21

Amal yang kecil pada pandangan kita tapi mungkin besar di pandangan Pencipta

tolong menolong walaupun dalam perkara kecil adalah salah satu cara mudah untuk dapat pahala

tolong menolong walaupun dalam perkara kecil adalah salah satu cara mudah untuk dapat pahala

Hari ini tiba masa kereta aku diservis. Bunyi bising berdengung sewaktu kelajuan mencecah 70 km/jam memang mengganggu pemanduan sejak seminggu yang lalu. Pagi ini aku ke workshop yang menjadi feveret aku di Selayang untuk selesaikan masalah tersebut.Setelah diperiksa, masalah yang dikenal pasti adalah bearing yang sudah sampai masa ditukar. 4 bearing akan ditukar. Terbang juga dekat RM2 ribu. Tapi itu masalah lain. Bukan itu yang aku nak cerita. Biasa la dah pakai kereta, kena la tanggung mentenance.

Sementara menunggu kereta aku diservis, aku hanya melayan whatsapp dari group-group whatsapp yang banyak ni. Memang tak terlayan kalau di waktu ada kerja. Waktu terluang macam ni lah baru ada peluang nak baca satu persatu mesej-mesej tersebut.

Lalu ditakdirkan aku membaca whatsapp dibawah. Whatsapp mesej yang memberi idea dan benar-benar celikkan mata aku. Ada cara mudah untuk dapat pahala. Nak buat baik bukan susah sebenarnya. Yang jadi susah kerana hati kita tak terbuka untuk berbuat baik

Honda Civic aku

Honda Civic aku

Sekecil-kecil perkara yang baik besar di mata Allah bergantung kepada keikhlasan kita.

Ni mesej whatsapp yang aku akan cuba amalkan selepas ini:

Saya hadir ke pejabat imigresen hari ini untuk perbaharui pasport kerana bercadang nak berumrah bulan Disember nanti. Menunggu giliran untuk mendapat passport, saya duduk di kerusi menunggu dekat kaunter mengisi borang. Pegawai yang mengurus kata dalam satu jam baru siap. Ketika jemu membelek komen fb, otak ligat berfikir apa yang aku boleh buat baik disini. Nak bertegur sapa, yg menunggu wanita belaka, sekadar senyum sahajalah. Seorang lelaki yang datang ke kaunter menulis tetiba bertanya kepada saya,

Encik, ada pen dak. Pen yg depa sedia habis dakwat.”

Saya memang tak bawa pen. Dia mungkin segan nak bertanya orang lain, lalu berjalan keluar.

cara lain yang mudah untuk dapat pahala, sedeqahkan pen

cara lain yang mudah untuk dapat pahala, sedeqahkan pen

Segera Allah gerakkan hati saya melihat ini sebagai peluang berbuat baik yang saya tunggu. Saya bergegas keluar mencari kedai yang jual pen. Beli tiga batang dan berpatah balik ke kaunter tadi. Pen yang habis dakwat diganti baru, ada dua yang habis dakwat.

Syukur kerana Allah buka kesempatan berbuat baik ketika berada disini, Allah makbulkan niat untuk berbuat baik. Iktibarnya, selalulah berfikir untuk buat baik, nanti Allah buka jalan untuk berbuat baik.

Seterusnya, kemana kita pergi, selalulah mengintai peluang dan kesempatan untuk berbuat baik. Pen itu akan memudahkan banyak orang, pihak pejabat mungkin tidak sedar pen telah habis dakwat, apa salah kita rebut kesempatan ini untuk menjadi kebajikan kepada berpuluh mungkin beratus orang yang akan menggunakannya. Saya nak cadang, bawa pen lebih bila berurusan di kaunter pejabat yang memerlukan pengisian borang, jika ada kesempatan seperti yang saya ceritakan, rebutlah. Mungkin pen saya RM 1 sahaja, tetapi itu bukan nilainya  disisi Allah. Jangan sis-siakan kesempatan berbuat baik walau sekecil mana pun.

Apa lagi agaknya kesempatan yg boleh direbut. Saya pernah bercerita kisah orang meninggalkan RM50 kepada penjual air tebu sebagai bayaran kepada siapa yang datang minum, sebagai sedekah jariah. Mungkin meninggalkan selipar di tandas masjid atau surau, cebok air di kolah masjid, kerusi lipat untuk orang yang tidak berupaya bersolat berdiri, jam dinding untuk surau, takwim waktu solat di musolla, meletak kopiah di musolla dan sebagainya. 

gerai jual air tebu (ihsan: google.com)

gerai jual air tebu (ihsan: google.com)

Saya bercerita bukan utk menunjuk, tetapi untuk memberi contoh teladan, jangan pandang aspek negatif. Jangan remehkan suatu perkara kecil yg menjadi amal kebajikan, kerana amalan besar belum tentu menjamin syurga kerana bercampur berbagai rasa riak, ujub. Dalam satu ceramah Dato Dr Haron Din menceritakan seorang raja bermimpi supaya sebuah masjid dinamakan dengan nama seorang miskin yang berulang alik setiap hari melalui tepi bangunan masjid yg sedang didirikan. Setiap kali lalu, dia mengutip ketulan bata yg terpelanting keluar dan melontar kembali ke dalam masjid yang dalam pembinaan tersebut. Jelas sekali, amal kebaikan yang kecil yang dibuat penuh tulus ikhlas, ganjarannya sangatlah besar. Maka tinggalkan satu kebaikan yang kecil di suatu tempat, jika ada kesempatan. Moga Allah beri ganjaran yang besar meskipun sekadar memegang pintu lift dari tertutup untuk memudahkan orang lain masuk atau keluar.. Maafkan saya jika nukilan ini bagai mengajar itik berenang.  ~abdghaniharon~

Mesej asal daripada penulisnya yang bernama Abd Ghani Haron ini sangat memberi kesan pada saya. Sesungguhnya sungguh mudah untuk berbuat kebaikan dan mencari pahala. Selama ini aku hanya nampak perkara yang besar sahaja untuk berbakti dan membuat kebaikan. Hasilnya derma yang besar terasa tiada kemampuan. Tenaga yang kuat terasa tidak mampu untuk disalurkan. Sudahnya kita terlepas untuk mendapat pahala.

Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!

Kepada para pembaca budiman yang juga tersedar seperti aku, jom berlumba untuk membuat kebaikan yang mudah sebegini. Kepada yang dah lama “tersedar” alhamdulillah. Beristiqamahlah

Show Comments

10 Comments

  1. hafizmd October 31, 2015
    • sohoque November 2, 2015
  2. ana zarin November 2, 2015
    • sohoque November 2, 2015
  3. Moon November 4, 2015
    • sohoque November 5, 2015
  4. Zhavira Syarifa November 19, 2015
    • sohoque November 23, 2015
  5. Daftar Hotel di Bukittinggi November 19, 2015
    • sohoque November 23, 2015

Leave a Reply

%d bloggers like this: