More

    Apa Perlu Anda Buat Jika Ejen Unit Trust Hilang Tanpa Khabar Berita

    Minggu ni banyak jugak pertanyaan tentang unit trust yang aku dapat daripada Social Media (SocMed). Tak sangka pulak. Sebabnya aku tak aktif mana pun update tentang perkhidmatan Unit Trust aku kat SocMed walaupun niat nak bina branding sebagai consultant unit trust di SocMed tu ada dan tak pernah padam.

    Mungkin perancangan yang kurang kemas dan kekangan masa, niat aku belum dapat direalisasikan sepenuhnya di SocMed ni. Takpe lah. Yang aku ada update sikit-sikit tu harap dapat membantu.

    mengisi borang pelaburan client

    Aku sebenarnya ada jer media social khas untuk Financial Planning ni.

    Korang boleh follow:

    Instagram: Caknawang
    Facebook: Caknawang

    Channel-channel tu aku create dah lama jugak. Memang khas untuk perancangan kewangan termasuk unit trust, takaful dan wasiat. Banyak nukilan aku serta link-link berkaitan perancangan kewangan aku muatkan dalam channel-channel tu.

    Oh ya selain daripada interaksi dalam Facebook tentang persoalan ‘Wajib ke UTC jumpa client 3 bulan sekali‘, aku ada jugak terima soalan daripada facebook messenger tentang unit trust ni. Semalam aku terima satu mesej daripada orang Perak.

    Beliau bertanya apa perlu beliau buat. Ejen unit trust beliau dah tak servis. Dah tak dengar khabar berita. Prestasi dana unit trust dia pun dah tak tau macamana. Statement yang sampai ke rumah beliau hanyalah statement unit pegangan semasa yang dihantar oleh pihak syarikat ke alamat beliau setiap 6 bulan.

    Jadi beliau tanya aku macamana nak buat melalui mesej whatsapp setelah aku berikan nombor telefon yang aku gunakan untuk Whatsapp.

    Aku ni lemah sikit nak terang kalau kena menulis menaip ni. So aku mintak izin untuk call beliau. Dan beliau benarkan.

    Selepas berbual dan korek info, aku baru tau cerita sebenar. Ejen tak servis. Tak ada hantar report pelaburan malah tak ada call dan whatsapp untuk bertanya khabar pun tidak.

    ejen sebenarnya kena selalu berhubung dengan client. Kadang-kadang mesej untuk bertanya khabar pun dah dapat ambil hati client

    Hurmmm.. Kesian investors ejen layan macam ni. Bila tanya pendapat aku nak buat macamana, aku tak tau nak kata sebenarnya. Sebabnya kesian pulak kat ejen tu. Aku tak tau masalah sebenar dia. Mungkin dia ada masalah yang aku tak tau yang menyebabkan dia tak boleh servis client.. (tak logik kan kalau guna alasan macam ni.. Hahaha).

    Tapi ada yang aku cakap kat dia, kalau aku jadi investors, kalau ejen aku buat macam tu kat aku, dah 2-3 tahun tak dengar khabar berita, aku akan buat macam ni:

    Call ejen

    Memula aku akan call ejen. Mana nak dapat nombor dia? Tengok pada statement yang kita dapat daripada syarikat unit trust. kat situ (bahagian bawah statement ke, bahagian atas ke) biasanya mesti ada nombor telefon ejen.

    Kalau tak ada boleh call customer servis, bagi detail akaun untuk diorang trace siapa ejen kita.

    Tanya ejen

    Dah dapat call ejen, tanya ejen betul-betul. Dia nak servis lagi tak kita ni. Kalau dia nak tengok macamana dia yakinkan kita untuk dia servis kita balik.

    kalau dia masih nak servis, bagi syarat kita. Bagitau dia apa yang kita harapkan daripada dia in term of servis dia.

    Kalau dia tak nak… Kita pergi ke langkah seterusnya

    Tukar ejen lain

    Kalau dia dah tak nak servis, cari ejen lain yang betul-betul nak buat bisnes ni. Yang betul-betul nak servis kita. Kalau ada ejen macam ni yang kita kenal lagi bagus.

    Kalau kita tak kenal, call jer syarikat unit trust terdekat dengan tempat tinggal kita. Minta diorang cadangkan ejen yang bagus dalam servis client macam kita.

    Nak tukar ejen ni senang jer. Buat jer surat rasmi kepada syarikat unit trust. Nyatakan dalam surat tu identiti kita serta butiran dana unit trust yang kita masuk tu seperti no akaun, no ic dan lain-lain.

    Nanti kita akan dapat surat balas daripada syarikat unit trust tersebut dengan kelulusan menukar ejen.

    Kalau baru beberapa bulan ejen tu tak servis sabar jer dulu. Tak perlu nak melatah lagi. Tapi kalau dah bertahun (lebih daripada setahun) tak ada dengar khabar berita daripada dia, boleh la ambil langkah yang aku cerita ni.

    Sebenarnya ada banyak juga sebab ejen tak servis ni. Antaranya mungkin ejen tu berpindah tempat tinggal dia ke tempat yang agak jauh daripada kita. Mungkin juga ejen tu dah dapat kerja lain yang lebih bagus pada perkiraannya dan dah tak minat teruskan kerja sebagai unit trust consultant lagi.

    So buatlah keputusan terbaik. Perlu diingat, pelaburan unit trust yang kita masuk tu adalah duit kita yang kita harapkan dapat memberikan kita pulangan yang competitive apabila kita bersara nanti.

    So kita tak boleh ambil sikap sambil lewa. Kalau boleh kita nak pulangan yang terbaik daripada pelaburan kita ni. Macamana nak yang terbaik jika ejen tak bagi servis terbaik.

    So aku bagi cadangan ni based on apa yang aku akan buat jika aku adalah client unit trust yang ejen aku tak servis.

    So untuk korang, tepuk dada tanya selera. Hehehe. Bukan mengajar ni, bagi cadangan jer… (walaupun itulah yang sepatutnya korang buat.. hahaha)

    Latest articles

    Related articles

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge