More

    Badan Terasa Lebih Ringan Dengan Killoss

    Sejak akhir-akhir ini badan aku terasa berat. Macam malas jer nak bergerak. TShirt pulak asal pakai jer terasa sendat. Kalau bergambar asyik nampak shape perut jer. Hahahaha. So aku kena buat sesuatu. Aku kena kempiskan semula perut aku.

    Aku google. Cari cara nak kempiskan perut. Banyak juga result yang aku jumpa. Hmmm… Kebanyakkannya lama jugak nak dapat hasilnya.

    Sehinggalah aku disua dengan tablets Killoss. Aku tertarik dan decide nak cuba. Sebulan aku guna. Makan 1 biji sebelum sarapan dan 1 biji sebelum tidur.

    killos-1

    Rasa tablet ni

    Haaa.. Sebab rasanya ni lah aku boleh teruskan penggunaannya sampai sebulan. Rasanya macam makan vitamin C jer. Rasa Oren. Best jer… Tak der la aku rasa macam makan ubat ke apa ker. Psikologi dah jadi lain. Rasa macam ambik supplemen jer. So rajin la sikit nak makan…

    Kesan tablet ni kepada tabiat ke tandas

    Di awal pengambilan aku tak rasa apa pun. Kalau ikut kawan-kawan yang guna, diorang cakap akan kerap terasa nak buang air besar. Sebabnya aku memang tak der masalah bab-bab pembuangan sisa makanan ni. Badan aku berdisiplin bab ni. Pepagi sebelum keluar kerja mesti aku setelkan dulu bab ni. So memang tak nampak perubahan dari segi ni.

    Tapi apa yang aku perasan, setiap kali buang air besar, baunya ya Allah… berganda keharumannya daripada biasa. Mungkin pembuangan selepas aku amalkan tablet ini dia bawak sekali dengan sisa toksin daripada dalam usus aku. Dia punya ketul-ketul tahi tu agak berlainan daripada biasa.

    Selepas seminggu gitu baru aku terasa sakit perut jika makan tablet ni. Masa ni kalau aku makan tablet sebelum breakfast, kemudian aku pergi kerja dan breakfast di restoran mamak, memang confirm perut akan memulas. Pergi toilet, terus dia buang semua.

    Kesan tablet ni kepada berat badan

    Kalau nak kesan yang lebih ideal, makan pun nak kena jaga. Kurangkan la makan makanan berlemak dan nasi tu. Tak larat nak hentikan terus makan la dengan kuantiti yang lebih sedikit.

    Senaman juga penting. Keluarkanlah peluh. Bakar lemak tu. Barulah cepat kesannya kepada badan kita.

    Tapi aku, kedua-dua kurangkan makan dan bersenam tu agak liat untuk aku buat. Sebabnya tabiat makan makanan berat semasa sarapan, makan tengahari dan makan malam ni sudah menjadi tabiat dan sebati dengan diri. Asal makan jer mesti aku nak makan nasi.

    Bersenam pulak memang payah aku nak buat. Pagi aku keluar seawal hari untuk hantar anak ke sekolah. Lepas tu hantar isteri ke tempat kerja. Lepas tu cari sarapan. Lepas tu aku start berjumpa client unit trust aku ataupun pergi hadiri event-event blogger. Hari kerja memang aku terikat dengan kekangan masa (alasan jer sebenarnya kan..?) hehehe.

    Hari minggu jer lah kalau nak exercise pun. Malangnya tu pun tak terbuat.

    So kesan terhadap berat badan aku tidaklah optimum. Dalam masa sebulan penggunaan tablet ni berat badan hanya turun 1 kg. Ok lah tu. Ada jugak turun. Dah cukup puas hati dah aku. Sekurang-kurangnya ada jugak turun. Mungkin bulan kedua akan banyak lagi turun.

    Tapi yang pasti badan aku terasa lebih ringan dan tak malas nak bergerak. Mungkin ini kesan daripada pembuangan toksin daripada usus aku kot.

    So lepas ni aku akan cuba amalkan cara hidup yang lebih sihat. Mungkin aku akan lebihkan Green Salads dan Green Juice untuk diet dan detox program aku. Harap boleh turun lagi berat badan nanti.

    Komen Sohoque

    killos-2

    Produk ni bagus pada aku. Sebabnya ia mampu buangkan toksin dan kotoran dalam usus dengan cepat. Rasanya juga sedap. Dibanti pula oleh tablet ini yang sentiasa membuang toksin dan kotoran serta lemak daripada usus korang.

    Namun untuk memastikan hasil yang lebih baik korang kena amalkan diet sihat dan bersenam jugak di samping pengambilan tablet ini secara betul dan berdisiplin.

    Tak berdisiplin? Itu korang punya mindset. Sejauh dan sekuat mana semangat korang untuk kurus. Kalau semangat kuat insyaAllah selamba jer korang boleh harung secara berdisiplin. Kalau semangat tak kuat tak payah cari la cara untuk kempiskan perut ke, cara nak kurus ke… memang payah korang nak berdisiplin nanti.

    Ok lah. Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang tablet ni, sila ziarah link ni:

    Website: Herbaworks

    Facebook: Killoss

    p/s: featured photo credit to: Shiqeen Sattar

    Latest articles

    Related articles

    2 Comments

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge