Pihak pengurusan Ayam Brand bersama anak-anak yang mengambil bahagian dalam pertandingan memasak
Apa yang bagus bagi syarikat-syarikat yang besar ialah mereka ada peruntukan untuk khidmat masyarakat. Tidak ketinggalan dengan syarikat Ayam Brand. Syarikat yang telah begitu lama bertapak di Malaysia ini ada peruntukannya yang tersendiri untuk khidmat masyarakat. Salah satunya ialah Kempen Masyarakat Penyayang “Ikan Berkhasiat, Diet Yang Sihat”.
Bertempat di PetroSains KLCC baru-bari ini, Ayam Brand telah mengadakan satu sesi bersama dengan wakil daripada 8 buah rumah kebajikan di sekitar Lembah Kelang untuk Kempen Masyarakat Penyayang “Ikan Berkhasiat, Diet yang Sihat” 2013. Sebenarnya Ayam Brang memperuntukkan bantuan menerusi kempen ini kepada 2,200 penghuni-penghuni di 45 buah rumah kebajikan di seluruh Malaysia. Ia berupa bantuan produk makananbertin selama 2 bulan.
Antara yang hadir pada majlis tersebut ialah Rumah Sayangan, Persatuan Pemulihan Orang-Orang Cacat Selangor & Wilayah Persekutuan, Persatuan Rumah KIDS, Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah ( RACTAR ), Yayasan Sunbeams Home, Rumah Juara Petaling Jaya, House of Joy dan Trinity Community Children Home Society. Turut hadir ialah wakil daripada Badan-badan kebajikan dari Perak, Kedah, Johor, Pulau Pinang, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan, Sabah & Sarawak.
Pengerusi Ayam Brand yang turut hadir ke majlis tersebut, Tunku Dato’ Mu’tamir bin Tunku Tan Sri Mohamed berkata bahawa tujuan kempen tersebut diadakan untuk menggalakkan pengambilan diet yang sihat dengan pengambilan ikan di kalangan ranyat Malaysia. Ikan membekalkan vitamin dan mineral yang penting untuk badan kita. Sebab itulah ia dianggap seagai diet yang sihat. Malah pihak berkuasa kesihatan mengesyorkan pengambilan ikan sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu.
“Ayam Brand berbesar hati dapat membantu organisasi-organisasi kebajikan ini menerusi sumbangan produk kami yang di harap dapat mempelbagaikan diet seharian mereka di samping menawarkan variasi, kemudahan dalam menyediakan makanan yang seimbang dan berkhasiat untuk penghuni-penghuni di rumah-rumah kebajikan ini”
ujar Tunku Dato’ Mu’tamir bin Tunku Tan Sri Mohamed di majlis tersebut.
Majlis tersebut dimeriahkan dengan pertandingan “Juadah kan Kegemaran Saya”. Para peserta terdiri daripada 2 orang wakil daripada rumah-rumah kebajikan di Lembah Kelang yang mendapat bantuan daripada Ayam Brand. Mereka dikehendaki menyediakan masakan ataupun hidangan ikan kegemaran mereka dengan menggunakan produk-produk Ayam Brand.
Pengurusan tertinggi Ayam Brand yang prihatin
Majlis Pelancaran Kempen Masyarakat Penyayang ini turut menjemput pengacara dan penyanyi Hunny Madu dan Penghibur Kanak Encik Hafiz yang menunjukkan persembahan Silap Mata.
Kepada Ayam Brand Syabas kerana usaha murni membantu orang yang kurang bernasib baik. Aku berbangga dengan usaha sebegini kerana keuntungan daripada perniagaan disalurkan semula kepada orang-orang yang memerlukan.
Dari segi produk Ayam Brand, aku adalah salah seorang penggemar produk-produk keluarannya. Sardin dalam tin dan Tuna Mayonaise Pedas adalah antara barangan wajib yang akan aku beli jika bertandang ke pasaraya untuk membeli stok barangan dapur.