Semalam flight Abam Hoq mendarat di KLIA tepat jam 12 tengah malam selepas transit lebih 1 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Hongkong. Kami dalam perjalanan pulang daripada Trip Korea Flyworld Travel.
Tunggu bagasi, pulangkan Pocket Wifi Roaming Man dan sebagainya, pukul 1.20 pagi baru boleh bertolak balik ke rumah.
So pagi tadi selepas solat Subuh, Abam lajakkan sikit layankan mata yang masih mengantuk ni. Memang hari ni Abam tak merancang untuk mula berkerja lagi.
Abam Korie sudah tiada
Terjaga dari tidur tadi dalam pukul 8 pagi macam tu, Abam terbaca status di Facebook yang rakan blogger Abam Korie dah pergi meninggalkan dunia yang fana ini.
Cuba untuk tidak percaya, Abam cuba ‘double check’ di beberapa group whatsapp yang kami sama-sama menjadi ahli. Ternyata berita yang sama berlegar di group-group tersebut.
Allahuakbar.. Terkejut.. ‘speechless’.. Mulut ini lantas menuturkan ‘innalillahi wainna ilaihi raaji’uun’.. Lantas ku hadiahkan bacaan surah AlFatihah untuk roh arwah.
Seorang yang berperwatakan lemah lembut. Tutur katanya setakat yang Abam kenal beliau tak pernah tinggi apatah lagi berkasar bahasa. Seorang yang sangat merendah diri. Bibirnya selalu menguntum senyum.
Kali terakhir Abam bertemu beliau adalah semasa kami sama-sama membuat review pusat fisioterapi iRehab tempohari. Masa tu sempat juga Abam bertanya tentang kesihatan beliau kerana dari riak wajahnya sangat ketara dia dalam keadaan yang penat.
“Tak tau la bro. Akhir-akhir ini aku selalu letih dan sakit” ujarnya pendek apabila Abam tanya pasal kesihatannya. Nampak seperti beliau tidak minat untuk bercerita panjang.
“Banyakkan bersabar ya bro. Macam tu lah kita ni bila umur dah lebih 40 ni..” Aku menambah dengan kenyataan yang agak cliche.
Nasihat Abam Korie
Dalam diam Abam mengagumi Abam Korie ni. Sebabnya dia pernah sedarkan Abam tentang adab memberi ilmu.
Abam Korie ni adalah anak murid dan bekas alumni kelas WordPress dan SEO abam. Beliau hanya berpengetahuan asas dalam WordPress ni. Dan agak sedikit lambat untuk ingat dan faham tentang apa yang diajar. Mungkin sebab arwah sibuk dengan perniagaannya menyebabkan kesuntukan masa untuk mempraktikkan apa yang diajar.
Untuk alumni kelas WordPress dan SEO, kami ada group Whatsapp untuk bertanya dan belajar secara online.
Di group whatsapp tersebut, Abam cuba wujudkan satu situasi yang mana kalau soalan basic dan dah dibincang ditanya lagi, Abam tak berapa nak layan. Tujuannya adalah supaya dia orang ‘alert’ dan cepat-cepat faham apa yang dibincang.
Lagi satu supaya ahli alumni yang lain dapat menjawab soalan basic tersebut untuk menguji kefahaman mereka seterusnya menjadi satu perbincangan yang ilmiah.
Tanpa diduga tindakan ini dirasakan tidak adil oleh Abam Korie. Abam perasan akan ketidakpuasan hatinya tentang ini. Tapi masa tu Abam rasa Abam betul. Jadi Abam ‘ignore’kan saja.
Tidak lama selepas itu Abam Hoq ada berjumpa beliau dan beliau telah menasihatkan Abam.
“Tak baik pilih kasih dalam memberi ilmu bro..” tempelaknya dengan nada menyindir. Beliau kemudiannya meluahkan rasa terbuku hatinya pada Abam.
Dusyummmm.. Kata-kata nasihatnya tu terbenam ke sudut hati paling dalam Abam ketika itu. Ternyata amat benar nasihatnya itu. Abam akur dan insaf. Terima kasih bro. Nasihat mu akan ku ingat sampai bila-bila..
Kematian adalah peringatan
Kematian Abam Korie adalah satu peringatan kepada sahabat-sahabat semua bahawa apabila sudah sampai ajal yang telah ditulis oleh Allah, maka ianya tidak terlewat maupun terawal walaupun sesaat daripada tarikh dan waktu tersebut.
Untuk Abam Hoq yang seusia Abam Korie, Abam sedar akan hakikat ini. Usia dah makin dipenghujungnya. Tiada masa lagi dah untuk terlalu ditumpukan masa kepada duniawi.
Persiapan akhirat banyak yang belum sempurna harus diutamakan juga. Silaturrahim.. Hutang piutang.. Pusaka yang wajib ditinggalkan kepada waris.. Semuanya perlu diperkemaskan sebelum Abam mengadap Ilahi.
Moga Allah permudahkan urusan Abam sebelum Abam menyahut panggilan Ilahi.
Moga roh Abam Korie ditempatkan dikalangan para solihin di sisi Rabbul Jalil. Ameen Ya Rabbal Alameen.
innalillahi wainna ilaihi raaji’uun. al-fatihah dengan bacaan
moga rohnya ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman
Innalillahiwainnailaihirojiuun. Maaf tak terkata. Al-Fatehah.. 😭😭
😢😢😢. Ingatan utk kita yang masih hidup
ramai yang sayangkan arwah..terasa sungguh kehilangan arwah…walaupun hanya beberapa kali sahaja bertemu…tapi sangat merasai pemergiannya…Innalilahiwainailaihirajiun…
😭😭😭
Terbayang wajah arwah Abam Korie, selalu senyum ja… Kehilangan yang pasti dirasai…
kaaaan.. tak pernah arwah ni nampak marah-marah..
Innalillahiwainnailaihirojiun. Walaupun tak pernah mengenalinya secara berdepan. Namun dapat rasakan bagaimana orangnya dimata kalian semua. Semoga tohnya dicucuri rahmat.
aameen ya rabb
Terasa kehilangannya juga walaupun hanya bberapa kali jumpa. Sgt friendly.
Al-Fatihah untuk Arwah Abam Korie. Sentiasa dalam ingatan kita semua
orang baik ni kalau Allah ambil nyawanya, memang terasa kehilangan..
Innalillahhiwainnalillahhirojiun..
Semoga abam korie ditempatkan di kalangan org beriman.. aamiin..
aameen ya rabb
Al-fatihah utk abam Korie.. orang baik biasanya awal pergi menghadap Illahi..semoga asbab nasihat arwah & entri ini menjadi lubuk pahala yang tak pernah berhenti mengalir buatnya
ameen ya rabbal aalameen…
innalillahiwainnailaihirojiuun
sakit apa sebenarnya….
dgr cerita hyper tyroid.. wallahualam..
al fatihah.
alfatihah..
Innalillahiwaiinnailaihirojiun. Semoga roh arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman. Salam takziah utk keluarga arwah.
aameen ya rabb
Terkejut juga dengan berita kematiannya sebab baru dua hari dia update pergi check-up kat hoapital.
haaa tu la.. ingatkan dah tak der apa-apa..
Sedih giler kte bam hoq..huhu sumpah terkejut giler, terus call fir utk sahkan berita. Moga Allah tempatkan roh bam korie dikalangan org2 beriman
Tu la.. Mengejut arwah pergi
Sedih dengan berita nih, Al fatihah untuk arwah
Alfatihah