More

    Bahaya Contest SEO Kepada Blog Kita

    gambar seo
    Search Engine Optimization

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Tajuk entri kali agak menakutkan. Ada bahayanya menyertai contest (juga ditulis kontes) SEO kepada blog kita rupanya. Ada keburukan menyertai contest ini rupanya. Ramai orang tak tahu kan? Sebab itu contest ini sudah menjadi semacam trend sekarang. Saban hari ada saja blogger yang menganjurkan contest sebegini. Pelbagai hadiah lumayan yang ditawarkan untuk menarik minat blogger baik blogger baru maupun blogger otai untuk menyertainya.

    Aku pun tak tahu sebenarnya. Sehinggalah aku dijemput ke Sesi Pertemuan Dengan Google Dan Google Business Group tempohari. Isu ini timbul setelah aku sendiri bertanyakan soalan kepada Wilfred Halim (Google Singapore) tentang apakah faktor-faktor utama untuk menaikkan pagerank untuk sesebuah blog?. Adakah dengan menarik link daripada blogger lain dengan menganjurkan contest SEO boleh membantu?

    Lalu Wilfred menunjukkan foto ini di slide presentationnya.

    gambar SEO
    kenyataan Kaspar Symanski tentang bahaya dan keburukan menyertai contest SEO

    Sejak beberapa waktu yang lalu #Google #Search Quality telah mengamati kontes-kontes SEO di Indonesia. Kami menyadari beberapa kontes ini membahayakan bagi para website yang berpartisipasi. Kontes dengan kata kunci rill seperti “Mobil Keluarga Ideal Terbaik Indonesia” atau “Ultrabook Notebook Tipis Harga Murah Terbaik” terbukti melanggar Google Webmaster Guidelines (Peraturan Webmaster Google) [http://goo.gl/7tTe6]. Kami sudah mengambil tindakan secara manual sambil menunggu algoritma kami mulai beraksi. Saya sarankan para #webmaster yang menjaga baik-baik reputasi website nya untuk menghindari kontes-kontes semacam ini. Webmaster yang ingin melakukan perbaikan harus memastikan bahwa website mereka mematuhi Peraturan Webmaster Google terlebih dulu sebelum mengajukan rekonsiderasi [http://goo.gl/sGoku]. ~ Kaspar Symanski

    Sebelum itu, siapakah Kaspar Symanski yang berkata demikian di dalam gambar diatas? Beliau adalah Webmaster yang berkerja dengan Google di dalam Webspam Team. Beliau mempunyai kemahiran bertutur daam bahasa Indonesia.

    Seperti yang diterangkan dalam entri Sesi pertemuan dengan Google yang lalu, Google amat mementingkan content ataupun pengisian sesuatu entri ataupun blog. Google sukakan perkara yang natural iaitu yang berlaku secara semulajadi, bukan dengan paksaan dengan melakukan teknik-teknik tertentu. Google amat menjaga kepentingan pembaca. Sebab itu sebarang manipulasi untuk menaikkan ranking blog ataupun entri dipandang serius oleh pihak Google.

    Jika kita baca Google Webmaster Guidelines pun, memang Google dah nyatakan secara jelas akan perkara ini. Masalahnya, berapa keratkah blogger yang baca dan meneliti garis panduan yang Google tetapkan itu? Jika anda tidak pernah baca panduan ini, silalah berbuat demikian secepat mungkin. Sekurang-kurangnya anda tahu apa yang Google mahukan. Nak yang terbaik daripada dia, kenalah bagi yang terbaik mengikut garis panduannya.

    Jika kita meneliti tentang contest SEO yang kerap dianjurkan, salah satu perkara yang penganjur syaratkan ialah backlink mesti diberi kepada blog ataupun entri di blog mereka. Ini akan membuatkan blog ataupun entri di blog penganjur akan mendapatan limpahan pautan dalam masa yang sekejap. Ini pada pandangan Google bukanlah sesuatu yang natural. Oleh yang demikian blog penganjur dan blog-blog peserta akan diawasi rapat oleh Google. Ditakuti Google akan mengenakan hukuman denda kepada blog-blog yang terlibat.

    Namun kata kunci yang dioptimsekan yang diawasi Google hanyalah kata kunci yang biasa pembaca gunakan untuk carian di enjin carian Google. Kata kunci seperti “Ultrabook Notebook Nipis Harga Murah Terbaik”  ataupun “Tips percutian murah dan bajet sempena Tahun Melawat Malaysia 2014” jelas melanggar garis panduan Google. Kata kunci yang jarang menjadi pilihan pengguna Google carian masih dibenarkan oleh Google Webmaster.

    Apakah hukuman yang bakal Google kenakan?

    Jika terkantoi, mungkin denda seperti blog ataupun entri tersebut dicampakkan jauh ke page bawahan. Ataupun lebih parah lagi Google akan keluarkan blog tersebut daripada senarai indexnya. Maknanya Google tidak akan crawl dan index blog tersebut. Ini amat jelas akan merugikan blog dan blogger itu sendiri.

    Dengan pendedahan dan penjelasan ini adakah anda masih teruja untuk menyertai contest SEO lagi? Bagi pihak penganjur contest SEO, adakah anda masih teruja untuk menganjurkan lagi contest sebegini lagi?

    Nota: Bagi yang telah menyertai contest sebegini sebelum ini, ada cara untuk anda mengelakkan denda daripada Google. Tunggu entri tentang bagaimana untuk mengelakkan denda Google bagi perserta contest SEO.

    Latest articles

    Related articles

    42 Comments

      • hehehehe.. join yang optimised keyword rare tak per.. macam keyword: “siapa nak belanja cendol pakcik sohoque yang ensem” ok kot. sbb tak ramai pengguna google cari keyword tu. hehehe

    1. Wah suspen juga ni… Patutlah sekarang ini macam susah sahaja blog saya nak berada di page pertama google untuk beberapa keyword yang disasarkan..

      Kejadian ini berlaku semenjak saya menganjurkan “Contest SEO Blog paling popular” sebaik sahaja selepas menyertai “Contest SEO Eyriqazz Vs Denaihati”… Nampaknya blog saya dah “terkantoi” dengan google…

      Anuar recently posted..Hobi Terbaru Isteri Saya, Cantik tak? (Bahagian 43)My Profile

    2. Terbaiklah boh. Ambe salah sorang yg baca tak tak habis webmaster tools tu..hehe

      thanks boh..

      satu lagi boh. kes ni same jugak ke dgn kita letak byk sangat backlink yg unnatural dalam satu2 entri…bukan kontest seo..tp backlink kpd kawan2 blogger kita…mohon pencerahan yg arif
      hafizmd recently posted..Dinner Bersama Team Denaihati!My Profile

      • backlink biasa camtu gugel x lempang boh. cuma tak bagus utk blog boh kalau byk sgt link keluar. yg ini bab link juice boh. kalau blh kat satu2 page tu jgn ada lbh drp 100 link boh. campur semua link kat sidebar, footer dll

    Leave a Reply to sohoque Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge