Nasib Baik Aku Moved On… Avisena Specialist Hospital Seperti Nafas Baru Buat Ifza…

2
1588
AVISENA WOMEN’S & CHILDREN SPECIALIST HOSPITAL

Dulu… Kami Kecewa dengan DEMC

Masa ini Avisena masih dikenali sebagai DEMC. Dulu DEMC pernah aku senarai hitamkan. Aku dan isteri memang Serik pergi hospital ni.

Sebab apa..? Adalah sedikit masalah yang terjadi antara kami dan DEMC semasa isteri aku nak lahirkan bayi bongsu kami. 

Salah faham sebenarnya. Panjang pulak nak cerita dengan panjang lebar kat sini. 

Sejak peristiwa itu kami, terutama isteri aku memang kecewa dan patah hati dengan DEMC. Nama itu seperti Sudah tiada dalam fikiran kami. 

Kini.. Avisena mengubah persepsi lama kami

Setelah 7 tahun berlalu, banyak yang telah berubah. Anak bongsu aku dah besar. Dah masuk darjah 1 dah pun. Beliau mengidap masalah eczema sejak berumur setahun. 

Eczemanya agak teruk sehingga beberapa kali terpaksa dirawat di hospital. Hospital pilihan kami sudah semestinya hospital tempat kelahiran ifza, sebuah hospital swasta di Petaling Jaya.

Dalam masa 7 tahun tersebut juga, DEMC telah berubah. Pertukaran nama daripada DEMC kepada Avisena bukan hanya sekadar pertukaran nama dan warna logo. Ia membawa wajah baru kepada sistem, profesiolisme dan lain-lain lagi kepada hospital ini.

Sedikit sebanyak ia turut membawa kenangan kurang manis aku dulu bersama hilangnya nama DEMC.

Mini seminar eczema anjuran Avisena

Seminar inilah yang berjaya menjinakkan hati aku dan isteri semula. Kami dijemput menyertai satu mini seminar tentang eczema yang dianjurkan oleh Avisena. Mereka menghadirkan seorang pakar dermatology, iaitu Dr Kartini Farah Rahim.

Dr Kartini Farah Rahim

Penerangan yang jelas tentang pemyakit eczema dan cara menanganinya dalam seminar tersebut memberi persepsi tentang dirinya yang memang pakar tentang penyakit tersebut.

Susah juga nak ajak isteri aku turut serta dalam seminar ini sebenarnya. Gigih aku yakinkan dia bahawa seminar ini sangat bagus untuk kawal eczema Ifza. Mungkin sebab mengenangkan nasib anak, hati beliau lembut dan setuju untuk turut serta.

Seminar tersebut sangat bagus pada pandangan aku. Banyak info yang kami tak tau tentang masalah eczema ni walaupun dah 7 tahun kami menjaga Anak eczema.

Ifza kena eczema teruk lagi

Selang tidak berapa lama selepas mini seminar tersebut, Ifza dilanda flare yang agak teruk. Eczemanya dah jadi bernanah akibat infection. Terus terdetik untuk mencuba khidmat Dr Kartini. 

Isteri aku bersetuju dan temujanji dibuat. Setelah berjumpa Dr Kartini, beliau cadangkan Ifza dimasukkan ke wad untuk menerima rawatan yang lebih rapi. Aku bersetuju kerana Ifza dah bersekolah. Eczema dia harus aku kawal secepat mungkin untuk dia tidak banyak terlepas kelas nanti.

ptr
rptnb

Lagipun aku nak mencuba wad di Avisena untuk membandingkan dengan hospital yang sebelum ini. Doktor aku dah tau tentang kepakarannya. Sekarang nak tengok fasiliti hospital pula.

3 hari Ifza dirawat di sini. Ternyata aku berpuashati. Avisena telah berjaya menambat semula hati kami. Selepas itu kami memang akan piilih Avisena. Tak pergi dah ke hospital swasta kat PJ tu.

Kenapa Avisena ni hospital terbaik

Ni aku kongsikan kenapa Avisena berjaya menambat hati aku dan isteri semula…

Apa yang aku suka tentang Avisena..?

1. Imejnya yang profesional

Imejnya, melalui penjenamaan semula dengan logo dan warna korporat yang baru memang nampak profesional, mesra dan islamik. Hebahan tentangnya terutama di media sosial sedikit sebanyak menjadikan hospital ini dekat di hati aku walaupun belum pernah pergi lagi selepas penjenamaan semula.

2. Fasiliti

Fasiliti kat hospital ni tip top.. Sangat memuaskan.

Parkir

Buggy ada disediakan di kawasan parkir untuk membawa pengunjung ke lobby

parking hospital ini luas. Tiada masalah untuk pelawat datang melawat ataupun mendapatkan rawatan. Ada bayaran yang dikenakan untuk parkir, namun bayarannya amat minima.

Ada khidmat buggy untuk membawa pelawat daripada tempat Parkir ke lobby hospital.

