Bau dan minda
Tahukah korang yang bau ni memang berkait rapat dengan minda kita. Aku pernah mendengar satu ceramah motivasi. Dalam tu dia ada sentuh macamana seseorang boleh ingat balik apa yang dia baca dengan hanya menggunakan bau-bauan. Ini bagus untuk diamalkan oleh pelajar yang membaca bagi menyediakan dirinya untuk peperiksaan.
Caranya ialah sebelum membaca buku pelajaran sebelum musim peperiksaan menjelang, amalkan memakai minyak wangi ataupun perfume. Gunakan perfume yang sama apabila membaca ataupun belajar subjek tu. Contohnya, kita nak belajar sains. So kita semburkan sedikit perfume Polo Red. Kemudian kita bacalah subjek tu.
Bila di hari peperiksaan untuk subjek Sains, kita pakai perfume yang sama iaitu Polo Red. InsyaAllah kita boleh recall apa yang kita baca dan belajar sebelum ni. Sebabnya bau tersebut boleh merangsang minda kita dan menolng kita ingat kembali keadaan serta suasana di masa lalu sewaktu kita mencium bau yang sama.
Bau juga dapat merangsang mood dan emosi seseorang. Jika seawal pagi kita dah mencium bau wangi, mesti mood kita baik untuk hari itu. Bau yang wangi ini juga boleh mengembalikan saat-saat manis yang pernah kita lalui.
Sebaliknya jika seawal pagi dah terhidu bau yang tidak menyenangkan, fikiran terus akan jadi semak dan rasa tak selesa.
Begitulah kuatnya kaitan antara bau dan minda kita.
Demeter Fragrance Library (DFL)
Hari Isnin lepas, aku berkesempatan ke The Other Half Cafe untuk menhadiri majlis pelancaran perfume Demeter Fragrance Library. Perfume ni kalau kat Malaysia memang agak baru. Tapi sebenarnya ia Sudah bertapak di luar negara dan menjadi faveret selebriti di Korea dan Hollywood.
Diilhamkan oleh seorang pakar perfume, Christopher Brosius pada tahun 1996, Jenama perfume ini kini terdiri daripada lebih daripada 300 wangian yang berbeza yang diilhamkan daripada pengalaman seharian. Kenapa banyak sangat wangian? Disebabkan deria bau kita mampu mencetuskan tindak balas emosi yang paling kuat, memilih dan memakai wangian demeter adalah ungkapan peribadi kepada respons emosi tersebut.
Industri wangian telah berubah sejajar dengan peralihan masa. Pengguna kini bukan sahaja mencari variasi dalam wangian malah pada masa yang sama inginkan wangian yang mnepati citarasanya. Dalam ertikata yang lain mereka memilih wangian yang memberi mereka sumber inspirasi dan melambangkan personaliti mereka.
Demeter Fragrance Library kini boleh didapati secara eksklusif di Watsons. Pengguna boleh memilih wangian yang paling “dekat” dengan mereka.Selain daripada perfume, Demeter juga ada produk kecantikan yang lain seperti Krim Tangan, Pelembab Bibir dan lain-lain.
Customised perfume sendiri
Pada majlis pelancaran ini juga, para media didedahkan dengan cara bagaimana menghasilkan satu-satu wangian perfume tu.
Para media diberi peluang mencampurkan bahan wangian asas dengan beberapa titik wangian lain untuk menghasilkan bau yang disukai dan kemudiannya memberikan nama perfume yang baru dicipta.
Seronok.. Sekarang barulah aku faham macamana sesuatu pewangi itu dihasilkan. Aku ingat memang perfume tu datang dengan bau sedia ada macam tu. Hehehe..
Bukan mudah..! Nak hasikan sesuatu bau mengikut citarasa kita bukan mudah sebenarnya. Korang kena titikkan setitik wangian pelbagai bau tambahan ke atas kertas khas kepada wangian asas untuk menghasilkan bau yang unik. Kertas khas ini kena rangkumkan sekali untuk mendapatkan bau wangi yang telah bercampur.
Jika wangian tu tdak menepati citarasa korang boleh tambahkan/kurangkan lagi wangian tersebut sehinga ia menepati citarasa korang.
Wangian terakhir yang kita dah puas hati itu hendaklah dicatat nama dan kuantiti yang bakal dicampurkan nanti. Campuran wangian yang kita sudah pilih tadi kemudiannya dicampur kepada wangian asas di dalam satu botol kecil. Goyangkan botol tersebut dan boleh mula sembutr ke badan kita.
Setelah benar-benar berpuashati, wangian asas dan wangian tambahan tadi hendaklah dimasukkan ke dalam botol yang lebih besar. Nisbah 1:3 digunapakai untuk memastikan botol besar ni mampu menghasilkan wangian sama seperti botol percubaan yang kecil tadi.
Last sekali, kita kena fikirkan apa nama sesuai yang nak diberi kepada perfume ciptaan kita tadi. Aku namakan perfume rekaan aku tu sebagai “Miracle Romance”. Sebabnya ia mampu membangkitkan perasaan romantik ke dalam diri aku. Teringat perasaan dan mood sewaktu baru-baru mendirikan rumahtangga dulu. Hidup sentiasa nak romantik.
Botol yang lebih besar ini hendaklah dihantar je satu sudut cafe untuk dicetak label dengan nama kita dan nama perfume yang diilhamkan oleh kita tadi.
Kat mana nak dapatkan Demeter Fragrance Library?
Korang boleh dapatkan 6 wangian klasik DFL iaitu White Musk, Icelancic Aurora, Baby Powder, dan 3 lagi wangian unik secara ekslusif di cawangan terpilih Watsons.
Di samping itu DFL juga mengeluarkan 4 wangian edisi terhad yang dikenali sebagai The City Version. Ia diilhamkan oleh budaya Malaysia yang pelbagai. Wangian-wangian tersebut dinamakan sempena dengan bandar-bandar terkenal di peta dunia iaitu Kuala Lumpur, Penang, Melaka dan Ipoh.
Untuk info terkini, korang boleh layari:
Website: www.watsons.com.my
Facebook: www.facebook.com/watsonsmalaysia
Instagram: www.instagram.com/watsonsmy
wah prefume jenama baru . sedap mcm mana la agknya bau dia ni
sedap sehingga menjilat jari.. hahaha..
bau dia macam perfume berjenama mahal tu.. best sgt