Applikasi CIMB Baru Lebih Advance, Best…!

4
2587
fungsi finger scanner

Siapa ada akaun bank CIMB? Lebih spesifik lagi aku nak tanya, siapa yang biasa guna aplikasi CIMB.

Just nak bagitau (kepada sesiapa yang belum tau), apps cimb sekarang dah ada peningkatan dari antaramuka pengguna (user interface). Lama dah upgrade ni dibuat sebenarnya. Sejak sebulan ke 2 bulan lepas. Gitulah lebih kurang. Tak ingat lak aku tarikh tepatnya.

Tapi aku terpanggil untuk update lagi pasal ni sebab aku masih teruja dengan apps ni. Baru jer aku guna sebelum tulis entri ni. Memudahkan pengguna…! Itu komen pendek aku.

Fungsi terbaru yang aku paling suka ialah aku boleh periksa baki akaun aku dengan pantas. Klik icon apps cimb, letak jari pada scanner handphone terus baki akaun aku terpapar. Tapi fungsi ni untuk handphone yang ada fungsi fingeb scanner la. Setakat ni iphone aku memang tak der masalah dengan fungsi ni. Best…!

hanya letak jari jer pada scanner handphone, baki akaun dah tertera pada skrin

Haaa.. Fungsi finger scanner tu macam yang ada kat apps paypal tu. Boleh scan jer jari. Tak perlu masukkan no pin dah.

Namun fungsi finger scanner tu hanya terbatas untuk periksa baki akaun sahaja setakat ni. Untuk melihat butiran transaksi secara keseluruhan dan untuk membuat transaksi lain, kita perlu juga masukkan no pin. Ini sebagai langkah keselamatan extra jika ada pencerobohan yang tak sepatutnya terhadap akaun pengguna.

fungsi finger scanner

Satu lagi kelebihan aplikasi (apps) terbaru CIMB ini ialah layoutnya yang lebih catchy. Tampak moden berbanding yang dulu yang lebih old school. Navigasi antara menu-menunya juga lebih memudahkan pengguna.

Kombinasi warna juga menjadikan layout secara keseluruhannya lebih nampak minimalist dan elegan. Aku dari dulu lagi lagi suka akan layout yang simple dan minimalist ni. Tak serabut kepala otak aku tengok.

layout dan gabungan warna menjadikannya lebih simple, minimalist dan elegan

Loading time juga aku perasan ada kemajuan dengan apps baru ni berbanding apps yang terdahulu. Aku beberapa kali cuba dengan menggunakan data internet aku ni. Memang laju berbanding biasa..

Korang yg guna akaun cimb dah install ke blom apps ni. Install la. Best! Memudahkan korang…!

Loading

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge