Pagi tadi sambil menunggu orang memasang alarm sistem rumah baru aku kat Villa Suria ni, aku menonton TV Al-Hijrah. Ada satu segmen tu dia cover cerita pasal pinggan melamine.
Rupa-rupanya restoren kat Malaysia ni banyak yang menggunakan pinggan mangkuk melamine ni. Ini kerana pinggan mangkuk jenis ini tahan lama dan tidak mudah pecah. Tambahan pula ia mempunyai corak yang cantik mirip pinggan ceramic. Selalunya pinggan ini ada tertulis perkataan MELAMINE di bawahnya. Namun ada juga yang tiada tertulis perkataan tersebut terutamanya yang dibuat di negara Thailand dan China. Pinggan mangkuk melamine yang dibuat di Thailand terdapat bahan kimia yang sangat mudah “leech out” ke dalam makanan kita terutamanya jika makanan itu sedang panas. Ini menjadikan pinggan Melamine buatan Thailand adalah yang paling merbahaya untuk digunakan.Oleh itu jika boleh elakkan penggunaan pinggan mangkuk jenis ini. Macamana nak mengenali pinggan mangkuk jenis ini? Ia adalah pinggan mangkuk plastik yang kelihatan berkilat.Baru-baru ini di China heboh diperkatakan tentang pencemaran melamine di dalam susu kanak-kanak. Kira-kira 15 bayi telah mati dan beratus-ratus sakit buah pinggang disebabkan oleh bahan ini. Di Amerika Syarikat perkara ini telah kecoh sejak tahun 2007 lagi. Bahan Melamine ini telah mencemarkan makanan haiwan peliharaan dan telah membunuh beratus-ratus haiwan tersebut. Bahan ini adalah bahan yang sama yang digunakan dalam pembuatan pinggan Melamine.
Di negara kita, pinggan mangkuk melamine ini banyak dijual di pasaraya besar termasuk di TESCO, GIANT, MYDIN, CARREFOUR dan banyak lagi. Untuk keselamatan bersama, gunalah pinggan yg dibuat dari kaca atau seramik kerana bahan ini adalah sangat ‘stable’ dan tidak beracun.
Negara-negara luar seperti negara Eropah, New Zealand, Amerika Syarikat, dan UAE telah mengharamkan semua mangkuk pinggan yang diperbuat daripada melamine ini.
Di Malaysia pula, kebanyakan pinggan plastic dibuat daripada MELAMINE yang mengandungi ‘urea formaldehyde‘. Ia sangat berbahaya kepada kesihatan. Urea Formaldehyde ini adalah sejenis bahan yang biasanya digunakan untuk membuat bekas barangan electric dan ‘insulation’ wayar electrik. Bahan ini amat berbahaya jika memasuki badan manusia. Ia boleh menyebabkan masalah sistem penghadaman, masalah pernafasan, batu karang, kegagalan buah pinggang, cancer pundi kencing dan kerosakan sistem pembiakan.
Itu lah bahayanya penggunaan pingggan mangkuk jenis melamine ini. Dalam kehidupan kita, kita amat akrab dengan bahan milamine ini. Lihat saja penggunaannya di restoren-restoren malah kadang-kadang tanpa disedari kita menggunakannya di rumah kita juga. Jadi selepas membaca article ini marilah kita sama-sama mengurangkan ataupun memberhentikan terus penggunaan pinggan mangkuk jenis ini. Mungkin harga pinggan kaca sedikit mahal daripada melamine tapi demi kesihatan kita berkorbanlah sedikit. Wang ringgit boleh dicari, kesihatan…?