Antara soalan yang femes yang Abam Hoq dapat melalui aplikasi messenger maupun whatsapp ialah berapa nilai pelaburan minimum untuk memulakan pelaburan Unit Trust (UT).
Untuk membuka akaun dana pelaburan UT ni kebiasaannya RM1,000. Namun seperti yang selalu Abam war-warkan selama ini, pelaburan UT ni kena ada objektif. Apa tujuan nak melabur.
Kalau jumpa Abam, Abam akan tunjuk jalan macamana cara yang sepatutnya kembangkan duit dengan UT. Letak RM1,000 sahaja dengan mengharapkan duit itu berkembang pesat untuk menyara di masa persaraan kita sangatlah tidak realistik.
Jadi amatlah disarankan, pelabur mengumpul unit sebanyak mungkin dengan membuat penambahan pelaburan secara tetap setiap bulan. Tambahan pelaburan boleh dibuat dengan hanya menambahkan RM100 minimum.
Juga amat disarankan supaya pelabur membuat otodebit bank untuk simpanan ini untuk menjimatkan masa, tenaga, perbelanjaan dan ketenangan fikiran.
Ya.. Nak ke bank hanya untuk menambah pelaburan RM100 setiap bulan sangatlah tidak berbaloi. Masa habis dalam perjalanan, tenaga juga terpaksa digunakan untuk ke bank, perbelanjaan minyak dan parking juga kena keluarkan.
Yang paling penting fikiran aman dengan membuat otodebit. Sebab kita tahu setiap bulan ada penambahan unit ke dalam dana UT kita.
Ketahuilah, banyaknya dividen/agihan yang kita bakal dapat itu bergantung kepada berapa unit yang kita dah kumpulkan.
Sahabat yang Abam sayangi,
Ini cara pengiraan dividen/agihan dan macamana ia menjadikan dana UT kita bertambah besar:
Contoh:
Dividen/agihan: 6 sen per unit.
Unit terkumpul: 10,000 unit
Cara pengiraan agihan: 0.06 (sen) X 10,000 (unit) = RM600.00
**RM600 ini akan dimasukkan semula ke dalam dana pelaburan kita dengan membeli unit baru dan ditambahkan ke dalam dana kita.
Contoh:
Tambahan pelaburan (dari agihan) : RM600
Harga unit: 50 sen/ unit
Cara pengiraan: RM600 / 0.5 = 1,200 UNIT
Jadi UNIT terkumpul selepas dividen/agihan : 10,000 (yang sedia ada) + 1,200 (yang dapat daripada agihan)
Jumlah UNIT baru selepas agihan: 11,200 UNIT (sebelum ini 10,000)
Nampak tak cara unit bertambah. Jadi unit ini bertambah dengan 2 cara:
1. Dengan adanya agihan
2. Dengan penambahan bulanan yang kita buat daripada otodebit bank tu
Jadi akan ada beza perkembangan dananya sesiapa yang buat penambahan unit secara regular dengan yang melabur sekali sahaja.
Penambahan pelaburan tidak wajib, tapi jika nak dana berkembang dengan lebih cepat kena buat penambahan unit secara regular.
Benda ni kena datang dengan objektif pelaburan kita. Kena jumpa dulu untuk Abam buatkan rangka pelan pelaburan sesuai dengan objektif awak orang. Baru boleh nampak secara jelas macamana UT ni boleh menolong mencapai pelan perancangan kewangan awak orang.
Harap penjelasan ini dapat menjawab persoalan tentang berapa nilai pelaburan minima untuk unit trust ataupun Amanah Saham yang berlegar dalam kepala awak orang.
Kalau tak paham juga, boleh bertanya di ruangan komen ya..
Maaf tuan, saya fikir ad sedikit kesalahan pada pengiraan ini
600/0.05 = 1200, sepatutnya
600/0.5 = 1200
Maaf tuan
ya tuan terima kasih.. ada typo di situ..
Teringin juga nak melabur..tapi takut sebenarnya..InshaALLAH nanti jumpa abam hoq lah.
haaa nnti jumpa dan dah paham mesti tak takut dah…