Bersama Chevrolet Camaro Bumble Bee

kereta bumble bee

chevrolet camaro Bumble Bee, inilah kereta yang boleh bertukar menjadi bumble bee dalam filem transformers. Bumble bee Autobots dari dunia Cybertron datang ke bumi bersama autobots yang lain yang dipimpin oleh Optimus Prime. Di bumi bumble bee telah menggunakan kereta ini untuk menukarkan dirinya kepada bentuk kenderaan.

Sejak diperkenalkan di dalam filem transformers kereta ini telah menjadi tarikan kepada peminat-peminat kereta dan juga peminat-peminat transformers.

Bentuknya yang cantik dan sporty telah menjadi tarikan kepada penggemar kereta. Aku dapat melihat sendiri secara langsung kereta ini di pameran tranformers expo sewaktu pembukaan rasmi nya yang diadakan pada 28 januari yang lalu.

Bukan sekadar kereta ini yang dipamerkan di ekspo tersebut, malah bumble bee dan optimus prime pun ada dipamerkan dengan saiz sebenar mereka.

Selain itu pengunjung boleh mencuba 3D mapping, 3D movie dan lain-lain lagi. Anda boleh berkunjung ke ekspo ini yang akan berlangsung pada 31 januari ini sehingga 16 februari 2014 nanti. Bawa lah anak-anak untuk mereka menyaksikan sendiri segala yang berkaitan dengan transformers daripada sejarah transformers, koleksi robot, dan lain-lain. Pendek kata semua tentang transformers ada di ekspo ini.

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply

%d bloggers like this: