Allahyarham Azhar Ramli ataupun lebih dikenali oleh rakan taulan sebagai Bro Jejai agak popular dikalangan rakan bloggers. Namun aku tidak sempat bersua muka dengan Allahyarham Jejai.
Aku secara peribadi tidak pernah berjumpa dengan hamba Allah tuan punya blog terakarmo ini. Pertama kali aku dengar nama Allahyarham Jejai ialah lebih kurang setahun yang lalu daripada Mr Jocko. Masa itu aku baru mengenali dunia penulisan blog dan Allahyarham Jejai sudah pun mengidap penyakit kanser.

Daripada cerita Mr Jocko, aku tau Allahyarham amat humble dan baik orangnya. Ramai bloggers yang menyenangi beliau.
Bermula daripada itu timbul hasrat di hati ini untuk menemui beliau secara peribadi. Namun hajat aku seperti terhalang. Pernah aku merancang dengan Mr Jocko untuk melawat Allahyarham di rumahnya. Namun perancangan tinggal perancangan.
Ada yang mengatakan Allahyarham kurang suka untuk menerima tetamu kerana tidak mahu orang bersedih dengan keadaan dirinya. Wallahua’lam.
Sejak itu aku sering menjenguk blog Allahyarham Jejai. Tetapi dek kerana blog Allahyarham sudah lama tidak dikemas kini (kali terakhir pada 5 Ogos 2012), aku semakin jarang ke sana.
Namun aku sering membaca updates nukilan blogger-blogger yang rapat dengan Allahyarham tentang keadaan semasanya. Sehinggalah satu dana telah dilancarkan untuk Allahyarham.
Entri ini sudah cukup membuatkan airmataku tumpah. Entri daripada Bro Eyriqazz yang ini berjaya membuatkan air mataku deras mengalir. Waktu itu aku di restoren mamak. Ku kesat air mataku tanpa menghiraukan pandangan orang sekitar meja makan ku.
Di majlis Sepetang Bersama Bloggers 2013 (SBB 2013), Aku hanya menyedari kehadiran Allahyarham Jejai apabila Tok Penghulu Bro Ilham terhenti ucapannya dek kerana sebak tatkala menyebut nama Allahyarham Jejai.
Waktu itu terasa aku ingin pergi ke meja Allahyarham Jejai. Tetapi tak mungkin kerana majlis sedang berlangsung. Ku pendam rasa dan menunggu hingga habis majlis. Tetapi majlis Sepetang Bersama Bloggers 2013 (SBB 2013) berakhir agak lewat. Dan aku terpaksa bergegas pulang untuk menghadiri satu lagi majlis di Putrajaya. Sekali lagi hasrat tidak kesampaian.
Sehinggalah semalam aku jenguk Facebook dan terlihat status cik Nurul mengatakan Allahyarham Jejai sudah kembali ke rahmatullah. Aku whatsapp Mr Jocko minta pengesahan dan beliau mengesahkan dengan merujuk kepada twitter kak Red.
Sedangkan sehari sebelumnya ialah hari ulangtahun Allahyarham Jejai. Status Facebook isteri Allahyarham amat menyentuh hati menggambarkan tabah dan setianya isteri tercinta.

Di malamnya pula aku terlepas pandang tentang rancangan rakan bloggers yang berkumpul di Masjid Negeri Shah Alam untuk bersama-sama melawat keluarga Allahyarham Jejai.
Aku hanya sedar rancangan tersebut apabila membaca status di Facebook dan pada masa tu jam sudah pun pukul 10.30 malam. Terlepas lagi aku untuk berjumpa Allahyarham Jejai untuk kali terakhir.
Ikuti pesanan keluarga Allahyarham Jejai yang disampaikan kepada rakan blogger yang pergi melawat malam tadi disini.
Mungkinkah aku tidak layak untuk bertemu insan agung yang disanjung rakan-rakannya yang bernama Azhar Ramli aka Jejai ini? Allah sahaja yang tau.
Kepada keluarga Allahyarham Jejai, sekalung takziah saya sekeluarga hulurkan. Harap bersabar menempuh dugaan.
Kembali kepada Pencipta itu sudah pasti kepada makhluk bernyawa. Cuma bila waktunya menjadi rahsia.
Yang diberi tanda-tanda (sakit) seperti Allahyarham Jejai mungkin ada hikmahnya. Sekurang-kurangnya amal baik yang tertinggal boleh diganti semula.
Lebih bahaya kepada kita yang sihat wal afiat ini. Takut maut memanggil tanpa disedari. Amal yang baik belum sempat dicukupi. Maka menjawab lah kita di akhirat nanti.
Wallhua’lam. Sekadar nukilan daripada insan kerdil yang berhasrat untuk mengenali insan bernama Jejai dengan lebih dekat tetapi tidak kesampaian.
“Whatever you do,Whatever happen,Whatever ever,Life has to go on…”
(motto blog teratakarmo.com)
Al Fatihah
mu la tak bawak aku jumpa arwah.. sampai akhir hayat aku tak sempat jumpa… huhuhu
Al fatihah untuk Arwah….sempat jumpa 4 kali dengan beliau.
aku tak sempat jumpa hingga akhir hayatnya. huhuhu
Sama2 kita berdoa untuk kesejahteraan arwah abg Jejai di sana, moga rohnya tenang menghadap Ilahi
Myra Jay recently posted..Sophea Natasha anak kedua Dr Sheikh Muszaphar – Comel
Ameen
al-fatihah..
wlaupn aku x knl beliau,tp aku jgk trut sayu..
huu
Katak Comel recently posted..PERGH!!! GAMBAR NORA DANISH BERBAJU KETAT
Kematiannya terasa kehilangan dan pergi dikenang. Tanda husnul khotimah tu
al-fatihah….
fyna recently posted..11 JENIS MANUSIA YANG DI DOA MALAIKAT
Al fatihah buat arwah. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
daddydee recently posted..Hari Kekasih Buat Kekasihku
al fatihah.. hanya kenal pada namanya saja
zool recently posted..Kagum pada ibu
Allahyarham salah seorang blogger otai
moga arwah ditempatkan dlm kalangan orang yang beriman. al-fatihah….
Leeza dayasari recently posted..A Good Day To Die Hard [REVIEW]
Ameen
sohoque recently posted..Applikasi Android Ustaz Azhar Idrus
tak sempat nak berkenalan lebih rapat dgn arwah,tapi pernah sama2 join contest eyriqazz iaitu my pinky contest…masa tu vote eca 100% menyokong arwah….sebab tgk gmbr beliau,mmg tergelak2x habis….alfatihah.
p/s : eca dah g interview UTC tu.mmg mcm yg bro ckp…so,buat masa ne,xterfikir lagi nak teruskan dgn UTC,ada sedikit terkilan masa interview tu.hikhikhik….. 🙂
ecadwinkyasha recently posted..Ranking & Traffik Blog
Alfatihah
itulah.. baru nak tanya pasal UTC tu… sib baik eca duk jauh.. kalau tak sure saya approach eca utk utc tu.. hehehe
sohoque recently posted..Applikasi Android Ustaz Azhar Idrus
jgn ckp pasal utc…sakit hati skrg.nnti2 je.hahaha ~
ecadwinkyasha recently posted..Blogger jual diri
mmmm… mesti ada something yg berlaku ni.. tak per, saya bg masa dulu.. next saya tanya lg.. ok? heheheh
belasungkawa Jejai.. beliau sangat disenangi semua orang.. aku sempat mengusung kerandanya dan menurunkannya ke liang lahad.. cukup mudah urusan kebumi hari ini.. Subhanallah..
KiD recently posted..Happy Birthday My Sha | 31 Tahun Sudah
Alhamdulillah.. Allah saja yang tahu. tp kalau tgk tanda2 selepas mati macam pengakhirannya husnul khatimah..
sohoque recently posted..Applikasi Android Ustaz Azhar Idrus
[…] pada aku terfikir bagaimana dapat aku bersua muka dengan beliau, tiba-tiba aku dikejutkan dengan berita kematiannya. Beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada tarikh hari ini di tahun 2013. Aku ingat tarikh ni […]