Sudah menjadi trend sekarang, orang mengadakan kenduri di dewan yang disewa khas siap dengan catering sekali. Jarang dah kedengaran orang buat kenduri dengan memasak sendiri kat rumah. Mungkin tradisi ini masih ada di kampung, tapi Abam Hoq yakin, di kampung pun dah guna khidmat katering walaupun tak sewa dewan.
Itu situasi di kampung. Kalau di bandar sementelah lagi. Dengan keadaan rumahnya yang berhalaman kecil, dengan tempat parkingnya yang terhad. Kalau tinggal di rumah yang tak bertanah lagilah tak memungkinkan untuk buat kenduri kat rumah.
Jadi sebenarnya mencari dewan dan katering ni sudah menjadi keperluan, bukan lagi sekadar kemahuan. Terutama bagi yang tinggal di bandar.
Bila bercakap bab katering pula, perlu juga dibuat pilihan untuk perkhidmatan katering ni. Banyak yang kita dengar orang yang ‘terkena’ dengan katering ni. Katering yang lari ada, katering yang masa promo semuanya indah, bila tiba masa kenduri tidak seperti yang dikata.
Haaa peningkan..?
Ambassador Putrajaya By Hanana Group


Fuuh penat jer Abam buat intro. Yang sebenarnya Abam ada satu perkhidmatan katering yang nak cadangkan kat awak orang. Kalau nak buat kenduri baik kecil-kecilan maupun besar-besaran awak orang boleh guna khidmat Ambassador Putrajaya ni.
Kenapa Abam cadangkan nama dia.. Ada share ke? Eh tak der. Yang baik kita cadang lah.. yang tak baik kita hindarkan.. giiituuu..!
Abam senaraikan sebab kenapa awak orang kena letakkan Ambassador Putrajaya dalam senarai katering pilihan awak orang.
8 Sebab kenapa mesti pilih Ambasssador Putrajaya:
1.Pakej Lengkap
Ambassador Putrajaya ni bukan sekadar katering biasa. Ia datang sekali dengan pakej dewan dan pelamin. Khidmat nasihat pun mereka sediakan.



Jadi senang. Awak orang hanya perlu berurusan dengan satu tempat jer. Tak perlu pening kepala nak berurusan dengan banyak orang jika dewan, katering dan pelamin diambil dengan berlainan orang.
2. Dewan yang luas
Dewannya berlokasi tetap dan luas. Memang grand kalau buat majlis keraian di sini.

3. Promosi
Ambassador Putrajaya ni sentiasa ada promosi untuk awak orang yang sedang mencari pakej untuk majlis keraian. Yang terkini, pakej sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia masih dilanjutkan sehingga akhir bulan ini. Jadi sangat sesuailah untuk awak orang yang sedang mencari pakej datang ke Ambassador Putrajaya ni dan berbincang dengan konsultan di sini

4. Lokasi Dewan
Lokasi dewan yang sangat strategik iaitu di tengah-tengah bandar present 15 akan membuatkan tetamu jemputan mudah untuk mencari lokasi majlis kita.

5. Tempat Parkir yang mencukupi
Selain daripada parkir di sekitar dewan, terdapat juga tempat parkir yang luas tak jauh daripada dewan
6, Pelbagai pilihan menu untuk kenduri
Sedap sungguh…!

Abam Hoq dah buat food tasting dah masa hari terbuka baru-baru ni. Alaaa yang Abam war-warkan dan jemput awak orang kat media sosial tu. Ramai juga yang datang tempohari.
Sungguh…! Sedap sangat menu-menunya. Banyak menu pulak tu. Semuanya kena dengan tekak Abam ni. Tanya kawan-kawan yang hadir juga mereka sependapat dengan Abam.




Menu-menu ini lah yang tersenarai dalam pakej-pakej yang bakal awak orang pilih nanti.
7. Rekod perkhidmatan yang cermerlang
Jika awak orang tengok review orang yang dah pernah ambil pakej Ambassador Putrajaya ni, pasti awak orang akan dapati komen-komen yang baik-baik dan murni-murni sahaja tentang Ambassador Putrajaya ni.
Senang kata, mereka semua rata-rata berpuashati dengan pakej dan perkhidmatan daripada Ambassador Putrajaya.
8. Nama yang dipercayai
Dengan nama yang dipercayai, dewan yang luas yang berlokasi tetap di situ, jiwa awak orang akan terasa aman daripada ditipu seperti mana yang pernah berlaku yang kita baca di dada-dada akhbar
Dengan 8 sebab Abam bagi ni, awak orang mesti dah sedar kenapa Abam cadangkan Ambassador Putrajaya ni untuk awak orang.
Jadi usah tunggu lagi. Yang mana sedang mencari lokasi dan pakej untuk majlis keraian, samada majlis pertunangan, majlis perkahwinan, majlis cukur jambul, majlis kesyukuran maupun majlis-majlis lain, silalah datang ke sini dan berhubung dengan pegawai bertugas.
Ini details untuk dihubungi:
Alamat : HANANA GROUP SDN BHD, Jalan Perak P15, Presint Diplomatik, 62000 Putrajaya.
No telefon : +60 16-670 0471
Facebook : Ambassador Putrajaya