Betul Ke Keputusan Pengadil Berikan Penalti Kepada Vietnam?

0
73

Penalti ‘hantu’ Vietnam telah diberikan dengan betul mengikut Undang-undang 12.4 FIFA. Betul ke keputusan pengadil berikan penalti kepada Vietnam di Kejohanan AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 malam tadi tu sebenarnya?

Pengadil Berat Sebelah?

Yang pasti keputusan yang dibuat oleh pengadil perlawanan antara Malaysia vs Vietnam, Ryuji Sato ini dilihat sebagai melulu dan sangat berat sebelah dan membuahkan rasa marah dan jengkel kepada rakyat Malaysia serta penyokong setia Harimau Malaya.

Kalau dilihat di kaca television tiada apa-apa kesalahan yang dibuat oleh pemain pertahananan Harimau Malaya, Azam Azmi. Beliau menyekat serangan daripada pemain Vietnam, Doan Van Hau dan “clearkan” bola daripada kawasan penalti. Malah beliau sendiri dilanggar oleh Doan Van Hau.

Selepas itu dihujung klip video ternampak kedua-dua pemain Malaysia dan Vietnam terjatuh diluar garisan gol akibat momentum larian mereka.

Permainan diteruskan seperti biasa seketika selepas itu, sebelum Ryuji Sato meniup wisel dan mengisyaratkan tendangan penalti dihadiahkan kepada pasukan Vietnam.

Lebih parah lagi, Azam Azmi dilayangkan kad merah secara terus dan diarahkan keluar padang. Rata-rata penyokong Harimau Malaya yang menyaksikan perlawanan secara langsung ini “bengkek” dan marah dengan keputusan ini. 

Moral Down

Malah aku sendiri pun dah malas nak tengok game selepas insiden ini. Dalam kepala aku memang Malaysia dah kalah unless miracle terjadi. Ya lah.. Malaysia tengah ketinggalan dengan satu gol, nak balas sikit pun sikit punya susah. Walaupun seorang pemain Vietnam dibuang padang pun Malaysia tak boleh memanfaatkan peluang, inikan pula pemain Malaysia juga dibuang padang.

Lepas tu aku memang tak kesah pun bini mintak remote tv dan alih siaran ke TV3 untuk tengok drama swasta dia. Hahaha..

Mutu Pengadilan Rosakkan Permainan

Keputusan Penuh, Vietnam telah berjaya menewaskan Malaysia dengan jaringan 3-0 pada perlawanan hari ketiga Piala AFF Mitsubishi Electric Cup 2022, hasil jaringan Nguyen Tien Linh, Que Ngoc Hai dan Nguyen Hoang Duc.

Pada aku perlawanan memang penuh semangat daripada kedua-dua pasukan yang pastinya inginkan kemenangan. Cuma mutu pengadilan yang agak kureng itu menjadikan kerancakan permainan terbantut. Sikit-sikit nak tiup wisel.. Adoiii..! 

Pada perlawanan itu juga, kita turut  menyaksikan pengadil warga Jepun Ryuji Sato melayangkan dua kad merah.

Penyerang Vietnam, Nguyen Van Toan diberikan arahan keluar padang pada separuh masa pertama selepas mengutip dua kad kuning sebelum pemain Malaysia Azam Azmi dihadiahkan kad merah kerana kekasaran diluar padang, di belakang kotak penalti Harimau Malaya.

Insiden terakhir itu membawa kepada perdebatan berterusan di media sosial kerana ramai peminat tidak memahami mengapa Vietnam dianugerahkan penalti ‘hantu’ yang membawa kepada gol kedua mereka berikutan kekasaran Azam Azmi di luar padang permainan terhadap Doan Van Hau.

Kelemahan Sistem Kamera Perlawanan

Sebenarnya kekasaran yang dilakukan Azam Azmi terhadap Doan Van Hau tidak mampu dilihat dengan jelas oleh mata kita yang menonton menerusi kaca TV. Ianya sempat dirakam sedikit sahaja. Itu pun daripada jauh. Itulah kelemahan sistem rakaman bolasepak di Asia termasuk di negara kita sendiri. Jika insiden seperti ini berlaku di negara maju, pasti insiden kekasaran diluar kotak penalti itu akan disiarkan dengan jelas secara berulang kali.

Betul Ke Keputusan Pengadil Berikan Penalti Kepada Vietnam?

