Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ini adalah sambungan daripada entri INI dan INI.
Antara amalan bulan ramadhan yang disarankan untuk kita amalkan selain daripada yang telah disebutkan di dalam entri-entri terdahulu ialah:
Menghidupkan malam 10 terakhir bulan Ramadhan
Bulan Ramadhan adalah penghulu kepada bulan-bulan yang lain. Padanya diturunkan Al Quran yang menjadi petunjuk dulu, kini dan masa akan datang. Padanya juga Allah hadiahkan satu malam yang belum pernah Allah kurniakan kepada ummat-ummat yang terdahulu iaitu Lailatul Qadr.

Malam Qadar (Lailatul Qadr) ini sangat istimewa kerana ganjaran pahala orang yang membuat kebajikan pada malam itu Allah lipat gandakan menyamai kebajikan di 1000 bulan yang lain.
Malam ini Allah tidak memberitahu bila akan terjadi kerana sifatNya yang maha mengetahui akan hikmah disebaliknya. Namun mengikut hadith dan pendapat yang kuat mengatakan yang ianya akan hadhir di malam 100 terakhir bulan Ramadhan. Dan ini dikhususkan lagi di dalam hadith bahawa ianya diturunkan pada malam ganjil di dalam 10 malam terakhir bulan Ramadhan iaitu malam yang ke 21, 23, 25, 27, 29.
Malam ini juga istimewa kerana allah telah berjanji akan menghapuskan segaa dosa yang lampau jika kita beramal bersungguh-sungguh pada malam yang satu ini. Sabda nabi:
“Dan barangsiapa yang beribadah pada malam Lailatul qadar semata-mata karena iman dan mengharapkan pahala dari Allah SWT, niscaya diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.” (HR Bukhari).
Jadi kita disarankan melakukan amalan dengan bersungguh-sungguh pada malam ini untuk merebut peluang ini. Antara yang kita boleh buat ialah perbanyakkan solat malam, membaca Alquran, zikir, berdoa, membaca selawat, tasbih, istighfar, i’tikaf, dan lain-lain. Itulah yang dimaksudkan dengan menghidupkan malam 10 malam terakhir.
Hadith daripada Aisyah R.A: ‘Aku bertanya, “Wahai Rasulullah, jika aku mendapatkan lailatul qadar, maka apa yang aku ucapkan? Beliau menjawab, ‘Bacalah: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Yang suka mengampuni, ampunilah aku.”
Memperbanyakkan I’tikaf di masjid
Kenapa kita digalakkan beri’tikaf di 10 malam terakhir Ramdhan ini? Kerana ianya adalah sunnah Rasulullah SAW. Seperti diceritakan oleh Aisyah RA:
“Sesungguhnya Nabi SAW selalu i’tikaf pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan sampai meninggal dunia, kemudian istri-istri beliau beri’tikaf sesudah beliau.” (Muttafaqun alaih).
Itikaf dari sudut bahasa adalah berdiam diri atau menahan diri pada suatu tempat, tanpa memisahkan diri. Mengikut istilah syarak pula, i’tikaf bermaksud berdiam di Masjid untuk beribadah kepada Allah SWT dengan cara tertentu, sebagaimana telah diatur oleh syariat.
Demikian amalan bulan Ramadhan yang disarankan untuk kita melakukannya di bulan yang mulia ini. Ia adalah sunnah nabi semasa hayat baginda.
Sama-samalah kita beramal seperti yang disarankan. Semoga kita mendapat keredhaan Allah di atas apa yang kita lakukan.
Ameen, Ya Rabbal ‘Alameen.
peringatan bagus ni 🙂
ayuarjuna recently posted..Sekian Lama Kegersangan, Akhirnya…..
sama2 berkongsi 😉
semoga semua malan kita diterima oleh Allah.. aminn….
Wan Fauzi™ recently posted..Himpunan Jutaan Rakyat Seluruh Mesir
ameen. ya rabbal ‘alameen