Bantuan Musim Sejuk kem pelarian Syria Gaziantep, Syria – Turki oleh MVM.. Jom Sama-sama Membantu..!

0
759

Sejuknya sampai ke tulang…

Aku baru jer balik daripada Istanbul awal bulan Disember baru-baru ni. Kat sana dah masuk musim salji. Kat Istanbul belum turun salji masa tu.. Tapi kat Bolu dah ada salji. Suhu dah turun bawah 0 C.  

Waktu siang lebih singkat daripada waktu malam. Kalau siang dah sejuk, malam apatah lagi. Nasib baik hotel tempat aku menginap hari tu ada heater. So kurang la sikit sejuk tu.

Itu kat Bolu Turki. Dan musim salji baru jer menjengah. Dah sejuk macam tu. Bayangkan sekarang, di tengah-tengah musim salji kat Kem Pelarian Syria Gaziantep, Syria – Turki tu. Kat sana kemudahan bukan macam kat hotel yang ada heater bagai tu. Mesti keadaan sejuknya berkali-kali ganda.

di puncak Gunung Erciyes, Turki. Suhu masa ni -3 darjah Cercius

Kat sana aku sempat singgah di puncak Gunung Erciyes. Kat atas gunung tu suhu -3 C. Jari kelingking aku dah kejung tak boleh bergerak dah. Bayangkan suasana kat kem tu, yang angin sejuknya sentiasa bertiup kencang.

Ya aku memang dapat rasakan dan bayangkan keadaan di sana. Dengan makanannya yang terhad, fasilitinya yang agak kurang, pasti saudara Islam kita kat sana sedang menderita. Masa ni lah yang sangat kritikal sebenarnya bagi mereka. Masa ni lah banyak berlaku kematian di kalangan orang-orang tua dan kanak-kanak akibat tidak tahan sejuk yang melampau.

Bantuan Musim Sejuk MVM dengan kerjasama Global Peace Mission (GPM)

Menyedari kesusahan mereka inilah Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) dengan bekerjasama Global Peace Mission (GPM) telah melancarkan kempen untuk membantu menyalurkan bantuan Baju Sejuk dan Kotak Makanan kepada 6,000 rakyat Syria di kem pelarian Syria Gaziantep, Syria – Turki. 

MVM akan gunakan kuasa media sosial (Crowd Funding) untuk pengumpulan dana tersebut. Kempen akan berjalan selama 2 bulan dengan mensasarkan RM300,000 untuk tujuan misi ini. Untuk itu MVM sangat mengalu-alukan bantuan sumbangan dari individu dan juga badan korporat.

InsyaAllah pada 16 – 25 Januari ini, MVM akan menyertai sukarelawan dari GPM untuk ke sana menghantar sendiri bantuan kepada saudara Islam di sana.

Pada misi yang pertama sebelum ini, MVM sebenarnya telah pun berjaya menghantar RM100,000 bantuan kepada mereka di sana. Ia termasuklah kit musim sejuk. Misi tersebut dilakukan dengan kerjasama Malaysia Life Line For Syria (MLLFS).

Dalam misi yang kedua iaitu pada awal Januari 2018 yang lalu pula , MVM sekali lagi bekerjasama dengan MLLFS, telah berjaya menghantar bantuan sejumlah RM 200,000 yang merangkumi bantuan Baju Sejuk, Selimut dan Susu Bayi. Alhamdulillah, bantuan ini dapat memberi manfaat kepada kira-kira 3000 pelarian di Kem Pelarian Syria di Turki dan Syria. 

Jika kempen dan misi terbaru ini berjaya, jumlah keseluruhan dana yang disumbangkan dan dihantar ke sana adalah mencecah RM600,000. Jadi kepada Rakyat Malaysia yang prihatin dengan kesusahan mereka di sana bolehlah melayari laman web MVM  di bawah untuk sumbangan Ikhlas korang:

www.donation.mvm.org.my

Korang juga boleh membuat sumbangan di mana-mana bank berikut :

Nama : Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
Maybank (56480 164 7699)
CIMB (86025378 07)
Bank Islam (1230 0010 0030 65)
Email : account@mvm.org.my

Semoga sumbangan, keprihatinan dan doa daripada kalian dapat meringankan beban mereka di sana. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Moga dengan usaha Kecil kita menjadi asset dan tiket kepada kita ke syurga Allah.. Ameen Ya Rabb..

Ikon MVM 2019/2020

Untuk memberi impak yang lebih berkesan, MVM telah mengadakan kerjasama pula dengan tokoh-tokoh usahawan dan selebriti di Malaysia. Mereka ini akan dapat menarik minat dan memberi hebahan kepada pengikut-pengikut media sosial mereka yang ramai. Dengan pengaruh mereka, insyaAllah usaha ini akan lebih memberi kesan bukan sekadar luaran, malah menyentuh jiwa pengikut mereka.

Berikut adalah senarai Ikon MVM untuk tahun 2019/2020:

  • Ustaz Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff Bin Mohd Kashim (Personaliti Dakwah Malaysia)
  • Noorsyarmilla Binti Jirin (Penyanyi & Usahawan)
  • Kumpulan Inteam (Penyanyi Nasyid Berkumpulan)
  • Dai’ Ahmad Izzhar Bin Ahmad Nazri (Pendakwah Milenia Musim Kedua)
  • Puan Ernayanee Binti Nur Julaimi (CEO De’Xandra)
sidang akhbar

Pemilihan Ikon MVM kali ini merupakan kali ke-3 untuk MVM dengan menjalinkan kerjasama dengan selebriti terkenal tanah air. Tahun lalu (2017), MVM telah berjaya bekerjasama dengan Dato’ Fadzillah Kamsah, Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad, Heliza Helmi, Diana Ami dan Azmi Saat.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti MVM, korang boleh layari :

Lamanweb : www.mvm.org.my
Facebook : @MuslimVolunteerMalaysia
Instagram : @muslimvolunteermalaysia
Twitter : @volunteermvm

Sebarang maklumat boleh diajukan melalui :

Email : salam@mvm.org.my
Telefon : 603-8074 0434

Alamat : 
Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia
No 12-1, Jalan Merbah 2, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor

#muslimvolunteermalaysia #ikonMVM2019 #SyriaKamiDatang #muslim#volunteer

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here