Friday, May 12, 2023
HomeIslamikBilakah Waktu Mustajab Doa di Hari Jumaat?

Bilakah Waktu Mustajab Doa di Hari Jumaat?

Hari Jumaat adalah hari yang mulia dan ia juga mempunyai banyak keistimewaan, kemuliaan dan kelebihan berbanding hari-hari yang lain. Antaranya adalah terdapatnya satu waktu yang mustajab doanya di hari Jumaat ini. 

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

فِي يَوْمِ الجُمُعَةِ سَاعَةٌ، لاَ يُوَافِقُهَا مُسْلِمٌ، وَهُوَ قَائِمٌ يُصَلِّي يَسْأَلُ اللَّهَ خَيْرًا إِلَّا أَعْطَاهُ

Maksudnya: “Pada hari Jumaat ini ada satu masa yang sekiranya ditepati oleh seorang muslim dalam keadaan dia bersolat meminta sesuatu daripada Allah SWT, pasti Allah SWT akan memperkenankan permintaanya itu”. [Riwayat al-Bukhari (6400)]

Adapun bilakah waktu mustajab doa di hari Jumaat yang dimaksudkan itu, ulamak ada pelbagai pendapat. 4 pendapat yang masyhur ialah:

1. Ketika khatib duduk di atas mimbar sehingga selesai solat. 

 2. Selepas asar sehingga terbenamnya matahari.

3. Ketika solat Jumaat didirikan sehingga ia selesai.

4.  Apabila imam keluar sehingga selesainya solat.

Antara keempat pendapat tersebut pendapat yang kedua adalah yang paling disepakati ramai. Ini berikutan dengan ianya disokong oleh hadith-hadith. Antara 2 hadith yang sahih yang mengiakan pendapat ini ialah:

1. Daripada Abu Sa’id dan Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ فِي الْجُمُعَةِ سَاعَةً لَا يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ فِيهَا خَيْرًا إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ، وَهِيَ بَعْدَ الْعَصْرِ

Maksudnya: “Sesungguhnya terdapat satu waktu pada hari Jumaat apabila seorang hamba muslim meminta kepada Allah SWT akan perkara kebaikan pada waktu tersebut melainkan Allah SWT akan memberinya apa yang yang dimintanya itu, waktu tersebut adalah selepas asar”. [Riwayat Ahmad, (7688)] [Hadith ini adalah sahih dengan syawahidnya dan sanad hadith ini adalah dhaif menurut Syeikh Syuaib al-Arnaouth]

2. Daripada Jabir bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً، لَا يُوجَدُ فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللَّهَ شَيْئًا إِلَّا آتَاهُ إِيَّاهُ، فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ

Maksudnya: “Hari Jumaat mempunyai 12 jam, padanya terdapat satu waktu yang mana tidak ada seorang hamba yang meminta sesuatu kepada Allah SWT melainkan Allah SWT akan memberikan apa yang dimintanya itu kepadanya. Maka carilah waktu tersebut pada akhir waktu selepas asar ”. [Riwayat al-Nasa’ie, (1389)] [Hadith ini dinilai sahih oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani di dalam Nataij al-Afkar, 2/436]

Jadi oleh kerana kita ini Muslim yang bijak, maka marilah kita banyakkan berdoa pada hari Jumaat ini. Tak kiralah masa yang mana. Di samping amalan sunat di hari Jumaat yang lain seperti banyak berselawat, banyak bersedeqah, membaca Suratul Kahfi dan lain-lain.

Moga amalan kita mendapat keredhaan Allah dan dimakbulkan segala doa-doa kita. Aameen yang rabbal alameen..

Loading

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1