Antara Nahas Pesawat MAS MH17 dan Serangan Ke Atas Gaza

berita reuters

Nahas pesawat MAS MH17

Awal pagi tadi kecoh dengan berita satu lagi nahas pesawat MAS iaitu pesawat MH17 yang dikatakan ditembak jatuh ditembah jatuh di Timur Ukraine berhampiran sempadan negara dengan Rusia ketika berada pada ketinggian 10 km di udara.

Aku yang baru bersiap untuk masuk tidur agak terkejut dengan berita ini. Niat untuk tidur terus terbantut dek melayan mesej-mesej menerusi Whatsapp dan FB Messenger.

Yang aku agak tertarik ialah tentang kreatifnya rakyat Malaysia ni. Baru je sekejap berita tersebut diumumkan. Pihak MAS pun belum mengesahkan punca-punca nahas. Tapi telah ada teori-teori daripada diorang. Tidak kurang juga yang menghantar gambar palsu yang telah diedit.

Aku tidak ingin mengulas lanjut tentang nahas ini. Biarlah pihak yang bertanggungjawab menjalankan tugas mereka. Aku cuma cuba mendengar daripada sumber yang sahih. Aku rasa tindakan ini betul kot. Aku tak mau jadi seperti apa yang berlaku pada pesawat MH370 yang lalu. Kasihan aku tengok keluarga mangsa. Terganggu dek terlalu banyak teori yang dicipta yang entah betul entahkan tidak.

Takziah diucapkan kepada keluarga dan sanak saudara mangsa nahas. Semoga mereka yang terkorban Allah tempatkan roh mereka di kalangan orang-orang yang dijanjikan syurga. Bersabarlah. Setiap yang bernyawa akan pasti kembali menemui tuhannya. Hari ini hari mereka. Entah esok, entah lusa akan tiba hari kita.

Nahas MH17 Terhempas di Ukraine

Serangan Zionis Israel ke atas Gaza

banner palestine

Palestine sentiasa di dalam doa kami

Di tengah-tengah kekecohan berita nahas ini, usah dilupa kewajipan kita menolong saudara kita yang dizalimi di Gaza, Palestin. Dengar cerita hari ini pucuk pimpinan Israel mengarahkan serangan darat ke atas Gaza, tanah umat Islam penjaga Baitul maqdis.

Ya kita memang wajib menolong mereka kerana mereka adalah saudara seIslam kita. Lagipun isu Gaza bukan sahaja isu yang melibatkan pertikaian agama malah ia melibatkan isu kemanusiaan. Kanak-kanak dan wanita dibunuh tanpa belas kasihan. Hospital di bom dan sebagainya.

mangsa kezaliman yahudi

kanak-kanak turut menjadi mangsa zionis

Hendak menolong mereka juga biarlah dengan cara yang bijak. Pergi berjuang di sana bukanlah suatu tindakan yang bijak jika kita mampu sekalipun menurut sesetengah ulama’. Ini adalah kerana tempat yang jauh dan kita yang tiada kemahiran dalam peperangan.

Cara yang lebih bijak ialah kita menolong mereka dengan cara menyalurkan bantuan dari segi kewangan. Mendermalah untuk mereka. Jika ada kemampuan lebih berilah lebih. Jika tiada kemampuan bantulah dengan menderma sekadar termampu. Tambahan pula sekarang kita masih lagi berada di bulan Ramadhan di mana memang amalan menderma ini amat digalakkan. Bahkan pahala yang dijajikan Allah adalah berkali ganda melebihi hari-hari di bulan lain.

no akaun bank gaza

boleh menderma dengan depositkan duit ke dalam akaun ini

Jangan lupa juga untuk panjatkan doa buat mereka. Di bulan Ramadhan amat senang sekali doa kita dimakbulkan. Banyak sekali masa-masa yang mustajab untuk berdoa. Berdoalah..!

Ingatlah sabda Rasulullah s.a.w. yang mafhumnya berbunyi :

“Barangsiapa yang tidur nyenyak dan tidak mengambil peduli urusan umat Islam, maka ia bukan dari golongan mereka.”
(Hadith riwayat al-Baihaqi, at-Tabari, Abu Nua’im, dan al-Hakim)

Jom kita sama doakan mangsa nahas pesawat MAS MH17 agar mereka tenang di sana. Sedeqahkanlah Al-Fatihah buat mereka. Moga doa kita sampai kepada mereka di alam sana.

Kita juga jangan putuskan harapan dan doa doa buat saudara kita yang ditindas dengan zalim di Gaza. Moga dengan usaha yang sedikit kita ini menjadi jawapan kepada kita tatkala kita ditanya di alam sana kelak tentang apakah yang kita buat untuk menolong saudara seIslam kita.

Ameen ya Rabb…!

25 Comments

  1. Ainaa Roseberry July 18, 2014
    • sohoque July 18, 2014
  2. titan July 18, 2014
  3. Firdaus Azizi July 19, 2014
    • sohoque July 19, 2014
    • sohoque July 21, 2014
  4. aRz MoHa July 19, 2014
  5. Mazni Azmi July 19, 2014
  6. Bahrain July 19, 2014
    • sohoque July 22, 2014
  7. eyriqazz July 20, 2014
  8. akubiomed July 20, 2014
    • sohoque July 22, 2014
  9. hafizmd July 20, 2014
    • sohoque July 21, 2014
  10. Anuar July 21, 2014
  11. Azwan Anuar July 22, 2014
  12. Melastik Bintang July 24, 2014
  13. hanari July 24, 2014

Leave a Reply