Ajal dan maut di tangan tuhan. Apabila telah tibanya ajal kita tidak boleh menangguhkan ataupun mempercepatkannya walaupun sesaat.
Namun ajal yang menimpa adik Dirang (Nurul Nadirah) amatlah tragis. Tergamak sungguh “manusia” itu membunuh dan membakar sebegitu rupa seorang insan kerdil yang lemah. Sesungguhnya jiwa manusia zaman sekarang sudah banyak yang rosak.
Setakat ini 4 suspek telah ditangkap untuk siasatan kes ini yang menurut polis mungkin bermotifkan balas dendam. Laporan lanjut di sini.
Namun apa pun, segalanya telah terjadi dan pastinya menyimpan hikmah yang besar di sebalik kejadiannya. Hanya Allah saja yang tahu.
Untuk keluarga arwah adik Dirang, diharap dapat banyak bersabar dengan kejadian ini. Ingatlah anak hanyalah pinjaman kepada kita. Allah jua yang berhak ke atasnya.
Untuk arwah adik Dirang, moga dikau bersama para muslimin yang dijanjikan syurga. Amiin.
[…] Belum pun reda kes culik dan bunuh Adik Dirang, kita dikejutkan lagi hari ini oleh kes penculikan Siti Nur Fatihah Mahadi, 15 tahun dari Taman Tas Kuantan. Ikuti kisah Adik Dirang di sini […]