Wednesday, March 15, 2023
HomeFinancial Planning & BisnesInsurance / TakafulBerniaga Sambil Bersedeqah.. InsyaAllah Lebih Berkat...

Berniaga Sambil Bersedeqah.. InsyaAllah Lebih Berkat…

Hari ni agak produktif. Happy jer rasa. Hehehe. Korang tau sebab apa? Sebabnya perancangan aku berjalan dengan ajak lancar.

Kerja macam aku ni macam ni lah. Ada kala kalau tak menjadi apa yang dirancang, memang agak down. Tapi sebab aku dah 14 tahun dalam bisnes unit trust ni, maka down tu macam dah tak ada beri kesan sangat pada aku. Hahaha. Rileks jer.

Hari ni aku berjaya submit investment client hampir RM100K. Bestkan. Sehari kerja income dah dekat RM2K. Cuma keadaan macam ni bukanlah terjadi hari-hari. Kalau setiap hari aku dapat macam ni, kaya cepat la aku. Boleh pergi Mekah balik hari tu..

Appointment aku pulak berjalan lancar jer hari ni. Client semua baik-baik. Tak banyak soal dah. Sembang-sembang tentang hal dan isu semasa jer. Tentang investment, diorang memang dah tau. Tak perlu pun tanya banyak-banyak. 3 bulan lepas dah bentang investment account. Unit Trust ni bukan macam saham kat bursa tu walaupun sebahagian besar dilaburkan dalam bursa (untuk dana ekuiti). Harga dia tak berubah turun naik dengan cepat macam tu.

meeting dengan client ni kadang-kadang berlangsung kat pejabat diorang. Tapi kebanyakannya kitorang set kat kedai kopi jer…

Yang paling bestnya masa makan tengahari tadi. Client siap belanja lagi. Hari ni kami makan kat Restoran Temerloh Catering section 15 (Dataran Otomobil). Makan Ikan Patin Masak Tempoyak. Kedai ni kira glamer jugak ni. Disebut-sebut ramai jugak ni.

Dulu tempat ni pernah jadi restoran feveret aku dengan family ni. Cuma sejak setahun lepas aku rasa Ikan Patin Tempoyaknya dah tak macam dulu. Dah tak sesedap dulu. Mungkin bertukar tukang masak atau memang diorang saja-saja ubah resepi sikit, itu aku tak tau.

Kuah agak pekat dan agak manis yang mana aku tak berapa gemar sangat. Tapi tulah. Korang jangan terpengaruh pulak dengan selera aku ni. Lain orang lain seleranya. Ada jer orang yang suka kuah yang agak manis macam ni. Client aku tadi, laju jer melahap.

Yang lagi ‘win’, ialah caj terkini dia. Patin seketul kat sini harga dia RM12 (patin biasa). Untuk tambahan kuah sahaja, pelanggan dikenakan RM3. Hehehe. Dalam hati aku, fuuuh berkiranya restoran ni. Tapi rasional aku menepis dengan berkata: Macam ni lah berniaga zaman sekarang. Segalanya perlu dikira.

Dengan tambahan semangkuk kuah sahaja pun memerlukan bahan mentah juga. Itu semua bukan datang secara percuma. Cuma kalau ini restoran aku, memang aku tak caj la. Aku anggap jer sedeqah kepada pelanggan yang support aku selama ini. InsyaAllah Allah akan balas dengan rezeki yang lenih luas lagi.

Bab sedeqah dalam perniagaan ni ramai dah orang yang buat. Ada restoran di tengah bandaraya KL yang amalkan macam ni. Restoran ni caj hanya untuk pinggan nasi yang pertama sahaja. Nasi tambah selepas tu memang diorang tak kira dah. Walaupun korang tambah nasi dua pinggan.

Kemudian, di sudut tepi kedai, diorang dah sediakan siap-siap 2 tong air minuman. Satu air sirap ais. Satu tong lagi air sarsi ais. Pelanggan yang Ambik air tu pun diorang tak caj. KAlau mintak air lain baru diorang caj.

Hasilnya, kalau tengahari memang berbondong-bondong orang pergi ke restoran dia. Siap kena tunggu meja. Kalau tak, tak dapat duduk.

Aku pernah borak dengan tuan punya restoran ni. Dia kata memula memang rasa macam rugi buat macam tu. Tapi lama-lama bila dikira kos dan pendapatan sebenar, benda tu buatkan restorannya lagi untung.

Ya la. Dalam ramai-ramai yang datang berapa peratus jer tambah nasi banyak-banyak. Mana nak kejar masa nak masuk kerja semula lagi. Tunggu meja pun dah makan masa. Nak makan lagi. Kemudian makan dengan kawan-kawan. Sembang-sembang. Tak sempatnya nak makan banyak-banyak.

Yang paling penting katanya, hati ada banyak suka. Banyak happy. Sebab sambil berniaga dia dapat bersedeqah sama. Mana tau yang datang tu memang betul-betul orang susah. Dan kita kenyangkan dia dengan caj yang minima. Kemudian dia doakan kita supaya bertambah rezeki. Dan Allah kabulkan pula doanya.. Haaa kan best macam tu..

Ap-apa pun setiap apa yang berlaku disekeliling kita sebenarnya adalah pengajaran buat kita. Untuk kita yang berfikir dan relatekan semula dengan Allah. Moga kita semua dimuarhkan rezeki oleh Allah.

Apa-apa pun aku happy hari ni. Tu jer nak cakap. Oh ya.. Yang nk kerja happy macam aku, boleh contact aku ya. Kita cerita sikit-sikit tentang bisnes Financial Planning ni. Bisnes yang amat seronok dan tidak stress. Serius. Jom ngeteh sambil borak pasal ni…

Loading

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1