Hari ni Isnin. Cuaca agak mendung walaupun matahari mula memunculkan diri dengan sinar yang sedrrhana terik. Mungkin disebabkan hujan di subuh hari tadi, kesannya masih terasa sampai pagi ini.
Awal pagi tadi kita dikejutkan dengan berita kematian Pak Yus, seorang pelawak yang dikenali ramai daripada kumpulan Jambu. Ya… Sahih, pak yus Jambu meninggal dunia! Innalillahi wainna ilaihi raajiuun.
Pelawak yang mula menempa nama dengan rancangan Raja Lawak ini sebenarnya seorang rakan artis yang disegani oleh ramai orang. Sifat lawak bersahaja dan tidak meninggi diri menjadikan pelawak ini disenangi oleh kebanyakan rakan artis.
Sekarang ni pun aku sedang mendengar radio HotFM. Ada topik khas AM Krew pagi ni iaitu perkongsian rakan-rakan Allahyarham tentang Allahyarham Pak Yus.
Rata-rata rakan Allahyarham menghormati dan menyegani beliau sebagai seorang rakan yang mesra, caring dan tidak sombong.
Punca kematian Allahyarham dipercayai daripada sesak nafas akibat daripada serangan jantung. Bahaya sebenarnya sakit jantung ni.
Masih aku teringat kisah Allahyarham sewaktu memenangi Raja Lawak dahulu. Kereta yang beliau dapat sebagai hadiah kemenangan sebagai juara Raja Lawak terpaksa beliau jual kerana kesempitan wang. Ibubapanya telah meninggal dunia. Dia kurang rapat dengan adik beradik yang lain mungkin kerana statusnya yang tiada pekerjaan tetap pada masa itu.
Menyedari beliau tiada hartanah, tiada simpanan wang sehingga susah untuk menghadiri event-event yang dijemput, beliau bertin dak bijak dengan menjual atau menukarkan keretanya kepada taukey Cina di Ipoh. Sebagai tukaran, taukey tersebut memberi kereta Waja dan duit tunai. Dapatlah beliau menggunakan kereta Waja tersebut dan wang tunai sebagai modal untuk teruskan kehidupannya sebagai anak seni selepas itu.
Allahyarham ni seorang yang suka menolong orang. Nampak seperti tiada keistimewaan apa-apa sewaktu hayatnya. Tetapi apabila kematian menjelma, barulah orang sedar akan kebaikan dan jasa beliau. Sejak awal pagi selepas beliau dimasukkan ke wad di Hospital Selayang, orang ramai yang terdiri daripada kenalan dan keluarga tidak putus-putus datang melawat. Begitulah gambaran Allah tentang kebaikan beliau sewaktu masih hidup dahulu.
Hanya orang yang pernah mengenali beliau sahaja yang tahu betapa Allahyarham ini adalah seorang yang baik dan disenagi ramai orang.
Kawan-kawan aku dah beberapa orang pergi mengadap ilahi disebabkan sakit jantung ni. Seorang daripadanya ialah seorang peguam yang suka bersukan.
Beliau memulakan hari dengan jogging di awal pagi. Kemudian membuat latihan angkat besi di gym. Makan minum memang dijaga. Petang pula sekali lagi beliau jogging beberapa kilometer.
Namun beliau adalah perokok tegar. Amalan ini dipercayai menjemput penyakit jantung. Bahayakan merokok ni! Walaupun bersukan dan jaga pemakanan namun disebabkan merokok ia masih mampu merosakkan badan.
Jadi kepada yang suka menghisap asap baik asap rokok ataupun wap vape, jom la berhenti. Hidup anda akan lebih sihat tanpanya.

Kepada ahli keluarga dan rakan-rakan Allahyarham Pak Yus, moga anda semua tabah menghadapi kenyataan. Banyakkan bersabar. Setiap sesuatu yang hidup pasti akan mati. Kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Aameen.
Takziah diucapkan kepada ahli keluarga Pak Yus.
Bahrain recently posted..Contest Review Lynk.my 2015
siapa tahu kisah silam beliau pasti bersimpati dengannya…
Ikhwan recently posted..Melawat Rumah Yang Nak Dibeli
Kaaaan. Moga rohnya ditenpatkan dikalangan roh orang2 beriman