16

App Best Untuk Download Video Percuma Di iPhone App Store

Untuk pengguna iOS (iPhone), agak sukar nak cari applikasi (apps) untuk download (muat turun) video. Tak macam Android. Banyak apps dalam Playstore yang menyediakan fungsi muat turun video secara percuma.

Sejak bertukar kepada iPhone 2 tahun lepas, puas aku cari apps kat app store yang betul-betul ikut kehendak aku dalam memuat turun video daripada internet ni. Tapi hampa.

Nak buat apa video..? Haaa bagi bloggers dan pengamal media sosial macam aku ni penting untuk aku dapat muat turun video dengan cepat tau. Senang kerja untuk aku updates entri blogs dan status di media sosial.

Video Lite dan Video Pro

Video Pro

Baru-baru ni aku terjumpa satu apps kat app store untuk muat turun video. Tanpa menaruh harapan yang tinggi aku install apps ni dan cuba guna. Sudah tentu lah aku install yang free jer, Video Lite. Tak memasal install yang berbayar pastu tak best nanti. Yang premium (berbayar) adalah Video Pro.

So aku cuba la explore untuk download video daripada youtube. Hah.. memang senang…! Sekejap jer dah boleh download sebarang video kat Youtube tu.

Cara download video guna apps Video Lite dan Video Pro

Apps ni macam browser. Kita taip jer url website yang ada video yang kita nak kat dalam apps tu. Contohnya Youtube. Taip jer www.youtube.com. Lepas tu search je video yang kita nak.

browse youtube

Mainkan video tu. Lepas tu akan keluar satu option untuk kita download video tu. Klik jer download..! Tak sampai 7 saat video tu dah terdownload ke dalam apps ni.

Untuk kita simpan video tu dalam memory phone kita pula, klik kat menu Files di bahagian bawah tu. Korang akan nampak video yang baru korang download tadi. Kemudian tekan huruf “i” kat sebelah kanan nama file video tu.

senarai video yang telah didownload

Satu option untuk simpan ke memory phone akan keluar. Klik button tu dan siap!!!

tekan button camera roll tu untuk simpan ke memory phone

Video tu sekarang dah selamat berada dalam memory phone korang dan korang bebas nak simpan kat memana ataupun hantar kepada rakan-rakan. Juga boleh digunakan untuk muat naik di media sosial.

Cuma video-video tu mungkin ada copyright dia. Yang tu pepandailah ya. Biasanya kalau tak lepas copyright korang akan diberi amaran oleh Youtube ataupun Facebook. Yang ni kalau kena sila tanggung sendiri. Aku tak bertanggngjawab ya… (siap dah bagi disclaimer ni).

Yang paling best lagi dengan apps ni ialah, korang bukan sahaja boleh download video yang korang suka daripada Youtube saja, malah korang boleh buat benda yang sama kat Facebook dan memana website yang ada video.

video daripada Bleacher Report

Ini aku sendiri dah try masa explore apps ni. Aku berjaya download video dengan jayanya daripada Facebook dan website bolasepak www.bleacherreport.com. Haaa best giller kot..!

So sesiapa yang pakai iPhone dan nak download video yang disukai dengan cepat dan mudah, boleh try apps ni. Cuma untuk apps yang percuma Video Lite, korang hanya dibenarkan download dan simpan di dalam phone 10 files video sahaja. Nak simpan lebih daripada tu korang kena upgrade ke apps premium dia iaitu Video Pro.

Tapi untuk donload video sahaja tanpa simpan ke phone korang boleh download tanpa limit dengan versi free tu jer.

Harga untuk upgrade ke versi premium (Video Pro) adalah RM16.00. Kalau korang memang gunakan video tu untuk kerja korang ok jer bayar lumpsum RM16 tu. Sekali tu jer kena bayar. Bukan incurring setiap bulan pun.

Ok. Selamat mencuba apps (aplikasi) untuk download video dengan mudah dan percuma untuk iPhone di App Store ni ya..! Moga bermanfaat.

Boleh share entri untuk untuk manfaat orang lain juga.

Show Comments

8 Comments

  1. dorsett pink July 10, 2017
  2. Anuar July 10, 2017
    • sohoque July 10, 2017
  3. miminadam July 10, 2017
    • sohoque July 10, 2017
  4. yanieyusuf July 11, 2017
    • sohoque July 11, 2017

Leave a Reply

%d bloggers like this: