Apa Yang Best di Restoran Royale Amirah? Korang Cuba Sambal Nyior dan Ayam Masak Sambal Hitam ni, Gerenti Terangkat..!

0
319

Masih teringat dulu masa kecil, Abam Hoq suka sangat dengan Sambal Nyior. Tak tau lah awak orang panggil apa, tapi Abam panggil Sambal Nyior..

Isi ikan bakar (ikan tawar orang trg panggil), campur dengan nisi kelapa, tumpuk dalam lesung bersama cili api.. Perggghh rasa ikan dan isi kelapa yang pedas sedap yang amat. Kalau makan gerenti tambah sepinggan dua nasi.

Lama dah tak rasa Sambal Nyior ni. Lepas arwah mak meninggal dunia, dah sangat kurang makanan-makanan asli macam ni yang dapat rasa. Bukan susah pun nak buat kalau ikut logik. Campur 3 bahan jer. Lepas tu tumbuk. Lepas tu siap..

Tapi nak buat tu jadi tak terbuat. Hahaha. Kadang-kadang jenuh fikir nak makan apa. Tapi tak datang pun idea nak buat sambal Nyior ni.

Tapi sekarang, Abam dah jumpa Sambal Nyior ni. Cuma dia buat dalam bentuk Begedil. Rasa un sikit berbeza sebab dia campur dengan daun kari sikit. Tapi ok la, masih rasa Sambal Nyior tu. Haaa terubat sikit rindu di hati nak makan makanan simple zaman kanak-kanak.

Kalau awak orang tinggal di Bukit Jelutong dan Kawasan sekitar, nak makan Sambal Nyior ni, awak orang boleh datang ke Restoran Royale Amyrah ni. Tak jauh daripada Masjid Tengku Ampuan Jemaag Bukit Jelutong.

Boleh juga ambik lauk lain. Lauk Ayam Masak Sambal Hitam ni memang terbaik makan dengan nasi putih dan Begedil Sambal Nyior tadi. Datang lah..! Sedaaap.!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here