Salam.
Berkereta mewah menjadi satu kemestian untuk bisnesman di masa kini. Ia telah menjadi kayu ukur untuk ramai individu yang bergelar bisnesman dewasa ini. Ia semacam lambang kejayaan bagi sesuatu bisnes yang diceburi itu. Ia juga dikatakan boleh menjadikan klien mereka lebih menghormati dan lebih yakin untuk berurusan dengan mereka.
Wallahua’lam. Saya tidak pula membuat kajian yang mendalam tentang ini. Artikel ini ditulis pun kerana saya terfikir mengapa berkereta mewah menjadi satu kemestian untuk bisnesman sebagai penentu kejayaan mereka.
Namun, ada sesuatu yang tidak betul apabila seseorang bisnesman yang baru nak berjaya, ataupun masih belum berjaya lagi sebenarnya (hanya perasan berjaya) telah memandu kereta mewah ini hanya kerana inginkan persepsi ini.
Saya bersetuju dan tidak bersetuju dengan persepsi tersebut:
Setuju:-
- apabila dia mampu dan membeli untuk menghadiahkan dirinya dengan sesuatu hadiah yang baginya amat bermakna. Dan diharapkan dengan itu dia akan melebihkan lagi usaha untuk menempa kejayaan.
- apabila pembelian itu adalah kerana nilai kereta mewah itu iaitu mempunyai performance yang bagus, tahan lasak, jimat penggunaan petrol, bagus ciri-ciri keselamatan dan lain-lain yang dapat memberi nilai kepadanya yang banyak berada di jalanan untuk ke tempat kerja atau berjumpa klien misalnya.
- apabila memang ini terbukti akan menaikkan lagi bisnesnya kerana kliennya akan lebih cyakin untuk berurusan kerana mereka yakin bahawa itu adalah hasil usaha keras kita.
- apabila itu adalah salah satu cara dia untuk mengurangkan cukai pendapatan yang terpaksa dibayar.
- apabila keperluan asas seperti rumah, pembelajaran anak-anak, perbelanjaan tanggungan kepada isteri dan segala keperluan asas yang lain telah dilunaskan.
- apabila bahagian pendapatannya untuk simpanan seperti perancangan persaraan, perancangan pendidikan anak, perancangan mengerjakan haji, perancangan perlindungan (takaful) telah diperuntukkan.
Tidak Setuju:-
- apabila penadapatannya yang dapat hanya cukup-cukup tapi dah beria-ia nak beli kereta mewah.
- apabila ianya kerana hendak menunjuk-nunjuk. Ini yang paling ditakuti kerana dikhuatiri sifat ini akan datang dengan sendiri.
Nampaknya banyak syarat yang perlu dipenuhi jika aku sendiri ingin menggunapakai kereta mewah.
Yang sebaik-baiknya ialah kita hidup secara bersederhana. Ada satu hadis yang menyebut: “sebaik-baik perkara adalah yang pertengahan”.
Namun bersederhana ini juga adalah subjektif. Lain orang lain interpretasinya. Sederhana orang kaya berlainan levelnya daripada sederhana orang kurang berada. Contohnya Imam Abu Hanifah suka memakai pakaian yang mahal-mahal. Bukannya beliau ingin bermegah tetapi memang beliau mampu.
Untuk pengetahuan, Imam Abu Hanifah selain menjadi pakar ilmu hadis dan lain-lain ilmu agama adalah seorang businessman yang berjaya. Beliau mempunyai kedai-kedai kain dan pakaian. Beliau juga mempunyai gudang jubin. Jubin dari kedainya pernah digunakan oleh khalifah pemerintah pada masa itu untuk digunakan di istananya.
Beliau pernah menegur bapa seorang anak muridnya yang selalu datang belajar ilmu agama dengannya tetapi selalu dipakaikan pakaian yang lama. Sedangkan beliau kenal akan bapa anak muridnya yang merupakan seorang yang berada.
Beliau telah bertanya kenapa bapa tersebut memakaikan anaknya dengan pakaian yang lama dan lusuh. Bapa anak muridnya menjawab dengan mengatakan dia takut untuk berlebih-lebihan dan lebih baik duit untuk membeli baju itu disedeqahkan. Imam Abu Hanifah mengatakan bahawa membelikan baju baru dan cantik kepada anak adalah salah satu daripada amalan sedeqah.
Pada pandangan saya, apa yang penting untuk seseorang businessman adalah ilmu perancangan kewangan. Terutama Islamic Financial Planning.
Dia perlu tahu berapa amaun yang diperlukan untuk masa hadapan. Apakah langkah-langkah yang telah dibuat untuk dia mengecapi kebebasan kewangan (financial freedom). Adakah pembelian kereta mewah itu akan menjadi liability ataupun asset kepadanya. Apakah asset-asset yang dibeli telah cukup untuk dia kutip hasilnya kelak. Dan yang paling penting adakah langkah-langkah untuk mencapai Al-Falah iaitu objektif SEBENAR hidupnya sebagai muslim telah dia lakukan…
Adakah berkereta mewah menjadi satu kemestian untuk bisnesman? Wallahua’lam jawabku. Ukurlah baju di badan sendiri. Tepuk dada tanya iman.
Wallahua’lam..
Sekarang bukan bisnesman je..orang biasa pun dah demand nak naik kete mahal..hehe
hafizrahim recently posted..Air Tepung Gandum Penawar Cirit Birit
ya betul. kalau org biasa pun dah mahu, apatah lg bisnesman
sohoque recently posted..Setting Theme Platform Lari