Aplikasi Android Chef Jo

applikasi chef jo.png

Applikasi Android Chef Jo

Bagi lelaki dan wanita yang meminati masakan dan resipi , kini anda dengan mudah boleh mengikuti resipi, petua dan tips masakan daripada chef terkenal malaysia itu. Ini berikutan terlancarnya aplikasi android Chef Jo baru-baru ini.

chef jo.png

Menu Tentang Chef Jo di dalam aplikasi android Chef Jo

Aplikasi yang dimajukan oleh IOB DOT COM SDN BHD itu telah pun ada di Google Play. Hanya lawati link INI, taipkan kata kunci “chef jo” dan install.

Ataupun anda boleh terus ke applikasi google play di smartphone anda, taipkan kata kunci “chef jo” dan install. Sungguh senang!

Apa yang bagusnya tentang aplikasi android Chef Jo ini ialah ianya amat mesra pengguna. Ia disediakan dengan pelbagai resipi masakan daripada Chef Jo dengan disertakan dengan gambar-gambar sekali. Resipi-resipi ini akan di kemaskini dengan resipi-resipi yang baru dari masa ke semasa. Amat menarik!

resipi chef Jo.png

Resipi Chef Jo

bahan resipi chef jo.png

Bahan-bahan resipi Chef Jo

petua chef jo.png

Aplikasi ini juga menyajikan pengguna dengan petua seperti “bagaimana untuk mengetahui kesegaran telur” dan lain-lain lagi. Juga dikemaskini dari masa ke semasa.

petua-petua chef jo.png

Petua Chef Jo dalam Aplikasi Android Chef Jo

Selain itu juga, jika pengguna ingin bertanya sesuatu kepada Chef Jo, mereka boleh berbuat demikian melalui menu Tanya Chef. Jadi, aplikasi ini bukanlah hanya sekadar aplikasi biasa. Ianya juga adalah platform dua hala untuk pengguna bertanya kepada Chef Jo. Ia juga menjadi penyelesai masalah kepada pengguna. Ini pasti menjadi satu tarikan untuk pengguna meng”install” aplikasi android Chef Jo ini.

tanya chef jo.png

Menu Tanya Chef Jo di dalam aplikasi Android Chef Jo

Dengan adanya aplikasi ini, pengguna tidak perlu lagi membeli dan membelek buku-buku masakan. Hanya dengan menggunakan smartphone, resipi-resipi Chef Jo akan bersama anda di mana sahaja anda berada.

Aku secara peribadi rekomen aplikasi ini untuk di install di smartphone anda.

Show Comments

3 Comments

  1. boni Ultra kacak June 21, 2013
    • sohoque June 21, 2013
  2. Hafizul June 22, 2013
  3. Pingback: Aplikasi Android Restoren On The Table July 17, 2013

Leave a Reply

%d bloggers like this: