Wednesday, March 22, 2023
HomeAdvertorialApple iPhone 7 & 7 Plus - Apa yang di upgrade sebenarnya

Apple iPhone 7 & 7 Plus – Apa yang di upgrade sebenarnya

Antara perkara yang aku suka ialah mengikuti perkembangan terkini gajet-gajet. Gajet yang paling aku suka ikuti adalah smartphone. Itu jer la yang aku mampu. Nak beli memang tak larat la. Sebab smartphone ni memang kejap-kejap jer akan keluar yang baru.

Smartphone yang aku pakai sekarang adalah iPhone 6 Plus dan Lenovo Zenfone 4. Kalau ikutkan hati nak jer tukar smartphone yang baru dan lebih canggih, tapi bila fikirkan kosnya, terus kemahuan terbantut.

Ciri wajib untuk smartphone

Memiliki smartphone yang laju processornya dan bagus cameranya adalah satu keperluan kepada aku. Hidup sebagai blogger ni memang penting semua tu. Gambar aku suka snap dengan iPhone jer. Sebabnya aku malas nak pikul DSLR me merata tempat. Dan pada aku iphone 6 plus punya kamera dah cukup bagus dah untuk snap gambar yang cantik dan berkualiti.

Kamera yang bagus penting untuk kita snap moment yang kita tak akan jumpa lagi dah jika kita terlepas snap. Gambar moment inilah yang banyak boleh diceritakan di dalam blog aku.***

Oh ya.. Bateri smartphone juga penting bagi aku. Dengan segala apps yang canggih dimasukkan ke dalam smartphone, bateri pasti akan menjadi cepat kering. iPhone 6 plus aku ni, dengan banyak apps yang aku guna ni tahan separuh hari sahaja. Jadi power bank memang tak pernah lepas daripada sisi aku. Memang akan bawak sebagai persediaan.

Aku dah makin serasi dah snap gambar dengan iPhone 6 plus aku ni selepas aku belajar cara-cara, dan tips menggunakan kamera iPhone. Hasilnya banyak gambar-gambar aku dah semakin cantik sekarang.

Ni adalah antara gambar-gambar yang aku ambil menggunakan iPhone 6 Plus aku:

tersisih-iphone-6-plus

senja-iphone-6-plus

self-relection-iphone-6-plus

sea-addiction-iphone-7-plus

photo-passion-iphone-6-plus

never-look-back-iphone-7-plus

biasan-naithon-beach

Namun tengah-tengah syiok menggunakan iPhone 6 plus, tiba-tiba Apple telah isytihar tentang pelancaran iPhone 7 yang lebih hebat. Kenapa aku kata hebat? Jom tengok apa yang aku jumpa selepas mencari spesikasi iPhone 7 yang melebihi iPhone yang sebelumnya.

Kelebihan iPhone 7 berbanding iPhone versi sebelumnya

pilihan warna untuk iPhone 7
pilihan warna untuk iPhone 7

Kalis Air

iphone-7-kalis-air

Penambahan yang paling ketara ialah iPhone terbaru ni*** kalis air. Kalau dulu iPhone agak sensitif dengan air ni. Tapi kini setakat kena tertumpah air ke, tersimbah air ke… iPhone ni boleh tahan. Malah ia juga kalis debu.

Lebih laju dan lebih cekap (effisyen)

Dilengkapi dengan 4 design Core terbaru, CPU A10 Fushion Chips kini ada 2 high-performance cores dan 2 high-efficiency cores.

High-performance cores punya kelajuan menyamai 2 kali ganda kelajuan iPhone 6. Manakala high-efficiency cores hanya menggunakan 1/5 sahaja kuasa daripada high-performance cores.

Maknanya… korang akan dapat kelajuan terbaik dan paling effisyen bilamana korang menggunakan iPhone ni.

Bateri tahan lebih lama

iphone-7-battery

Paling tahan berbanding dengan versi iPhone sebelum ni. Untuk iPhone 7, baterinya tahan 2 jam lebih lama daripada iPhone versi sebelumnya. Manakala untuk iPhone 7 Plus, bateri tahan 1 jam lebih daripada versi iPhone sebelum ni.

Kamera yang sangat awesome

iphone-7-dual-camera

Macam yang aku cakap tadi, aku memang suka akan kamera iPhone ni. Aku tak nafikan ada juga smartphone lain yang kameranya bagus, tapi aku memang serasi dengan kamera iPhone ni.

Kamera iPhone 7 lebih berkuasa daripada iphone versi sebelumnya. Ia diperkasakan lagi dengan Optical Image Stabilisation, aperture f/1.8 dan Lensa 6 elemen.

Penambahan ini menghapuskan kelemahan kamera iPhone sebelum ini yang mana kualiti gambar di bawah low light agak menghampakan.

Ia juga ditambah ciri baru iaitu wide colour capture yang semestinya menjadikan gambar korang lebih meriah.

WiFi call lebih jelas

Korang pernah buat WiFi call tak? Call yang tak gunakan caj service provider. Call ni guna WiFi connection jer macam Facebook Messenger Call ataupun Wahtsapp call.

Haaa dengan iPhone 7 ni WiFi call yang selama ni banyak gangguan akibat tidak jelas dan sebagainya menjadi lebih lancar dan jelas.
iPhone 7 ada high-quality WiFi call. Boleh jimat bil telefon ni. Hehehehe.

Boleh jawab call daripada apps seperti FB Messenger dan lain-lain

iPhone versi sebelum ni kalau ada call daripada apps macam tu, kita kena bukak apps tu dulu baru boleh jawab call. Ini agak sedikit mengganggu jika masa tu korang tengah buat kerja kat apps yang lain.

Tapi dengan iPhone ni, korang boleh jawab apps call macam jawab call biasa jer. Malah korang guna function call waiting lagi.

Komen Sohoque

iphone-7

Memang puashati lah kalau dapat iPhone 7 ni. Function camera dan kelajuan processor serta ketahanan bateri tu memang menarik hati aku.

Hmmmm… Kalaulah aku boleh dapatkan iPhone ni untuk review, pergghhh best giller la…!

Eh.. kejap… ada kupon diskaun untuk pembelian iPhone. Korang dapatkan Electronic gadgets coupons yang sangat menarik di Paylesser Malaysia ataupun korang boleh cari Lazada Malaysia Vouchers untuk dapatkan Kupon Diskaun dan Voucher yang menarik untuk pembelian online korang daripada Lazada.

Dengan kupon diskaun tu boleh la korang jimat sikit daripada korang bayar harga penuh…!

Satu lagi kalau korang nak beli, korang boleh beli online. iPhone 7 boleh didapati secara eksklusif di Lazada Malaysia. Bayar COD pun boleh kalau korang tak yakin. So tak perlu bersusah payah nak ke kedai. Dapat pulak diskaun dengan kupon tadi. Order dulu di Lazada iPhone 7 pra-tempahan Malaysia. Lepas tu segalanya menjadi milik korang!

Loading

RELATED ARTICLES

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1