4
916

Cara Macamana Pro Hasilkan Gambar Cantik Terbongkar Di Bengkel Fotofon Ini

Ingat tak entri aku pasal macamana nak hasilkan entri menarik di blog sedikit masa dulu…? Aku ada senaraikan 9 perkara yang korang boleh buat untuk jadikan entri blog korang lebih menarik.

gambar yang cantik boleh memancing pembaca untuk datang lagi bertandang ke blog kita di lain masa

Antaranya entri tu wajib ada gambar dan gambar-gambar tu mestilah berkaitan dengan apa yang korang sedang ceritakan. Yang penting juga, gambar tu mestilah cantik untuk menarik hati pembaca, seterusnya memberi gambaran yang korang memang blogger yang serius menulis untuk pembaca.

Belajar ilmu afdhal berguru secara berdepan

Dah lama aku simpan hasrat nak belajar ilmu fotografi secara bersemuka dengan guru ni. Terus terang cakap, aku dah banyak jugak baca buku fizikal maupun secara online untuk belajar teori fotografi ni. Sejak daripada aku tak ada kamera lagi.

Terus terang cakap jugak, belajar teori tanpa ada guru yang menunjuk ajar, agak hambar dan lambat proses pembelajarannya. Ini berlaku pada aku la. Tak pasti orang lain sama ke tak dengan aku.

Belajar apa-apa pun kalau tanpa guru, aku rasa tidak lengkap. Dan aku rasa ilmu yang aku belajar tu bukan betul-betul ilmu sehinggalah ada guru depan aku ajar dan terangkan apa yang aku tak paham.

Untuk ilmu fotografi ni aku dah beberapa kali nak sertai kelas kelolaan salah seorang pakar fotografi kat Malaysia ni. Cuma masa jer yang jadi penghalang. Jadual bulanan kelas-kelas fotografi beliau sentiasa aku dapat sebab aku ada kawan yang berkerja bersama kumpulan pakar fotografi tersebut.

Sehinggalah Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) membuat inisiatif dengan berkerjasama dengan beberapa sponsor yang lain untuk menganjurkan satu bengkel ataupun kelas fotografi fotofon khas untuk ahli-ahli KBBA9.

Apa lagi terus la aku setuju untuk sertai…! Dah lama kot intai peluang macam ni. Dapat belajar sekali dengan rakan-rakan blogger KBBA9 pulak tu. Lagi best…!

Bengkel Fotofon Bersama SONY dengan kerjasama MATIC dan COSMODERM

Fotofon ataupun teknik mengambil gambar menggunakan smartphone ni memang dah lama aku ikut secara online. Aku langgan segala emel-emel daripada iPhone Photography School. Sebab aku adalah pengguna iPhone.

So dah banyak teknik-teknik asas ni sudah aku applykan dalam gambar-gambar yang aku ambil sebelum ni. Cuma benda ni macam tak terasa gempak. (boleh tengok gambar-gambar yang aku maksudkan tu kat Instagram aku. Jangan lupa follow sekali ya… hehehe)

Kenapa aku rasa tak gempak..?

Satu, sebab tak ramai lagi rakan-rakan terdekat yang tau. So, agak susah nak share hasil yang aku dapat tu. Kalau share pun mungkin diorang tak rasa tertarik sebab diorang belum belajar. Silap-silap haribulan diorang cakap aku reka dan syiok sendiri. Hehehe.

Satu lagi, macam yang aku cakap tadi… Belajar tanpa guru. Rasa tak puas…! So bila hadir ke kelas ni baru terasa aku benar-benar belajar disamping dapat sahkan sendiri apa yang aku baca dan apa yang aku buat tu memang betul.

Tenaga Pengajar yang profesional

KBBA9 sangat bertuah kerana Sony Malaysia sudi menghantar wakilnya En Rahman Roslan. Korang boleh tengok hasil seninya yang hebat di blog beliau: rahmanroslan.com. Seorang fotografer professional yang mempunyai pangalaman luas di dalam bidang fotografi samada dengan menggunakan kamera maupun smartphone.

Beliau bermula sebagai photojournalist sejak tahun 2006. Sejak itu beliau telah mengorak langkah dalam pelbagai kategori fotografi daripada dokumentari sehinggalah ke pengiklanan.