Untuk menjawab persoalan ini, kita terpaksa belek ‘kitab undang-undang FIFA’

Undang-undang-undang FIFA

Menurut Undang-undang FIFA 12.4, apabila bola dalam permainan: 

“Seorang pemain melakukan kesalahan terhadap pegawai perlawanan atau pemain lawan, pemain gantian, pemain yang digantikan atau dibuang padang, atau pegawai pasukan di luar padang permainan atau

“Seorang pemain gantian, pemain yang digantikan atau dibuang padang, atau pegawai pasukan melakukan kesalahan terhadap, atau mengganggu, pemain lawan atau pegawai perlawanan di luar padang permainan,

“Permainan dimulakan semula dengan sepakan percuma pada garisan sempadan yang paling hampir dengan tempat kesalahan/gangguan berlaku; untuk kesalahan sepakan percuma terus, sepakan penalti diberikan jika ini berada dalam kawasan penalti pesalah.”

Dalam kes ini, kesalahan Azam terhadap Doan Van Hau dilakukan semasa bola dalam permainan dan dilakukan di luar padang permainan, bermakna pasukan yang tidak melakukan kesalahan (Vietnam) telah diberikan penalti dengan betul kerana sepakan percuma terus mesti diberikan. pada garisan sempadan yang paling hampir dengan kesalahan luar padang.

Oleh itu, penalti telah diberikan kerana kesalahan itu berlaku “dalam kawasan penalti pesalah.”

Vietnam telah diberikan penalti dengan betul, yang disempurnakan dengan baik oleh Que Ngoc Hai.

Tentang Kad Merah..

Mengenai topik kad merah, pengadil boleh menganggap kekasaran Azam sebagai kelakuan ganas dan patut dikenakan tindakan merah.

Biodata Ryuji Sato, Pengadil dari Jepun yang kontroversi

Sebelum aku akhiri entri ni, aku sertakan sedikit biodata siapa itu Ryuji Sato:

Ryuji Sato (佐藤 隆治, Satō Ryūji, lahir 16 April 1977) ialah pengadil bola sepak antarabangsa dari Jepun. Beliau telah mengadili banyak perlawanan di Liga Juara-Juara AFC dan kelayakan Piala Dunia FIFA di peringkat antarabangsa. Beliau juga merupakan pengadil di J1 League di Jepun. (sumber: wikipedia)

Sebelum ini beliau pernah juga memberikan sepakan penalti kepada pasukan Vietnam ketika bertemu dengan Harimau Malaya kerana kekasaran yang didakwanya dibuat oleh Brendan Gan. Tetapi jika dilihat dalam klip video, tiada pun sentuhan yang dibuat oleh Brendan Gan.

Netizen juga telah mengesan di Facebook Ryuji Sato yang beliau telah secara terang-terangan menyatakan sokongan kepada pasukan vietnam dengan memberikan ucapan “good luck”. Namun aku tak pasti, samada FB tersebut adalah FB rasmi Ryuji Sato sendiri atau FB yang dicipta oleh orang lain.

Akhir Kata..

Mungkin sudah tiba masanya bolasepak Asia juga menggunakan sistem Video Assistant Referee (VAR) seperti yang digunakan oleh negara-negara kuasa bolasepak untuk mengelakkan insiden serta kecelaruan seperti ini.

Ya.. Ianya melibatkan kos yang bukan sedikit, tetapi demi kemajuan bolasepak Asia, ia patut dibincangkan dan diminitkan dalam mesyuarat.

Selepas ini, Golden Star Warriors akan berpeluang untuk melebarkan kedudukan mereka di puncak Kumpulan B apabila mereka melawat Singapura pada 30 Disember.

Sementara itu, Malaysia boleh kembali ke arah kemenangan apabila mereka menentang Singapura dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada 3 Januari.

Apa-apa pun perlawanan sudah pun tamat. Keputusan pengadil adalah muktamad. So aku harap semua penyokong Harimau Malaya boleh move on. Kita tumpukan kepada perlawanan seterusnya pula.

Walaupun mutu bolasepak pasukan “kedua” Harimau Malaysia ini aku lihat agak “kureng”, tapi Kita mengharapkan kemenangan dalam perlawanan ini.

Good luck Harimau Malaya..!

p/s: Entri diilhamkan dari post Main Stand – International

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge