi oleh puan Syilda Ismail, Pengurus Artis kepada Muadz. Sedikit penerangan daripada Puan Syilda, tau lah aku siapa Muadz.

Sebenarnya Muadz sudah lama berada di dalam industry Nasyid. Cuma album sulungnya belum muncul. Album Rindukan Cahaya inilah album sulung Muadz yang ditunggu-tunggu.

Selepas menghadiahkan kami para bloggers dengan “duit raya” Puan Syilda turut menghulurkan sekeping cakera padat album sulung Muadz ini utnuk direview.

Ok, apa komen aku tentang album ini?

Album Rindukan Cahaya Daripada Muadz Dzulkefly Best

Terus terang aku katakan, aku mengambil masa lebih daripada seminggu untuk mengasimulasikan muzik daripada album ini dengan halwa telinga aku. Kalau sebelum ini aku hanya ambil masa 3 hari sahaja untuk membiasakan irama album Damai daripada Kumpulan Nasyid Damai, masa yang lebih aku perlukan untuk album Muadz ini.

Tapi bila lepas seminggu iramanya dah jadi semakin best pulak. Situasi ini mengingatkan aku kepada lagu-lagu daripada Yuna. Lihat saja lagu “lelaki” misalnya. Awal-awal dengar lagu tu aku macam nak tergelak pun ada. Tapi lama-;kelamaan lagu tersebut menajdi semakin sedap didengar dan dah jadi top pun sekarang.

Macam tu lah lagu-lagu daripada album Muadz ini. Aku rasa lama-lama nanti akan jadi semakin best.

Sekarang ni pun aku dah macam ketagih je nak dengar lagu-lagu daripada album ini. Pantang naik kereta, mesti aku buka lagu-lagu Muadz.

Lagu-lagu dalam album ini tak banyak. Ada 8 tracks je. Dan 3 daripadanya adalah instrumental. tapi susunan muziknya amat mantap. Macam album antarabangsa je aku dengar masa pertama kali pasang kat pemain CD kereta aku.

Album Rindukan Cahaya Daripada Muadz Dzulkefly Best - lagu-lagu

Lagu-lagu dalam album Muadz Dzulkefly

Bila aku cek kat cover album, terus aku berbisik: “ooo patut la muziknya mantap”. Anda tau kenapa? Sebenarnya susunan muzik dan lirik album Muadz ini hasil nukilan daripada Noe dan Widi daripada Kumpulan Letto, yang popular kat Indonesia tu. dengar ceritanya rakaman album pun dibuat disana.

Tahniah Muadz. Untuk orang seperti aku, lagu-lagu nasyid atau ketuhanan macam ni lah yang aku cari. Ia lain daripada yang lain. Ia agak lari daripada irama lagu nasyid yang biasa didengar. tapi aku suka kelainan macam ni.

Tahniah Muadz dan semua crew yang terlibat.

Kalau tanya aku track mana yang paling aku suka, aku jawab, semua tracks aku suka sekarang ni.

Jadi kepada sesiapa nak beli album Muadz ni, aku rekomen anda beli. Memang berbaloi dengan duit yang dikeluarkan. harga pun tak mahal sebenarnya. RM19.90 je kalau tak silap aku.

Yang nak ikuti aktiviti dan info daripada Muadz bolehlah LIKE page facebook beliau INI.

Album Rindukan Cahaya Daripada Muadz Dzulkefly Best - beli lagu online

Lagu-lagu dan nada dering telefon Muadz Dzulkefly boleh dibeli secara online

Kesimpulan yang aku boleh buat, album Rindukan Cahaya daripada Muadz Dzulkefly ini best!

p/s: Terima kasih Puan Syilda sebab bagi CD Muadz secara percuma. Oh ya, terima kasih juga sebab bagi duit raya kepada kanak-kanak dewasa ini.

Show Comments

4 Comments

  1. shafwan August 19, 2013
    • sohoque August 19, 2013
  2. boni kacak August 20, 2013

Leave a Reply

%d bloggers like this: