Sejak malam tadi ternampak posting-posting tentang kejadian sedih ini. Tapi aku sejenis yang tunggu dulu sehingga betul sahih sesuatu berita tu. Baru aku respons.
Pagi ni setelah dapat pelbagai maklumat daripada pelbagai sumber termasuk media massa, barulah confirm berita ni.
Ya sangat sedih. Namun ajal yang datang memang tak boleh dihalang. Tak boleh ditangguh walau sesaat pun. Tiada siapa sangka anggota bomba yang berpengalaman macam boleh terkorban akibat arus deras tu.
Ni antara mesej-mesej daripada group whatsapp yang aku terima menceritakan kejadian alang tersebut:
Laporan Polis
Jam 1830hrs Pihak bomba dari Cyberjaya seramai 8 anggota sampai tempat kejadian. Jam 2055hrs anggota scuba penyelam dan penyelamat dari Pelabuhan Klang 4 orang dan dari Shah Alam 6 orang sampai tempat kejadian. Lebih kurang jam 2115hrs setelah siapkan kelengkapan pihak scuba seramai 6 orang iaitu dari Pelabuhan Klang 4 orang dan dari Shah Alam 2 orang turun kedalam arus lombong untuk mencari mangsa.
Mereka mengikat tali panjang antara satu sama lain. Dimana dari tebing dihulurkan tali perlahan lahan semasa pihak scuba merapatkan diri ditempat mangsa jatuh. Oleh kerana arus aliran air lombong kuat, tiba tiba mereka telah ditarik kedalam seorang demi seotang kedalam arus tersebut. Semasa tenggelam mereka telah terbelit antara satu sama lain dan berpusing dalam air.
Pihak yang memegang tali diatas tidak dapat menarik hujung tali tersebut kerana arus kuat. Pihak bomba yang berada di tebing telah bertungkus lumus selama lebih kurang 30 minit untuk menyelamatkan mereka. Akhirnya berjaya tarik tali tersebut. Malangnya semasa menarik mereka ketepi tebing didapati tiada apa-apa tindak balas dari mereka. Para medik dari Putrajaya yang berada ditempat kejadian telah berusaha menyelamatkan mereka. Malangnya ke enam-enam para scuba disahkan meninggal dunia akibat mati lemas ditempat kejadian. Mangsa akan dihantar ke hospital Serdang untuk siasatan lanjut.
Sekian utk makluman tuan.
Mangsa yang meninggal dunia
Ini adalah senarai mereka yang meningga dunia di dalam kejadian tersebut:
1. Mohd Fatah Hashim, 34 tahun
2. Izatul Akma Wan Ibrahim, 31 tahun
3. Mazlan Omarbaki, 24 tahun
4. Yahya Ali, 25 tahun
5. Adnan Othman, 33 tahun
6. Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25 tahun.
Smoga allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh… Amin…
Salam takziah dr kami skluarga utk ahli kluarga. Anda adalah #Wira #Malaysia.
Al-fatihah :-
ﺑِﺴْــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــــﻢِ • ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
Ini pula nota daripada page Facebook Mufti Wilayah Persekutuan
Berita kematian enam anggota Bomba kerana ingin menyelamatkan mangsa berakhir dengan terkorban mati lemas menginsafkan kami, serta memberi makna yang mendalam pada maksud pengorbanan dalam tugas. Kami iktibarkan mereka sebagai syahid berasaskan kepada nas hadis:
الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ الْمَطْعُونُ وَالْمَبْطُونُ وَالْغَرِيقُ وَصَاحِبُ الْهَدْمِ وَالشَّهِيدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
Maksudnya: “Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah.”
Riwayat al-Bukhari (653)
Tetapi, kepada rakan kita ini, mereka jauh lebih mulia kerana bukan sahaja mereka mati lemas, tetapi menolong dan membantu mangsa sehingga terkorban. Mereka adalah insan-insan terpilih dan mempunyai hati yang suci serta amat memahami tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan, terutamanya dalam kecemasan hingga kepada nafas yang terakhir dan denyut nadi yang terakhir. Inilah syuhada’ kita. Semoga Allah menempatkan mereka bersama para nabi, al-siddiqin dan syuhada’. Amin.
Atas asas inilah, berhimpun pada kami perasaan dukacita di atas perkara dan tragedi yang berlaku dan gembira atas semangat yang ditunjukkan, yang kami sifatkan luar biasa.
Syabas Bomba Malaysia dan juga kepada mereka yang bertindak seperti syuhada’ kami ini.
Kepada ahli keluarga, bertabahlah. Insha Allah setiap apa yang telah berlaku pasti ada hikmah yang kadang-kadang amat sukar ditafsirkannya. Dengan berharap kepada Allah SWT, berdoalah dengan kesabaran yang tinggi, Insha Allah akan datang bantuan daripada-Nya.
Kepada rakyat Malaysia, saya syorkan agar dihulurkan bantuan kepada kaum keluarga untuk meringankan beban mereka dan terus dapat meneruskan kehidupan sekalipun diuji dengan perpisahan orang tercinta.
Kepada kerajaan Malaysia, kami syorkan agar diberikan anugerah kecemerlangan dan dinaikkan pangkat mereka untuk memberi sedikit kelegaan kepada ahli keluarga mereka. Sesungguhnya, inilah staf kerajaan dan pekerja di era Malaysia baru yang sanggup berkorban apa sahaja.
Akhir kalam, marilah sama-sama kita merafakkan doa agar mereka semua ditempatkan pada kedudukan yang terpuji di sisi Allah.
Al-Fatihah buat mereka. Sekali lagi, takziah buat keluarga.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُمْ، وعافِهِمْ واعْفُ عَنْهُمْ
Amin…
Akhukum fillah,
S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
4 Oktober 2018 bersamaan 24 Muharram 1440 Hijrah.
Semoga mereka yang meninggal di dalam menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim tersebut ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Moga syurga balasan buat kalian. Ameen Yaa Rabbal ‘Alameen…