Yang paling aku suka pada En Rahman ni ialah penyampaiannya sangat sempoi dan menggunakan “bahasa” yang mudah difahami. Dengan kata lain, tak der jargon yang melampau yang boleh menghilangkan fokus orang yang baru nak kenal fotografi dengan teknik dan teori yang digunakan oleh fotografer profesional

Penerangan yang Jelas, sangat “presentable”, dapat menjawab soalan peserta dengan tepat, dan cool.. haaa tu adalah beberapa lagi sifat En Rahman yang aku mampu ungkapkan. Dengan kombinasi semua tu, kelas menjadi sangat santai dan fokus.

Sebenarnya, sekarang smartphone dah banyak yang punya kamera telefon yang bagus. Jadi apa yang kita perlu ialah tahu teknik asas dan skill fotografi jer. Hasilnya nanti pasti setanding dengan gambar yang diambil menggunakan kamera. Malah, jika fotografer boleh master ilmu fotografi ini ,orang tak tahu pun yang gambar tu diambil dengan menggunakan smartphone.

Ramai jer fotografer yang hanya gunakan smartphone untuk berkarya. Sebabnya, smartphone mudah dibawa kemana-mana. Pendek kata ia sentiasa berdamping kita. Ini mampu untuk merakam moment yang hanya datang seketika. Fotografer kena sentiasa bersedia untuk moment itu. Jadi berbanding dengan kamera yang saiznya lebih besar, smartphone adalah alat yang terbaik..

Setting manual

Kat kelas ni baru aku tau smartphone pun boleh buat setting manual. Aku ingat setting tu dah siap disetup dah dalam smartphone tu. Kalau macam ni barulah best. sebabnya kita boleh adjust settingnya mengikut objektif kita daripada perspektif mana kita nak ambil gambar tu.

Malangnya untuk iPhone tiada setting manual disediakan. Mungkin sebab kameranya dah cukup power kot. Hehehe..

Namun untuk puaskan hati aku, selepas kelas tu aku terus install 3rd party apps, Camera+ untuk membolehkan aku setting kamera iPhone aku dengan mode manual.

Oh ya.. apps tu berbayar ya.. Aku sanggup jer bayar demi untuk benda yang aku minat. Murah jer pun..!

Tapi masa kelas tu aku belajar guna Sony a6000 aku jer. Sebab teknik asas ni (apperture, shutter speed, ISO) ni sama jer selagi benda ni dipanggil fotografi. Selain daripada teknik-teknik asas seperti Rules of Third, Framing, Reflection, Perspective Line, Motion dan lain-lain yang berkaitan, ilmu baru yang aku dapat untuk fotografi menggunakan kamera aku ialah Metering.

Selama ni aku tak tau pun kegunaan metering tu. Patutla gambar aku kadang-kadang terkurang dan kadang-kadang terlebih exposurenya. Hurmmmm.. Kini aku dah dapat jawapan…!

Oh ya.. En Rahman kongsi juga apps untuk editing gambar yang di snap tu. Pesan beliau…

“Jangan jadi fotografer yang malas.. Sebelum bagi dunia tengok hasil kerja kita, sila edit dahulu.”

Terima kasih penaja

5 bintang aku bagi kepada Bengkel Fotofon ni. Bukan sahaja ilmu yang dapat. Tapi tempatnya sangat best dan selesa. Pendingin hawanya sejuk terasa macam kat obersi jer. Hahaha..

Terima kasih MATIC yang sudi berkerjasama dengan kami untuk program ilmiah ini.

Daripada pagi, tak der sekelumit pun rasa lapar. Giller mewah kudapan yang disediakan. Daripada sarapan, Tea Break sehinggalah makan tengahari, semuanya disediakan oleh penaja. Sedap-sedap semuanya. Semoga anda semua sentiasa maju dalam perniagaan!

Terima kasih kepada Restoran Nelayan Gombak, Cafe Cerita Kambing, KhaisyaDelite, Tasty_Bake, IraBakery, dan BrillPremiumCoffee.

Penghargaan juga untuk Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang dah jadi macam sebahagian daripada KBBA9. LZS turut menaja door gifts dan turut menghantar wakil sebagai peserta.

antara door gifts yang ada

Seterusnya, setinggi penghargaan buat penaja yang selalu menjadi penaja KBBA9, COSMODERM. Dan tanpa SONY Malaysia dan sifu Rahman Roslan, Bengkel Fotofon ini tidak akan menjadi kenyataan…!

Show Comments

6 Comments

  1. YB Shehan February 16, 2018
    • sohoque February 24, 2018
  2. papagrab February 25, 2018
  3. Amir Mazlan March 3, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge