More

    Bahaya Makan Masakan Pedas..! Ramai Yang Tak Tahu Ni..!

    Malaysia terkenal dengan kepelbagaian menu dalam masakan. Kalau soalan apa yang menarik tentang Malaysia diajukan kepada pelancong asing yang datang ke negara ini, pasti salah satu jawapannya adalah kerana makanannya yang banyak dan pelbagai. Sesetengah mereka menggelarkan Malaysia sebagai syurga makanan.

    Makanan di Malaysia ni lebih kepada rasa berempah dan pedas sedikit. Sejak dahulukala lagi negara-negara disebelah Asia Tenggara ini terkenal dengan rempah ratus. Ini juga menjadi sebab yang utama kenapa pihak Belanda dan Portugis menjajah Tanah Melayu, di samping sebab sebab yang lain.

    Masakan pedas amat sinonim dengan kita. Kari, tomyam, Asam Pedas dan lain-lain masakan lagi memang terkenal dengan rasa pedasnya. Malah masakan tradisional seperti Ikan Singgang dan Budu serta tempoyak juga lebih sedap jika ditenyehkan cili ke dalamnya.

    Menu-menu masakan segera juga banyak yang pedas-pedas sekarang ini. McDonald Extra Pedas, KFC Spicy, Maggi Kari Pedas, Ramen Pedas dan macam-macam lagi banyak mempengaruhi pemakanan anak-anak muda sekarang ini.

    Awas dengan pedas..!

    Cuma dalam keasyikan menikmati juadah pedas ini, satu jer kita kena jaga… Jangan makan makanan yang terlalu pedas. Ia boleh memudaratkan kesihatan. Lihat sahaja berapa ramai yang sakit perut malah dimasukkan ke wad, selepas memakan menu ‘Extra Pedas” sebuah restoran makanan segera bebaru ini. Ini berlaku sendiri kepada kawan Abam Hoq. Beliau sakit perut beberapa hari selepas menikmati menu pedas tersebut.

    Sebenarnya pedas yang berlebihan memang boleh memudaratkan badan kita. Untuk pengetahuan semua, dalam cili ada satu bahan yang dinamakan Capsaicin. Bahan inilah yang bertanggungjawab memberikan rasa pedas kepada deria rasa kita. Pengambilan pedas secara berlebihan, kerap dan berterusan boleh menyebabkan masalah kepada fungsi sistem penghadaman dan pencernaan kita. Ia juga penyebab kepada Radang Perut, Ulcer dan Buasir.

    Sekarang, kau orang nampak tak bahaya makan makanan pedas berlebihan tu? Bahaya kan? Jadi berhati-hatilah.

    Sebab tu Islam menitik beratkan kesederhanaan. Amalkanlah sikap berpada-pada dalam apa jua perkara dalam hidup kita. Sedarlah, berlebihan itu akan mengundang masalah.

    Selamat menjaga kesihatan..!

    Latest articles

    Related articles

    2 Comments

    1. Cik Sue la tuuuu antu benar ngan lada cengek gak dari zaman sekolah huhuuu sekali kena apendiks kena warning ngan doktor huwaaaaa…loni beragak la nok make pedas gak tapi terlupa jugok jare2 hahahha…

      • wife abam hoq baru jer operate appendix baru ni. dia kata pasal butir lado yg menyebabkan appendix tu hanyalah mitos.

        tp makan makanan yang terlalu pedas boleh membahayakan usus..

        wallahualam

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge