More

    Video Parodi, Ada Adab Yang Perlu Dijaga

    Parody / Parodi

    Dulu aku tak tau apa makna parodi ni. Tapi sejak youtube menjadi antara channel yang disukai ramai, perkataan ini menjadi perkataan biasa. Bolehlah nak guna perkataan tu dalam ayat.

    Tapi kalau tanya aku apa makna perkataan parodi, menggagau jugak aku nak jawab. Lalu aku belek kamus. Terjumpa lah makna sebenar parodi: Ni haa makna parodi:

    “parodi atau parody bermaksud karya sastera, seni, dsb yg meniru gaya pengarang atau pencipta lain dgn cara yg me­lucukan atau menyindir; memparodikan menghasilkan parodi” – JiwarOsak

    Parodi ni memang boleh menghiburkan orang la yang pastinya. Biasanya kalau ada isu hangat berlaku memang banyaklah video parodi yang akan keluar kat youtube.

    Aku suka tengok video parodi ni sebab suka tengok diorg yang buat video tu. Sangat creative dan kelakar. Aku memang tak mampu la nak buat video macam tu.

    Video parodi memang mendapat sambutan sehinggakan ada ragkaian television yang menerbitkan rancangan yang berbentuk pertandingan parodi ni. Dan rancangan ini memang mendapat sambutan penonton.

    parodi

    Antara youtuber yang terkenal dengan video parodi nya ialah faizdickie. Trademark ‘village people’ jadi ikutan ramai.

    Zookie juga salah seorang youtuber yang mampu menarik perhatian ramai. Banyak syarikat yang ingin mempromosikan barangan mereka menggunkan zookie ni. Antaranya adalah Camelus yang baru saja menggunakan khidmat zookie untuk memperkenalkan produk beasaskan susu unta mereka.

    Video parodi yang tengah hangat sekarang adalah video Bella yang buat laporan polis yang produk kurus yang dia pakai tak menjadi. Produk tu tak panas.

    Ni Video Bella:

    Ini pula salah satu video parodi Bella:

    Banyak lagi video parodi ni kat dalam youtube. Macam-macam ada.

    Video parodi ni sebenarnya adalah hiburan semata-mata. Ia boleh juga dijadikan cara untuk mempromosikan sesuatu jenama ataupun produk.

    Namun dalam keseronokan membuat video parodi ni kena jugak jaga batas-batas agama. Sebab dikhuatiri apa yang kita buat tu mengaibkan orang yang diparodikan. Dlam agama kita kita memang disarankan menjaga aib orang lain.

    Allah sendiri menjaga aib hambanya. Cuba kalau Allah dedahkan aib kita, konfem kita akan jadi hina-sehinanya.

    Salah satu hadith tentang menjaga aib adalah hadith ini:

    “Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.” (HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)

    Jadi marilah kita sama-sama menjaga aib sesama kita. Hiburan tu boleh, cuma ada adab yang perlu kita jaga.

    Latest articles

    Related articles

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge