Tadi aku cuba mencari tentang orang yang berjaya dalam perniagaan yang dibina sendiri. Sekali terjumpa video Youtube kat blog http://jarigoyang.blogspot.com.
Bila tengok video ni, teringat aku tentang satu buku yang pernah aku baca. Buku motivasi karangan Chef Li ( DATO’ DR. HJ. RUSLY B. ABDULLAH) yang bertajuk Menjejaki Jutawan Senyap.
Buku ini tentang bagaimana orang mempunyai pendapatan 5 angka hanya dengan membuka bisnes yang biasa-biasa sahaja ataupun yang tidak glamer. Bisnes yang dimaksudkan ialah membuka gerai seperti gerai pisang goreng, cakoi, keropok, menjual di pasar malam, membuka gerai air soya di stesen-stesen LRT dan sebagainya.
Buku ini mengambil contoh beberapa peniaga yang pernah Chef Li kenal dan menceritakan kisah mereka kepada Chef Li. Antaranya kisah seorang peniaga berbangsa Cina yang hanya menjual produk-produk yang berasaskan soya dan sotong rendam. Peniaga ini berkata bahawa semasa dia tidur pun dia buat duit. Macamana? Dia menceritakan dia hanya membeli sotong dengan saiz kecil. Sebelum tidur dia merendam sotong tersebut dengan kaedah-kaedah yang betul. Keesokan harinya sotong itu sudah membesar saiznya dan dan dapat dijual dengan harga yang lebih mahal kepada peniaga-peniaga nasi lemak dan sebagainya. Peniaga ini dapat menghantar 2 orang anaknya untuk belajar ke luar negara tanpa menggunakan sedikit pun bantuan kerajaan dan pinjaman seperti PTPTN.
Turut diceritakan bagaimana seorang peniaga pasar malam yang memperolehi beberapa ratus keuntungan bersih setiap kali meniaga dipasar malam. Tetapi peniaga ini berniaga hampir setiap hari di pasar malam yang berlainan dalam seminggu. Hasilnya ribuan ringgit dapat dikumpulkan setelah ditolak kos kenderaan dan sewa tapak pasar malam.
Kisah seorang pendatang asing Indonesia juga ada diceritakan. Dimana peniaga tersebut mendapat idea untuk membuka gerai jualan air soya di stesen LRT. Dia menjual segelas air soya dengan harga serendah RM1. Bila perniagaan air soyanya sudah maju, dia membuka lagi cawangan gerainya di setiap stesen LRT yang terdekat dengan menggaji pendatang Indonesia yang lain. Akhirnya peniaga ini balik ke negara asalnya Indonesia dengan duit simpanan yang banyak dan menjadi jutawan di negaranya.
Aku masih teringat Chef Li quote dalam bukunya itu:
“Anda patut menjadi kaya. Anda tidak berhad menjadi miskin. Hidup di Malaysia tetapi tidak kaya adalah malang”
Aku sebenarnya ingat-ingat lupa je tentang cerita yang tepat dalam buku ni. Sebab aku baca buku ni dah beberapa tahun dulu dah. Yang aku ingat mereka ini digelar jutawan senyap oleh Chef Li. Antara karektor-karektor jutawan senyap ini ialah mereka bukanlah orang yang tersohor. Kehidupan serba sederhana walaupun mempunyai duit simpanan yang banyak sehinggakan layak digelar jutawan. Mereka ini bukanlah orang yang suka mengambil risiko yang besar seperti melaburkan duit mereka ke dalam pasaran saham dan sebagainya. Mereka ini sangat merendah diri sehinggakan jiran sebelah pun tak tau yang mereka banyak duit.
Moral of the story, banyak peluang untuk jadi kaya sebenarnya. Cuma atas diri kita la. Nak ke tak nak? Ada yang mulut cakap nak kaya, tapi usaha entah ke mana. Yang macam ni pun payah jugak..! Jadi jika sekiranya penganggur di luar sana berkata bahawa mereka tidak ada kerja, aku rasa kenyataan itu AMAT TIDAK BENAR! Sikap mereka sendiri yang membuatkan diri mereka menganggur.
Tidak dapat dinafikan bahawa kerja-kerja yang diceritakan oleh Chef Li tersebut memerlukan tenaga dan kemahiran yang tertentu. Ada orang yang tidak punya kemahiran dan masa untuk membuat kerja itu semua.
Namun, ada kerja yang tidak perlu keluarkan tenaga dan masa sebegitu dan ia juga dapat melahirkan jutawan. Kerja ataupun bisnes yang aku maksudkan ialah menjadi Unit Trust Consultant (UTC) seperti yang aku ceburi sejak 8 tahun yang lepas. Antara keistimewaan UTC ini ialah:
- Kerjanya professional,
- tidak perlu mengeluarkan tenaga/kudrat seperti peniaga pasar malam,
- waktu kerja yang sangat fleksibel,
- dapat menimba ilmu berkenaan perancangan kewangan untuk menuju kebebasan kewangan
- dapat menyalurkan ilmu tersebut kepada orang lain di luar sana
- dapat menolong orang untuk merancang kewangan mereka seperti menyelesaikan masalah tabung pendidikan, tabung persaraan, tabung mengerjakan haji dan lain-lain keperluan kewangan
- pendapatan yang lumayan
- lawatan ke luar negara PERCUMA setiap tahun
- Pendapatan Pasif (passif income) di mana income berterusan dan berulang (walaupun kita hanya melakukan kerja jualan sekali)
- mendapat pengiktirafan daripada pihak syarikat.
- boleh diceburi secara separuh masa ataupun sepenuh masa.
Kepada yang ingin mengetahui secara lebih details sila hubungi aku ya.. di talian 0139997755 ataupun emel: sohoque@gmail.com. Aku akan menerangkan berkenaan karier yang best dan menarik ini dengan lebih lanjut.
Sementara itu, sila layan video di bawah:
Inilah contohnya seorang yang betul-betul ingin berjaya.
Jadi anda boleh memilih untuk kaya samada nak jadi penebar roti canai seperti dia ataupun menjadi Unit Trust Consultant seperti saya yang tidak memerlukan tenaga dan masa sebegitu tetapi tetap mempunyai income yang “menarik”. Renung-renungkan… dan selamat beramal..!
[…] berkenaan mentor ini, aku sertakan sekali temubual Irfan Khairi bersama Chef Li, pengarang buku Menjejaki Jutawan Senyap yang diambil daripada website Irfan […]
[…] Sebenarnya banyak kerja yag boleh dibuat di Malaysia untuk menjana duit. Saya meminjam kata-kata Chef Li dalam bukunya yang bertajuk: “Menjejaki Jutawan Senyap”: “Amat malang kita sebagai orang Malaysia yang hidup di bumi Malaysia tetapi tidak kaya”. […]
[…] saya, maka dijawab beliau daripada blog sohoque.com. Rupanya beliau ada terbaca entry saya tentang macamana nak jadi kaya yang saya published sedikit masa […]
[…] Sebenarnya banyak kerja yag boleh dibuat di Malaysia untuk menjana duit. Saya meminjam kata-kata Chef Li dalam bukunya yang bertajuk: “Menjejaki Jutawan Senyap”: “Amat malang kita sebagai orang Malaysia yang hidup di bumi Malaysia tetapi tidak kaya”. […]
[…] 10. Bagaimana Nak Mempunyai Pendapatan 5 Angka Sebulan […]
[…] 10. Bagaimana Nak Mempunyai Pendapatan 5 Angka Sebulan […]
bagus ke buku tulisan Tuan Che Li. dh ramai orang recomend saya. iA akan beli juga 🙂
blog amir recently posted..SHAKLEE MAHAL,VITAMIN ORANG KAYA,TAK MAMPU LA,SAYA MAKAN VITAMIN MURAH JER YANG JUAL DEKAT FARMASI TU..TAPI RAMAI ORANG CAKAP SHAKLEE NIE BAGUS
Ok buku Che Li tu. Antara quote yg sy suka ialah “amat malang kalau duduk kat Malaysia tp X leh kaya”
Ralat: Buku Jutawan Senyap ditulis oleh Chefli, bukan che li. Beliau kini tengah menggugah minda2 orang melayu yg hampir layu kerana jatuh muflis, Bukan hanya perniagaan saja yg perlu dipulihkan. Tetapi jiwa2 dan minda mereka sekali perlu dibangkitkan dari badi keserabutan dan kesusahan yang menyelubungi hidup para usahawan melayu yg banyak jatuh dalam tahun 2014 ini.
errr.. ada sesiapa sebut che li ker?
[…] fikiran untuk berfikir dan sebagainya. Terpulang kepada kita untuk memilih. Tapi yang sebaiknya pilihlah kerja mengikut keupayaan dan kelayakan kita. Ini adalah supaya kerja kita nanti akan beroleh keputusan dan hasil yang mantap. Supaya kita […]
[…] buku motivasi karangan Chef Li. Aku pernah kongsikan kisah ini di dalam entri aku yang bertajuk Bagaimana Nak Mempunyai Pendapatan 5 Angka Sebulan yang mendapat banyak “SHARE” di Facebook oleh pembaca. Ia tentang seorang peniaga air […]
Nak tau lebih dalam lah..
ok.. sy akan menghubungi anda dlm masa terdekat
[…] sudah berada di dalam industri ini sudah hampir 14 tahun. Memang senang nak buat duit di dalam industri ini. Cuma kena ada sedikit ilmu. Carilah senior yang boleh membantu anda jika anda memilih kerja ini […]
[…] Membongkarkan rahsia bahawa telah ramai orang yang menjadi jutawan dengan hanya membuat bisnes burger tepi jalan. Mereka inilah jutawan senyap seperti yang dikisahkan oleh chef li dalam bukunya yang bertajuk Menjejaki Jutawan Senyap. […]
ehmm tp ramai jek yg tk mau berusaha untuk jadi kaya..
MV recently posted..Makanan yang boleh membantu menghapuskan parasit di dalam badan.
diorg tu masih belum tersedar dr lena tuuu
Wah ..rekomendasi yang cukup bagus ni … Bolehlah saya beli ni kalau ada rezeki ……
Oyong Ilham recently posted..Perjalanan Terberat Itu Adalah ke Mesjid, Benarkah ??? –
wooooow!
nak seribu daya..tak nak macam2 gaya..keh3
hafizmd recently posted..Nak tulis tajuk pun payah!
tu la pasal. hehehehe