Awas!!! Bahaya Letak Wallet Di Poket Belakang Seluar.

Gambar ihsan daripada sumber

Ramai kaum lelaki yang suka letak dompet duit (wallet) kat poket belakang seluar kan? Dan semua yang letak wallet kat pket belakang seluar tu akan turut duduk di atas wallet tersebut apabila dia duduk. Ya la takkan setiap nak duduk diorang akan ambil wallet dulu unuk elakkan daripada duduk atas wallet tu. 😆  Ya tak?

Awas!!! Tabiat ini tidak bagus untuk kesihatan tulang belakang kita sebenarnya. Antara kesan dari tabiat ini ialah kaki akan menjadi pendek sebelah. Ianya seperti kita duduk di atas batu ataupun permukaan yang sangat tidak rata. Sesiapa yang memandu melebihi setengah jam dengan wallet diletakkan di poket belakang seluar, berpotensi mendapat sakit belakang. Jadi untuk menjaga tulang belakang kita elakkan dari tabiat di atas.

Memang pada peringkat awal sakit tersebut belum datang. Tetapi jika tabiat tersebut diamalkan bertahun-tahun sakit kesannya akan tiba. Sakitnya bermula di pinggang sehingga boleh dibawa ke kaki.

Gambar ihsan daripada sumber

Duduk di atas wallet untuk jangka masa yang panjang ini biasanya diamalkan oleh orang yang berkerja di pejabat. Jadi, cubalah bangun dan berjalan selama satu minit untuk merenggangkan tulang belakang setelah sekian lama duduk.

Sayangi tulang belakang anda!!!

 

Sumber

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: