Sunday, March 19, 2023
HomeDari KacamatahatiAnak Yang Nak Periksa, Ibubapa Pulak Yang Terasa Tekanannya

Anak Yang Nak Periksa, Ibubapa Pulak Yang Terasa Tekanannya

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

Iqbal dan UPSR

Ada 23 hari lagi menjelangnya Peperiksaan UPSR. Anak aku yang sulung sedang berdepan dengan ujian peperiksaan paling besar untuk sekolah rendah. Peperiksaan ini bakal menentukan halatuju sekolah menengahnya.

Beliau dambakan MRSM untuk menyambung pelajaran sekolah menengah. Aku pula berhajat untuk masukkannya ke sekolah aliran agama. Macam aku dan isteri aku dulu. Bukan apa, masuk sekolah agama ni ringan sikit tanggungjawab aku untuk beri didikan agama. Dia boleh dapatkan di sekolah juga.

Lagipun masuk sekolah agama dia akan belajar Bahasa Arab. Belajar Bahasa Arab ni bagus untuk dia faham Al Quran. Macam aku, walaupun aku tak boleh bercakap dalam Bahasa Arab, tetapi sedikit sebanyak aku faham apa yang dituturkan. Ayat-ayat Al Quran juga aku boleh tahu maknanya walaupun tidak menyeluruh.

“Papa, kalau Abang tak dapat jadi Pilot nanti, Abang nak jadi Ustaz tau..” tutur Iqbal, anak sulungku pada suatu hari. Terharu aku dengar. Iqbal ni hati dia agak jinak dengan agama. Walaupun MRSM yang dipilih, dia bukan pilih MRSM biasa. Dia pilih MRSM yang agak istimewa tu. Aku lupa dah namanya.

Ada 3 MRSM macam tu kat Malaysia ni. Apa yang istimewanya 3 MRSM ini, ia juga seperti maahad tahfiz. Murid akan diwajibkan menghafal Al Quran di samping belajar seperti sekolah aliran sains yang lain.

Aku benar-benar mengharap apa yang dicitakannya terkabul. Siang malam aku berdoa tentang perkara ini. Tapi aku juga pasrah jika lain yang Allah kurniakan nanti. Hikmah disebaliknya itu adalah yang terbaik bagi aku dan Iqbal di mata tuhan.

Iqbal - Paling kanan
Iqbal – Paling kanan

Kadar kerajinan menurun

Cuma yang aku sedikit gusar ialah kelakuan Iqbal selepas Peperiksaan Percubaan tempohari. Kadar kerajinannya sedikit berkurang. Tiada lagi inisiatif belajar sendiri tanpa disuruh seperti di awal tahun dahulu. Sedangkan UPSR semakin hampir. Disuruh pula kadang tidak bergerak dia. Pening jugak aku dan isteri.

Nasib baik cikgu sekolahnya ada membuka tusyen khas untuk UPSR ini. Setelah berbincang dengan isteri dan dia sendiri, aku menghantarnya ke tuisyen tersebut. Bayarannya bukan murah tapi apabila melihat dia gembira di sana, aku pun turut gembira.

Itu adalah usaha dan pecutan terakhir bagi menghadapi UPSR ini.

Aktiviti kerja terhad

Jadi sepanjang 23 hari ini aku terpaksa menghadkan aktiviti kerja aku. Appointment untuk bisnes Perancangan Kewangan aku dan aktiviti blogging terpaksa aku teliti. Ini adalah kerana aku terpaksa mengambil dan menghantarnya ke tuisyen.

Hidupnya sekarang baanyak dihabiskan dengan belajar. Pagi bangun pagi, pergi sekolah rendah. Balik daripada sekolah rendah pergi pula ke sekolah agama. Belum pun habis sesi harian pembelajaran sekolah agama, pukul 4 aku dah ada di sekolah agama untuk bawanya ke tuisyen pula. Daripada pukul 4.30 petang hingga ke pukul 9.30 malam dia akan berkampung di tuisyen. Balik badan dan otak sudah letih, terus tidur untuk menghadapi hari besonya pula.

Kadang kesian aku tengok. Tapi apa nak buat. Itulah pengorbanan. Lebih kurang sebulan je lagi. Lepas tu hidup balik seperti biasa.

Moga apa yang telah aku dan isteri buat adalah yang terbaik untuknya. Aku pohon doa kalian juga supaya aku aku mudah menjawab soalan UPSRnya nanti. Aku akan berusaha buat yang terbaik hingga ke saat-saat terakhir. Usaha terakhir aku rasa adalah amalan semasa anak sedang menghadapi peperiksaan nanti.

Moga kita semua dipermudahkan.

Aameen. Ya rabbal Aalameen.

Loading

RELATED ARTICLES

6 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1