4

Applikasi Mesti Install: Resorts World Genting Mobile

apps 1.png

Kepada yang gemar bercuti, applikasi Resorts World Genting Mobile yang boleh didapati secara percuma di Google Play (untuk versi Android) dan iOs Apps (untuk iOs) ini amat digalakkan untuk anda install di smartphone anda.

Apa yang istimewa dengan applikasi Resorts World Genting Mobile ini?

Kini anda boleh memeriksa mata ganjaran Kad Genting dan merancang percutian ke Resorts World Genting hanya dengan beberapa swipes di applikasi ini.

Highlights Utama

Dengan applikasi Resorts World Genting Mobile ini pengguna dapat mengetahui siapa yang akan membuat persembahan di Genting Highland, aktiviti akan datang dan pakej-pakej yang menarik yang ditawarkan kepada ahli dan tetamu.

My Account

Periksa profail keahlian pada mata (points) kad Genting dan WorldCard, kad dan tarikh luputnya, dan lain-lain informasi yang berkenaan di satu tempat.

My Planner

Melalui My Planner, pengguna boleh melihat rancangan (itinerary) yang dicadangkan. Ia menyediakan tips-tips seperti Must Eat, Must See dan Must Try untuk pelawat ke Resorts World Genting.

Ciri-ciri Yang Lain

Anda akan dapat memperolehi informasi tentang Hotels, Dining, Theme Park, Shows & Event, Getting There dan boleh ikuti promosi dan perbincangan terkini tentang Resorts World. 

Screenshot

screenshot.jpg

screenshot2.jpg

screenshot3.jpg

Oh ya.. macamana pula nak install applikasi ni. Ni cara-cara install applikasi Resorts World Genting Mobile:

  1. Pergi ke Applikasi Google Play di telefon pintar anda
  2. Cari Applikasi Resorts World Genting Mobile
  3. Kemudian klik install
  4. Tunggu seketika… dan…
  5. Siap! Anda telah pun berjaya install applikasi Resorts World Genting Mobile.
user review.jpg

Review Pengguna

Jika dilihat daripada komen-komen pada applikasi ini di Google Play, masih ada kelemahan-kelemahan yang perlu dibaiki. Namun komen-komen tersebut adalah komen-komen yang lama semasa applikasi ini baru dicipta. Lagipun komen-komen tersebut hanya mewakili 153 pengguna yang meninggalkan review.

Sekarang Genting Resort World sudah memajukan applikasi tersebut kepada yang lebih baik. Malah ianya sudah boleh diinstall di Window 8.

Applikasi yang pertama seumpamanya ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan di mana ia telah diguna pakai oleh lebih 100,000 orang pengguna dalam masa kurang daripada setahun semenjak ia diperkenalan.

Kepada kaki travel dan bercuti, jom install applikasi ini.

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply

%d bloggers like this: