Baru Selesai Urusan Pendaftaran Anak Untuk Darjah Satu

9
4961

Ya.. Baru jer selesai kejap tadi. Aku singgah di sekolah tempat anak aku akan belajar selepas sarapan tadi. Alhamdulillah.. Selesai..!

Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku baru selesai urusan daftar anak darjah satu ni. Lewatkan dah kan?

Dulu aku daftar si Ifza ni secara normal secara online. Memang sekarang semua dah kena daftar kemasukan darjah satu secara online. Dah daftar, tunggu jer lah keputusannya. Biasanya sekolah akan hantar surat ke rumah kita untuk pengesahan samada anak kita diluluskan untuk masuk ke sekolah tersebut ataupun sebaliknya.

Permohonan Ifza untuk masuk ke sekolah yang dipohon gagal!!! Terkejut jugak aku dan isteri. Sebabnya semua abang dan kakaknya bersekolah kat situ. Abangnya dah tingkatan 3 sekarang. Kakaknya masih kat sekolah tu. Sekarang darjah 5. Tapi masih tak dapat untuk Ifza sekolah situ. Macam pelik jer kan..

Bila tanya sekolah, pihak sekolah tak dapat berbuat apa-apa. Permohonan terlampau banyak katanya. Dan pihak sekolah tidak terlibat dalam pemilihan dan kelulusan tersebut. Semuanya dibuat oleh pejabat pendidikan daerah. Sekolah anak aku ni masuk dalam daerah Petaling Perdana.

So macamana nak buat kalau kena macam ni? Macamana nak buat rayuan kalau permohonan darjah 1 anak korang ditolak ataupun gagal?

Ni lah aku nak cerita ni…

So setelah mendengar penjelasan pihak sekolah, aku macam tak berpuas hati. Sebab macam tak logik jer anak aku tak dapat sekolah situ. Sebab ianya akan menyusahkan aku untuk menghantar dan mengambil anak pergi dan pulang dari sekolah.

Sebenarnya setelah ditolak permohonan untuk Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong, Ifza ditawarkan ke Sekolah Kebangsaan TUDM Subang. Perghhh masalah bagi aku kalau bersekolah situ. Sebabnya sekolah tu di kawasan bukan laluan isteri aku untuk pergi kerja. Sebab tugas menghantar anak ke sekolah pagi-pagi digalas oleh isteri aku. Nak masuk ke sekolah TUDM tu pun sekian hal. Kena tinggal IC bagai untuk tujuan keselamatan. Sebab tu adalah markas tentera udara. Jauh pulak tu nak masuk ke dalam tu.

So aku pergi ke Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana. Baru jer nak cerita masalah aku. Terus staf yang menjaga bahagian kaunter pertanyaan menjawab: “Kita tak dapat buat apa-apa encik. Semuanya dibuat melalui proses online. Kalau encik nak anak encik sekolah kat situ jugak, encik masuk balik website permohonan ke darjah 1 tu, dan encik buat rayuan kat situ. Rayuan secara online. Tunggu bulan 10. Kalau bulan Oktober nanti anak encik masih ditolak permohonannya, encik kena bersekolah dulu di sekolah yang ditawarkan. Selepas 2 minggu encik boleh kemukakan permohonan untuk bertukar sekolah ke sekolah yang encik mahukan tu. Tapi itu pun bergantung kepada kekosongan sekolah yang encik minta tu. Kalau ada kosong dapat. Maaf ya encik. Saya tak dapat tolong”.

Terus aku terkebil-kebil mendengar penjelasannya. Apa yang terbuku dalam hati aku yang nak aku sampaikan kat dia tadi mati begitu saja. Sambil mengucapkan terima kasih, aku berlalu pergi.

So balik rumah selepas tu, aku terus kemukakan permohonan rayuan ke sekolah Bukit Jelutong yang aku mahukan tu. Aku tekan submit sambil dalam hati berdoa agak ianya diluluskan.

Ada beberapa sebab aku nak sangat anak aku bersekolah kat situ. Pertamanya sebab kakaknya masih bersekolah kat situ. Senang dari segi pengangkutan pergi dan balik. Kedua, kakaknya bolehla tengok-tengokkan adiknya masa awal-awal sekolah ni. Sebab tak biasa lagi kan.. Ketiga, sebab sekolah Bukit Jelutong ni adalah sekolah kluster kecemerlangan. Sekolah yang ada nama dan biasa mendapat keputusan yang cermerlang dalam peperiksaan.

Ada sekolah kat rumah aku tu. Sekolah Kebangsaan Puncak Perdana. Tak sampai 1 km pun daripada rumah aku. Tapi sekolah tu baru 3 tahun bukak. Tak banyak fasiliti lagi. Rekod kecermerlangan pun belum ada.

So, 3 hari lepas aku bukak website pendaftaran darjah 1 tu untuk tengok keputusan rayuan aku. Tadaaaa…! Permohonan aku berjaya. Tu lah sebabnya baru tadi aku selesaikan semua tentang pendaftaran darjah 1 Ifza.

So untuk tahun depan, kalau sistem permohonan online ni masih dikekalkan, ni aku ringkaskan, cara-cara buat rayuan jika permohonan darjah 1 ke sekolah yang diingini ditolak.

Cara buat rayuan kalau permohonan darjah 1 ke sekolah pilihan ditolak

1. Terima dengan hati terbuka. Jangan cemas. Wat lek wat peace jer
2. Terus bukak website tempat kita mohon daftar darjah satu dulu (www.https://public.moe.gov.my/?kpm=spatkpm), cari bahagian rayuan dan isikan dengan lengkap. Dalam tu akan ditanya sebab-sebab rayuan bagai. Isikan semuanya
3. Tunggu sambil berdoa sehingga bulan Oktober.
4. Semak website semula pada bulan Oktober untuk lihat permohonan diluluskan atau tidak. Jika lulus habis cerita. Pergi jer buat pengesahan ke sekolah yang kita nak tu. Ini macam kes aku ni lah..
5. Kalau ditolak lagi, rileks. Jangan cemas lagi. Jangan mengamuk.
6. Masukkan dulu anak ke sekolah yang ditawarkan. Sekolah kat situ dulu 2 minggu. Minta dengan pihak sekolah untuk diberi kelonggaran untuk tidak membeli segala kelengkapan sekolah yang ada nama sekolah tersebut. Biasanya pihak sekolah akan pertimbangkan untuk urusan penukaran sekolah.
7. Selepas 2 minggu isi borang pertukaran sekolah yang boleh didapati daripada pejabat sekolah tersebut. Yang ni buat secara manual.
8. InsyaAllah ada kekosongan nanti kat sekolah yang kita idamkan tu. Kalau perlu pergi jumpa guru besar sekolah tersebut. Sebabnya Guru Besar ni ada quota dia sendiri untuk terima murid masuk ke sekolahnya.

So dapatlah anak korang bertukar ke sekolah yang korang nak tu. Cuma agak janggal sikitlah bagi anak tu. Sebabnya dalam masa 2 minggu bersekolah kat sekolah yang ditawarkan tu, dia dah terbiasa dengan sekolah. Dah tau kat mana kantin, kat mana tandas, dah kenal cikgu dan dah dapat kawan-kawan baru. Tetiba lepas 2 minggu semuanya bertukar.

Tapi tak per. Daripada kita susah sepanjang 6 tahun persekolahannya kat sekolah yang kita tak minta, lebih baik anak susah sikit. Alaaa bebudak. Kejap jer akan terbiasa nanti.

So itu jer perkongsian aku. Harap cara buat rayuan kalau permohonan darjah 1 ke sekolah pilihan ditolak ni memberi manfaat kepada korang kalau terjadi benda yang sama macam aku pada korang.

Loading

9 COMMENTS

  1. Dan perlu ke sy hntr dokumen ke sekolah yg dipohon.dan sy kene buat pengesahan jugak ke pd sekolah yg telah yg diterima walaupun sy nk buat rayuan sek

    • ya perlu buat pengesahan kat sekolah yang dapat tu dulu. terima jer dulu sementara tunggu keputusan rayuan. kalau tak dapat jugak selepas buat rayuan tu, kena bersekolah kat sekolah yang dapat tu dulu seminggu dua. then mohon tukar sekolah ke sekolah yang kita nak tu. insyaAllah boleh nanti.

      bagitau/diskass dengan cikgi kat sekolah yang dapat tu cakap tak nak beli buku sekolah tu dulu sebab nak tukar sekolah lain. InsyaAllah cikgu faham.. sebab tu prosedur dia..!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge