Salam dan selamat sejahtera.
Dewasa ini banyak applikasi android Ustaz Azhar Idrus di Google Play, tempat meng”install” applikasi di telefon pintar yang menggunakan platform sistem operasi Android.
Pertumbuhan applikasi android Ustaz Azhar Idrus ini dibuat dan dimajukan oleh individu-individu celik IT yang mengambil inisiatif untuk mengembangkan lagi ilmu agama yang dikongsikan oleh Ustaz Azhar Idrus kepada sasaran yang lebih meluas.
Applikasi – Aplikasi Android Ustaz Azhar Idrus ini rata-ratanya memuatkan apa yang pernah disampaikan oleh Ustaz Azhar Irus melalui ceramah-ceramah ataupun kuliah-kuliah agama beliau yang diadakan diseluruh pelusuk negara. Ia termasuklah jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus, Hukum-hukum permasalahan agama yang dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dan sebagainya.
Perkembangan ini saya lihat ada baik dan buruknya.
Yang baiknya, pengguna telefon pintar lebih mudah mencari hukum-hukum agama untuk dirujuk. Peminat Ustaz Azhar Idrus pula lebih mudah untuk memeriksa kuliah bulanan Ustaz Azhar Idrus tanpa perlu melayari internet dan sebagainya. Mereka hanya perlu masuk ke applikasi – applikasi Andoid Ustaz Azhar Idrus ini dan terus boleh mendapatkan maklumat yang dikehendaki oleh mereka.
Yang tidak baiknya ialah applikasi – applikasi Android Ustaz Azhar Idrus ini dibina dan dimajukan sistemnya bukan oleh Ustaz Azhar Idrus sendiri. Ini sudah dijelaskan oleh Ustaz Azhar Idrus di dalam kuliahnya dan diwarwarkan di dalam page facebook beliau.
Ustaz Azhar Idrus menegaskan di laman sisial ini bahawa beliau tidak mempunyai laman sosial yang lain kecuali Facebook sahaja. Ini termasuklah applikasi Android dan sebagainya.
Apabila ianya bukan daripada AlFadhil Ustaz Azhar Idrus sendiri, ia dikhuatiri akan terseleweng samada disengajakan atau tidak disengajakan.
Salah satu applikasi Ustaz Azhar Idrus yang pernah saya kongsikan di blog ini adalah applikasi ini.
Jadi kepada pengguna, hati-hati dengan kandungan applikasi Android Ustaz Azhar Idrus di Google Play. Jika was-was dengan kandungannya, sila double check dengan pihak berkenaan.
betul tu.. kadang2 ada sesetengah pihak yang ambil kesempatan melalui aplikasi macam ni.. tambah2 bab agama, so kena hati2..
mereka yang create aplikasi tu perlu jujur dan masukkan info2 yang betul2 sah faktanya supaya dapat memberi manfaat kepada semua.. kita sebagai pengguna aplikasi tu pulak perlulah rujuk pada UAI atau mereka yg lebih arif jika ada info2 yang rasa macam tak betul dari aplikasi tu.. jika ada unsur2 penyelewengan, sila dengan pantas beri peringatan kepada rakan2..
Anarm recently posted..Pemenang Contest Dialog Paling Sesuai
sgt setuju dengan bro anarm. kalau rasa info lain macam double cek ngan pihak uia sendiri
ramai yg suka ambil kesempatan atas kredibiliti org lain… dah la bab agama… bahaya2
Faris Al-Muhandisu recently posted..Hujan Meteorit di Russia!
ya la.. yg tak bestnya tuan empunya tak tau tu..
jika was was, elok jangan gunakan
Ya la. Betul tu
Ohw…ingat betul2 UIA ounya..baru nak install. .sebaik terbaca entry ni..terima kasih atas maklumat ini..
Sumijelly recently posted..Wohoo! Mat Luthfi dah Grade!!
nak install pon ok. sbb stkt ni sy tgk blom ada penyelewangan lagi. satu lagi kalau install senang nak cek diary kuliah bulanan uai
lepas 2 kat app 2 letak macam macam ads..tamak dan penipu
itu la… stkt letak ads biasa2 tak per, ni siap letak ads model separa bogel lg. aku pernah terkena. masa tu tgh bukak satu application Quran. tetiber kat atas quran keluar model sekse separa bogel. tak senonoh betul!!!
la yeke?
bertambah la dosa seseorang itu dalam tidak sedar kerana tamak haloba
topijerami90 recently posted..Semakan Keputusan SPM 2012 Online dan SMS
mmmmppphhh
sohoque recently posted..Applikasi Android Ustaz Azhar Idrus
Wah lain mcm teknologi sekarang nih..!! Application Ustaz Azhar Idrus pun ada…isk2..
xCamStorey recently posted..Resepi – Daging Singgang
hehehehe.. dunia tanpa sempadan. internet di hujung jari…
moga dpt digunakan sebaiknya perisian ini.
Leeza dayasari recently posted..Kaligrafi China di SJKC Tsun Jin
ya.. betul tu leeza!!! 😉
fuhh..dasat betul orang kita ambil kesempatan ye..
dasat!!! guna nama org