8

AlFatihah Buat Bob Kuman

Bob kuman meninggal dunia

Keratan Akhbar Berita Harian

 

Innalillahi Wainna Ilaihi Raaji’uun.

Alfatihah. Baca dan sedeqahkan kepada arwah Bob. Moga sedeqah kita sampai kepadanya. Dan semoga bila kita meninggal nanti pun orang ramai akan bersedeqah juga kepada kita. Amiin.

Berita kematian Bob aku terima petang semalam melalui laman Facebook. Sumber berita adalah melalui blog Mazidul Akmal Sidek yang juga rakan dan jiran Allahyarham.

Hari ini banyak laporan-laporan daripada akhbar-akhbar tempatan tentang kematian Bob. Walaupun beritanya tidak lah besar namun sedikit sebanyak dapat mengurangkan cerita-cerita lucah yang berleluasa sekarang.

Untuk orang-orang yang berfikir, berita tentang kematian ini bukanlah hanya sekadar berita. Tetapi ianya adalah peringatan besar daripada Allah bahawa kita hidup hanyalah sementara. Yang ada semuanya adalah pinjaman daripada Allah yang akan diambilNya bila-bila masa sahaja. Banyakkanlah amal didunia untuk bekalan disana nanti apabila nyawa sudah terpisah dari badan. “Berkerjalah seperti mana kamu akan hidup selama-lamanya. Beramallah kamu seperti kamu akan mati pada esok hari. “. Ada yang berkata ini hadith. Tetapi saya sedikit ragu dan setelah membuat sedikit research sebenarnya ini bukan hadith. Ianya kata-kata yang diucapkan oleh ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-’Ash.

Bob meninggal dunia disebabkan komplikasi penyakit jantung, paru-paru berair dan darah tinggi yang dihidapinya. Lebih tragis apabila diberitakan Bob baru sahaja mendirikan rumahtangga buat kali kedua pada bulan lepas. Arwah belum pun sempat berbulan madu. Moga isterinya tabah menghadapi dugaan.

Bob di akhir hayatnya saya tengok begitu berminat untuk mempelajari agama Islam dan mendekati ulama’. Ini dapat dibuktikan apabila Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang datang melawat Allahyarham sewaktu sakit. Moga kematian Bob merupakan “Husnul Khatimah” kepada Allahyarham. Dan moga Allah kurniakan husnul khatimah kepada saya dan anda juga seperti yang selalu kita minta di dalam doa:

“Allahummakhtim ‘lana bi husnil khaatimah

wala takhtim ‘alaina di suuilkhaatimah”

Ya Allah sudahkanlah (matikanlah) kami dengan kesudahan yang baik

janganlah Engkau sudahkan kami dengan kesudahan yang buruk

Aamiin Ya Rabbal ‘aalamiin.

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply

%d bloggers like this: