Anak Tak Makan Sayur? Surya Chlorophyll Jadikan Anda Ibubapa Yang Bijak..

0
669
2 jenis perisa ni pasti digemari oleh anak-anak

Anak tak suka makan sayur

Aku rasa masalah ni masalah biasa bagi anak-anak kat Malaysia ni. Kalau bercakap pasal anak-anak dengan rakan-rakan, jarang yang kita dengar anak dia suka sangat makan sayur.. Ada la sorang dua macam tu.. Tu pun sayur tertentu jer yang dimakan.

Masalah tak makan sayur ni lebih kronik, bila mak bapak diorang sendiri yang kurang gemar makan sayur. Hahahaha.. Aku la tu suatu ketika dulu. 

Dulu aku memang kurang suka makan sayur. Kalau ada pun beberapa jenis sayur jer yang aku makan. Kangkung dan taugeh antara segelintir sayur yang aku makan dulu. Tu pun kalau sayur tu dimasak tidak terlalu lama. Kalau lama, sayur tu dah lembik, memang aku tak makan.

Segalanya berubah selepas aku sertai program detox selama 5 hari di The Life Co Phuket. Kat sana tak der makanan lain. Hanya sayur dan jus sayur jer sebagai makanan setiap hari. Tapi aku boleh pulak melalui hari-hari detox tu dengan jayanya.

Kat sana tak der makanan lain. Hanya sayur dan jus jer sebagai makanan setiap hari. Tapi aku boleh pulak melalui hari-hari detox tu dengan jayanya.

So, lepas tu aku dah mula suka sayur ni.. Kalau makan nasi tak der sayur macam tak lengkap jer.

Tapi anak-anak masih tak ikut jejak langkah bapak dia ni. Anak aku yang sulung tu, kalau makan usahkan sayur sebagai lauk dan ulam tu jer dia tak makan, sayur yang diletakkan dalam nasi yang dipotong kecil-kecil tu pun dia akan kuis nasi dan pilih satu-satu kumpulkan tepi pinggan. 

Sama la 2 orang lagi anak aku.. Cuma yang no 2, si Iffah tu yang berlembut sikit dengan sayur. Ada sesetengah sayur yang dia makan.

Itu adalah masalah… Cuma kita jangan fokus pada masalah. Masalah adalah untuk diselesaikan. Kita fokus pada penyelesaiannya.

Kenapa sayur ni penting..?

Sayur ni Sangat penting kepada badan kita sebab sebahagian besar zat dan nutrisi yang diperlukan oleh badan kita ada dalam sayur. Sebut jer zat apa, semua ada bergantung kepada jenis sayur yang kita makan. 

Aku ambil contoh tumbuhan Mulberi (nama saintifiknya Morus Alba). Di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram. Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas. Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol. 

Tak hairanlah penggemar ulam menjadikan pucuk daun Mulberi sebagai ulam. Rasanya  lebih kurang seperti kangkung. Pucuk ni jugak  boleh dimasak lemak cili api.

Pokok Malberi mempunyai semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan oleh badan kita.

Dengan zat dan nutrisi yang terdapat dalam daun Malberi tersebut, banyak penyakit dapat diatasi ataupun dikurangkan. Antaranya: 

  • Penyakit kencing manis (diabetes)
  • Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah
  • Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Membantu mengelakkan serangan sakit jantung
  • Membantu dalam kehilangan berat badan
  • Mengurangkan keadaan asma yang teruk
  • Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda
  • Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi
  • Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan
  • Mengurangkan kesakitan ketika datang haid
  • Membantu perjalanan haid yang tidak teratur
  • Menambahkan tenaga
  • Meningkatkan produksi susu badan
  • Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan hipertensi

Kenapa aku bagi contoh daun Malberi secara panjang lebar? Ok baca dulu.. Nanti korang tau sebab apa..

Surya Chlorophyll – Cara nak bagi anak nutrisi sayur tanpa makan sayur

Aku pilih perisa Laici berbanding Peach..

Ok berbalik kepada masalah anak tak makan sayur tadi. Hehehe.. Macamana nak bagi anak makan sayur ya..?

Hurmmm.. Ini bukan kerja senang..! Kecuali dari kecil lagi kita dah ajar dan biasakan anak-anak dengan sayur. Tapi kalau kita sendiri yang kurang rapat dengan sayur macamana? 

Jadi penyelesaian terbaik adalah gantikan sayur tadi dengan benda lain yang diorang suka, tapi benda tu ada zat dan nutrisi yang ada pada sayur kat dalam dia..

Caranya ialah bagi anak korang minum Surya Chlorophyll. Ia diekstrak daripada pelbagai sayuran di dalam bentuk cecair kordial untuk dibancuh di dalam minuman. Antaraya adalah daun pokok Malberi yang aku bagi contoh tadi. Jadi ia Sangat senang untuk dikonsum (diambil) oleh anak korang.

Lebih menarik lagi ia datang dengan dua perasa. Perisa buah Peach dan Laici. Jadi hanya gantikan minuman anak-anak korang seperti sirap dan oren tu dengan Surya Chlorophyll. Rasanya yang manis daripada campuran madu asli pasti disukai anak-anak korang.

Apa kebaikan Surya Chlorophyll?

Kelebihannya minum Chlorophyll SURYA tak lain tak bukan, ia adalah untuk membekalkan zat nutrisi yang wujud dalam sayur kepada mereka yang meminumnya. Selain fungsi utamanya kepada pokok yang menukarkan tenaga cahaya matahari kepada makanan pada tumbuhan dalam proses yang dikenali sebagai fotosintesis, klorofil ni memberi banyak kelebihan pada tubuh badan manusia.

2 jenis perisa ni pasti digemari oleh anak-anak

Antara kebaikan Surya Chlorophyll ialah:

  • memperbaiki sistem penghadamam dan mengawal berat badan
  • mempercepatkan proses persembuhan luka
  • melindungi kulit daripada pelbagai penyakit kulit
  • dipercayai membantu melawan kanser

Surya Chlorophyll bukan Hanya untuk anak-anak

Ia bukan Hanya untuk anak-anak ya.. Orang dewasa pun memerlukan zat-zat dan nutrisi ni. Malah orang dewasa sebenarnya memerlukan lebih banyak nutrisi-nutrisi keperluan badan ni.

Jadi kepada orang dewasa dan remaja yang sering mengalami masalah jerawat, minuman ni sebenarnya sangat sesuai. Amalkan.. InsyaAllah masalah kulit akan berkurangan. 

yang ada masalah kulit amat sesuai amalkan Surya Chlorophyll ni

Untuk yang sedang berusaha menurunkan berat badan juga, amalan meminum Surya Chlorophyll ni Sangat membantu. Sebabnya ia memperbaiki sistem penghadaman seterusnya akan menstabilkan berat badan kita.

Kat mana nak dapatkan Surya Chlorophyll

So, kalau korang nak rasa sendiri macam mana bestnya Chlorophyll SURYA ni, korang boleh dapatkan di cawangan Watsons yang terdekat. Ataupun jika korang malas nak keluar dari rumah boleh je beli secara online di www.mynaturaloption.com.

Untuk pertanyaan lebih lanjut atau sebarang promosi terkini, korang boleh layari laman sosial mereka di:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here