Azhar Sulaiman Mengaku Sudah Murtad?

7
198
Status Facebook Azhar Sulaiman (gambar ihsan dari ERA PASCA)

Azhar Sulaiman mengaku sudah murtad? Apa cerita ni!!!

Ada rakan Facebook bagi link ke blog Era Pasca  sebentar tadi. Beritanya tentang gambar di atas. Tentang status Facebook kepunyaan pelakon terkenal Azhar Sulaiman.

Di dalam status tersebut Azhar Sulaiman mengaku sudah murtad. Tidak tahulah saya bila pengakuan tersebut dibuat. Ataupun betulkah akaun Facebook tersebut adalah kepunyaan pelakon Azhar Sulaiman yang sebenar.

Jika betul akaun Facebook tersebut adalah akaun Azhar Sulaiman, sungguh berani kenyataan yang dikeluarkan itu. Jika dia berniat dengan apa yang dikata memang boleh jatuh aqidah tu. Seperti yang kita maklum, aqidah boleh tertanggal (murtad) dengan perkataan, kelakuan dan i’tikad (kepercayaan) dalam hati. Dan ketiga-tiga ini dibuat dengan sengaja dan rela tanpa ada paksaan.

Cetek ilmu agama betul orang ini. Jika betul Azhar Sulaiman mengaku sudah murtad seperti yang tertulis alangkah malangnya dia. Kenyataan itu juga seperti mempermainkan isu murtad. Astaghfirullahal ‘Adzeem.

Harap-harap dia sedar dan segera bertaubat. Jika jatuh murtad, kena mengucap semulalah jawabnya.

Wallahua’lam

7 COMMENTS

    • itu la pasal. harap2 gitu lah Sally.. kena lak sekarang puak politik tgh memainkan sentimen parti B doa suh hancurkan parti A. nak muntah rasanya baca berita.. huhuhu. saya tak kata saya sokong mana2 parti. tapi berita akhbar terlalu memomokkan berita tu cam x der berita lain dah..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here