Jika Parkir tersebut penuh, pelawat boleh meletakkan kenderaan di parkir persendirian di luar pagar hospital ni dengan bayaran yang juga tidak membebankan.

Bilik rawatan

Ifza ditempatkan di wad perseorangan. Dia seorang jer dalam bilik tu. Suka la dia. Ada TV, ada sofa, ada bilik air yang luas dan bersih.

nfd

Makanan juga banyak pilihan dan sedap-sedap! Jika di hospital sebelum ni aku yang kena habiskan makanan, kali ini Ifza sendiri yang habiskan. Sedap katanya..

Farmasi

Farmasi juga terbaik. Di hospital sebelum ni, aku seringkali tidak dapat bekalan krim eczema yang doktor prescribed dengan kuantiti yang cukup sehinggakan aku terpaksa datang ke sana semula semata-mata untuk dapatkan baki krim yang belum dapat.

Di Avisena, perkara ini tidak berlaku. Mereka ada stok yang mencukupi.

Untuk setiap krim dan ubat yang diberikan, pharmacist datang sendiri ke wad untuk menerangkan tentang ubat dan krim tersebut serta cara menggunakannya.

Aku banyak bertanya, membandingkan krim yang diberi di Avisena berbanding yang pernah aku dapat di hospital sebelum ini. Ternyata jawapan pharmacist tersebut memuaskan hati aku dan menampakkan beliau seorang yang tau tentang bidangnya.

Tempat makan

Di hospital ini, tak Susah nak cari tempat makan. Kat ground floor ada restoran melayu, KWE MWE. 3 kali kami mencuba makanan di situ. Memang best masakannya.

Nasi Goreng Ikan Sardin
Nasi Goreng Paprik

Bermacam menu disediakan. Korang boleh try nasi goreng Ikan Sardin. Terbaik rasanya..! Nasi putih dan Ikan masak Asam pedas juga best selain Laksa Johor yang menggoda selera.

Kat ground floor juga ada outlet San Francisco Coffee bagi pemggemar kopi.

3. Servis berkualiti dan Kepakaran

Proses pendaftaran cepat

Ya.. cepat! Diorang akan telefon dulu bertanya bila kita nak datang daftar masuk wad. Ini untuk memudahkan mereka menyiapkan wad untuk kita terus masuk selepas siap mendaftar.

Proses daripada mendaftar sehingga dibawa oleh staf hospital ke wad rasanya tak sampai 20 minit. Borang pun tak perlu diisi sendiri. Staf situ yang isikan. Kita hanya periksa data dan tandatangan jer.

Cuma masa aku daftar Ifza hari tu kena tunggu lama sikit. Sebabnya salah aku jugak. Masa diorang telefon tanya bila nak datang, aku cakap lepas office hour, tapi pukul 3 aku dah sampai. Kelam kabut ler diorang nak sediakan wad.

Doktor pakar

Doktor untuk rawat pesakit, kita boleh pilih sendiri. Macam eczema, ada 2 orang pakar. Aku off course la pilih Dr Kartini Farah Rahim. Sebab pergi seminar dialah aku tertarik untuk datang sini.

Pendekatan Dr Kartini pada aku agak bijak. Jika doktor pakar yang aku jumpa sebelum ni hanya menerangkan dan mengajar cara sapu serta krim mana yang nak dipakai kepada ibubapa, Dr Kartini turut mengajar Ifza sekali cara pakai krim. Siap beliau tunjuk demo dan ajar Ifza cara betul sapu krim tu sehingga Ifza mampu buat sendiri.

Bebudak ni memang. Kalau cikgu atau doktor yang ajar, memang diorang akan ikut 100 peratus punya. Siap boleh betulkan aku dah sekarang ni kalau aku tak guna cara doktor ajar. Hehehe.

Cara Dr Kartini mengajar Ifza berdikari ini sebenarnya menolong mengurangkan kerengsaan kulit Ifza semasa di sekolah. Sebabnya sekarang kalau dia rasa tak selesa dia akan sapu sendiri krim yang kami sentiasa bekalkan dalam beg sekolah dia.

Nurse

Setakat 3 hari Ifza duduk kat wad, aku puashati dengan layanan nurse. Cara kerja memang menampakkan mereka berpengalaman dalam bidang mereka.

So kami rasa konfiden jer membiarkan diorang memberi rawatan kepada Ifza.

Staf sangat ramah dan senyum

Staf kat hospital ni memang ramah dan murah dengan senyuman. Aku memang perhati daripada staf kat tempat pendaftaran sehingga ke nurse yang bagi rawatan kat Ifza. Semuanya ok dan murah dengan senyuman.

Staf kat bahagian pendaftaran tu banyak kali datang dan mintak maaf dengan aku sebab aku lambat sikit dapat masuk wad.

Bukan salah dia pun. Salah aku sebab aku cakap nak datang pukul 5.30 petang lepas waktu kerja. Tapi pukul 3 aku dah datang. So kelam kabut diorang nak sediakan wad.

4. Islamik

Hospital ni Islamik. Sesuai dengan imejnya. Ada beberapa surau yag disediakan di sini. Surau pun selesa siap ada Al-Quran untuk dibaca.

Oh ya. Setiap kali masuk waktu solat, akan ada pengumuman yang dibuat. Baguskan?

5. Pakej yang berbaloi

Selama 3 hari Ifza dirawat, bil hospitalnya adalah lebih kurang RM5K. Dengan rawatan rapi, makanan yang enak, bilik yang selesa seperti bilik hotel, nurse yang selalu memantau, ubatan serta krim serta losyen yang pelbagai, aku ok jer dengan kos tu.

Sebabnya kat hospital sebelum ni pun kosnya lebih kurang jer. Tapi servis serta layanan, Avisena lebih terkehadapan.

Lagipun kos tersebut aku setelkan dengan Insurans Ifza.

Penambahbaikan yang aku rasa perlu 

Tak banyak penambahbaikan pun. Cuma satu jer aku boleh cadang (kalau nak cadangan aku). Macam kes ifza, sehari Ifza kena sapukan krim khas ke seluruh badan sebanyak 4 kali. Satu kali tu kena sapu masa pukul 12. Masa tu nurse tak nak buat. Diorang suruh ibubapa yang menjaga sendiri yang buatkan.

Aku kalau boleh dah masuk wad, biarlah nurse yang buatkan semuanya. Bukan aku tak nak buatkan, aku biasa jer sapukan krim kat rumah selama ni. Tapi dah masuk wad, biarlah nurse yang buatkan. Aku tengok jugak. Bukan aku tak hirau masa nurse buat tu.

Tu jer la cadangan aku kalau nak diambil kira. 

Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital (AWCSH) 

Bebaru ni, satu lagi cawangan Avisena dibuka. Ia mula beroperasi sepenuhnya bermula 6 Mei 2019.

Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital (AWCSH) ini khas untuk wanita dan kanak-kanak sahaja. Ia merupakan hospital swasta pertama di Malaysia dari jenis dan skalanya yang memberi tumpuan khusus kepada penjagaan utama dan rawatan wanita dan kanak-kanak.

AVISENA WOMEN’S & CHILDREN SPECIALIST HOSPITAL

Wow..! Jika di hospital asal avisena aku sudah mendapat yang terbaik, kat sini pastilah lebih baik. 

Sebabnya kat sini lebih fokus kepada Wanita dan kanak-kanak. Aku dengar dah ada ditawarkan pakej bersalin Avisena kepada para pelanggan. 

pakej bersalin 2019

Serius aku sendiri pun teruja. Bukan nak mintak anak sakit, tapi pada aku, ianya satu usaha yang amat baik daripada Avisena untuk keselesaan pelanggannya.

Memang tabik springlah Avisena. Dengan pembukaan AWCSH ni, aku rasa status Avisena sebagai hospital terbaik di Shah Alam sukar diganggu gugat oleh hospital lain. Confirm lepas ni rawatan susulan Ifza aku akan ke sini.

Seacara asasnya, 4 perkhidmatan utama yang disediakan di Avisena Women & Children Specialist Hospital (AWCSH) :

Antara kemudahan-kemudahan lain yang ada di AWCSH adalah cafe dan farmasi bagi memudahkan para pelanggan dan pengunjung untuk mendapatkan barangan keperluan mereka.

Fasiliti yang lengkap, unik dan dan direka untuk menjadi tarikan anak-anak pastinya akan menghilangkan rasa takut kanak-kanak untuk mendapatkan rawatan doktor.

kerusi untuk rawatan pergigian berbentuk dinosor macam ni memang akan melupakan kanak-kanak tentang rawatan gigi mereka

Ia juga dapat menghiburkan hati anak-anak yang sedang dalam rawatan.

sofa macam sudah pasti menarik hati kanak-kanak

untuk maklumat lanjut, boleh refer info di bawah :

General line : 603- 55151888

Specialist Clinic Hour :
Monday – Friday : 9am – 5pm ,
Saturday : 9am -1pm

Alamat : No 4, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Website : https://www.avisena.com/awcsh

Facebook : https://www.facebook.com/avisenawcsh/

Komen Abam Hoq

Untuk rawatan Ifza dan anak-anak yang lain, memang aku tak pilih hospital lain dah selepas ni. Bagi aku Avisena dah cukup bagus..! Lagilah dengan adanya AWCSH pulak.

So korang dah pernah dapat rawatan kat AWCSH ke blom? Yang dah pernah dapat rawatan kat sini mesti akan berpuashati macam aku ni.

Bagi yang belum pernah ke sini, korang boleh cuba nanti untuk isteri korang nak bersalin ataupun untuk rawatan anak-anak korang. Aku rekemen hospital ni..!

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here