Kalau korang perasan kat group Facebook sekarang ada badges yang diberi kepada ahli group. Macam-macam badges ada.
Badges ataupun lencana Facebook ni bermula pada tahun lepas. Masa tu Facebook telah umumkan yang FB akan mulakan pemberian badges kepada ahli-ahli dalam group FB. Ia adalah untuk membantu ahli-ahli group untuk lebih mengenali akan ahli-ahli yang lain.
Kiranya nanti kat dalam group tu kita taulah siapa admin, siapa yang otai, siapa yang paling banyak memulakan sesuatu topik perbincangan dan mendapat sambutan dan lain-lain lagi. Jadi tak der lah kita sebagai ahli baru nak derhaka terutama kepada otai. Hahaha.
Ia lebih kepada penghormatan kepada ahli. Bagus juga macam tu. Ia sedikit sebanyak membuatkan kita sebagai ahli rasa dihargai.
Badges ni dapat dilihat keluar di sebelah nama ahli group masa dia post dan komen kat dalam group tu. Juga boleh dilihat dalam profail ahli group tersebut.
Jenis-jenis Badges:
Ni Abam Hoq senaraikan badges dalam English. Sebab FB Abam, Abam set bahasa Inggeris. Kalau korang set dalam Bahasa Malaysia, dia akan translatekan lah nanti.
1. Admin dan Moderator
Badge ni kepunyaan leader-leader group tu. Samada yang mewujudkan group tu ataupun yang dilantik. Mereka ni ada kuasa untuk keluarkan ahli yang tak patuhi peraturan group dan tambah ahli baru. Kira mereka ni macam polis lah. Tolong menjaga keharmonian group
2. New Member
Badge ni akan keluar di sebelah nama ahli yang baru menyertai group dalam masa 2 minggu. Ia macam memperkenalkan ahli baru ni pada ahli sedia ada la. Ia juga sebagai mengalu-alukan kedatangan ahli baru.
3. Group Anniversary
Badge ni akan keluar sebelah nama ahli di hari ulangtahun dia sertai group tu. Ini kiranya macam menghargai masa yang dihabiskan oleh ahli group tu dalam sumbangannya kepada group selama ini.
4. Conversation Starter
Badge ni diberi kepada ahli yang banyak memulakan topik perbincangan yang mendapat sambutan ramai ahli group. Dengan ertikata yang lain, dia yang mulakan post tentang sesuatu. Kemudian orang reply pada post dia tu. Dan ianya menjadi satu perbincangan yang Panjang.

Abam ada jugak 2-3 group dapat badge ni.
5. Founding Member
Badge ni ada di group yang baru diwujudkan jer. Ia akan diberi kepada orang-orang yang terawal sertai group tu, yang dah sumbangkan post, yang tolong jemput ahli lain sertai group tu dalam masa 3 hari penubuhan group.
6. Conversation Booster
Badge ni diberi kepada ahli memberi komen yang bernilai kepada ahli-ahli lain. Dia ni selalu membina perbincangan yang menarik yang boleh menggalakkan ahli-ahli lain memberi sumbangan post dan komen.
7. Visual Storyteller
Badge ni khas buat ahli yang selalu post gambar ataupun video yang menarik dan mencetuskan perbincangan di dalam komuniti group tersebut.
8. Greeter
Badge ni adalah untuk ahli-ahli yang selalu respon kepada post dan komen ahli baru. Kira macam support dan beri info kepada ahli baru lah ni.
9. Link Curator
Badge ni sesuai dengan Namanya, diberi kepada yang suka share link daripada luar yang menarik dan mendapat sambutan reaksi dan komen daripada ahli-ahli yang lain.
10. Rising Star
Dianugerahkan kepada ahli baharu dalam bulan pertama mereka dah memberi banyak sumbangan kepada group. Ahli baru ini menerima reaksi dan komen paling banyak di post mereka pada bulan pertama mereka sertai
Badges ni, yang dianugerahkan oleh FB bukanlah tepat sangat. Sebab itulah ia memberi kuasa penuh kepada admin untuk memilih sendiri badge mana yang paling sesuai untuk ahli yang mana.
Badges ni boleh ‘disable’kan dengan pergi ke bahagian Settings di Admin Tools & Insights,. Kemudian pergi Group Badges untuk ubah setting.
Setakat ini badge hanya dianugerahkan kepada group yang ada 50 orang ahli sahaja. Dan hanya ahli group sahaja yang akan nampak badge di sebelah nama ahli tu. Jangan kat FB personal pun korang tanya kenapa korang tak der badge