More

    Bang, Popia Simpul Ada Lagi Tak?

    sarapan-best
    Nasi Lemak lauk Telur Mata dan Ikan Sardin

    Aku yang sedang asyik menikmati Nasi Lemak berlaukkan telur dan Ikan Sardin, tiba-tiba dikejutkan dengan satu panggilan telefon. Aku sebenarnya agak tidak gemar melayan panggilan telefon ketika sedang makan.

    Kadang-kadang aku memang tidak melayan panggilan telefon tika aku sedang menghadap makanan. Tetapi itu bukanlah bermakna aku biarkan saja penggilan tersebut. Aku akan menelefon semula nombor tersebut seusai aku habis makan.

    Pelik…? Lantaklah… Itulah aku.

    Tapi panggilan telefon yang aku terima pagi tadi agak istimewa. Aku terus sahaja menjawab panggilan tersebut tanpa berfikir panjang. Walaupun pada ketika itu nafsu makanku tengah memuncak.

    “Salam. Bang… Popia Simpul ada lagi” pemanggil tersebut terus mengajukan soalan tanpa intro.

    “Hmmm sorry la encik. Tukang buat Popia Simpul cuti selama 2 minggu selepas hari raya. Stok dah terputus. Mungkin minggu hadapan stok ada” terangku padanya. Kesian pulak aku kerana terpaksa menghampakan harapan pelanggan.

    “Oooo dah tak ada ek? Saya ingat nak beli 2 balang besar tu…” beliau bersuara lagi dengan sedikit rasa hampa.

    “Eh kejap encik.. Sebenarya ada lagi 2 balang encik. Tapi balang yang kecil sikit. Yang 300 gram. Nak ke?” aku ajukan soalan balas.

    “Sekejap ya bang’ saya nak tanya bos saya dulu” balas beliau.

    5 minit kemudian…

    “Hello bang. Bos saya cakap ok lah bang. Dia nak yang balang kecil tu 2 balang” beliau terus memberitahu sejurus sahaja aku menekan butang jawapan pada telefon bimbit aku.

    “Ok lah kalau macam tu… Tapi macamana nak bagi ya.. Awak tinggal kat mana?” aku lontarkan soalan.

    “Saya kat Damansara Height bang. Tak pe saya pergi ambik dengan abang di Shah Alam sekarang..!” ujarnya dengan penuh semangat.

    “Eh.. Encik nak sekarang ke? Popia tu ada dalam kereta isteri saya. Dia bawa ke pejabat. Lupa saya nak pindahkan ke dalam kereta saya malam tadi… Isteri saya pulak lewat petang baru dia sampai rumah…” aku membalas dengan penuh rasa kesian melihat kesungguhannya ingin mendapatkan popia simpul kasih ni. Mesti bos dia ni seorang peminat popia simpul yang tegar.

    “Awak ambil besok pagi jer lah, boleh?” aku cuba memancingnya.

    “Kejap ya bang, saya tanya bos saya kejap” ujar beliau sambil terus mematikan panggilan telefon.

    3 minit kemudian…

    “Hello bang..! Bos saya nak hari ni jugak la.. Saya pergi ambik dengan abang hari ni jugaklah. Pukul 8 saya pergi Shah Alam untuk ambil ya bang…” dia dengan tegas membuat keputusan. Mungkin sudah mendapat lampu hijau daripada bosnya.

    “Hmmmm… ok lah. Nanti saya bagi alamat perumahan saya. Kita jumpa kat Petronas Bukit Jelutong tu pun tak apa. Senang sikit encik nak mencari. Kesian encik datang daripada jauh” cadangku, cuba memberi solusi terbaik.

    “Ok bang. Malam nanti kita jumpa. Jangan lupa tau..!” pesannya sebagai penutup perbualan kami.

    Terfikir aku sejenak. Mesti entri di blog eXplorasa bertajuk Popia Premium Simpul Kasih Memang Best sudah dijengah oleh orang ramai. Mesti kata kunci yang berkaitan dan berkisar tentang popia simpul telah membuatkan entri aku naik ke page pertama di enjin carian Google.

    Itulah hasilnya jika artikel ditulis dengan memasukkan resipi SEO. Pasti hasilnya akan menggembirakan. Itu memang aku pasti. Lambat bangat kata kunci yang dioptimasikan akan membawa artikel tersebut muncul di page pertama enjin carian Google.

    Alhamdulillah, aku banyak mendapat tempahan atas talian. Cuma kadang-kadang aku terpaksa tolak kerana lokasi penempah berada agak jauh daripada tempat aku.

    Tidak kurang juga yang sanggup datang semata-mata untuk mendapatkan makanan ini. Kadang-kadang tidak banyak pun yang dibeli mereka ini. 2-3 balang sahaja tetapi mereka sanggup datang daripada jauh. Itulah kalau makanan ini sudah menjadi kegemaran mereka.

    Oh ya. Kepada sesiapa yang hendak belajar bagaimana untuk membuatkan artikel anda mendominasi page pertama enjin carian Google anda bolehlah mendaftar di kelas Essential dan Master anjuran Akademi Denaihati ini. Pasti ilmu yang anda akan timba nanti memberikan anda kepuasan dan membantu anda sebagai blogger dan internet marketer.

    kos-belajar-blog
    yuran kelas wordpress essential dan master yang lebih murah berbanding dengan tempat lain

    Ataupun terus daftar di sini:

    >> Kelas Essentials dan Master Worpress <<

    Selain itu anda juga boleh membaca ebook daripada sifu blogger dan internet marketer, Encik Titan. Buku ini memberi gambaran sebenar dan tips yang anda perlu amalkan untuk menjadi seorang peniaga online yang berjaya.

    gambar SEO
    Kitab Teknik SEO Merah Jambu karangan En Titan

    Klik >> Buat Duit dengan Affiliate – Kitab Teknik SEO Merah Jambu << untuk mendapatkan ebook yang tak terkalah ini.

    Latest articles

    Related articles

    25 Comments

    Leave a Reply to sohoque Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge