Malique – Living Legend Dalam Genre Hip Hop

Sedang aku kemaskinikan entri Pakej Murah Europe / Eropah aku yang pernah aku terbitkan sedikit masa dulu, aku mendapat satu emel. Emel ini sebenarnya adalah emel subcription untuk akaun twitter aku.

 

Ya… aku subscribe notification daripada Twitter untuk bagi cadangan kat aku, tweet yang trending dan popular. Biasanya aku tengok dengan acuh tak acuh jer emel ni. Tapi kali mata aku terpaku pada tajuk emel itu.

“Malique Thread” daripada @twt_muzik

Wahhh.. ini thread untuk Malique ex-Too Phat ni. Aku bukak emel tu dan baca tweet-tweet kat dalamnya.

Malique Ibrahim (ex – Too Phat)

Yup. Benar sangkaan aku. Ia adalah thread kisah hidup Malique ataupun boleh dikatakan biodata malique yang pernah menubuhkan kumpulan rap tersohor Too Phat dulu, sedari awal pembabitannya hingga beliau “hilang” daripada dunia seni.

Sangat menarik.. Aku mula teruja dan mula copy satu demi satu thread tu ke nota evernote aku. Malique dan Joe Flizzow (Too Phat) dulu memang aku minat. Kalau muzik rap dan hip hop, diorang jer yang aku layan. Sebabnya pembawakan diorang ni lain. Lirik sangat bernas dan puitis. Cara rap pun tak sama dengan rappers melayu yang lain. Garapan muzik pulak sangat kreatif.

Tapi sayang Too Phat tak lama hidupnya. Mereka berpecah…!

So ni aku rangkumkan thread-thread tu untuk jadikan ia satu biodata Malique (ex Too Phat) di dalam satu entri. Dan biarlah ianya menjadi perkongsian kepada pembaca sohoque.com pula.

Biodata Malique (ex – Too Phat)

  • Malique Ibrahim, bukan nama sebenar. Which is nama yang dia gunakan dalam industri. Nama sebenar dia ialah Cairil Edrin Bin Ibrahim
  • Kacukan Melayu, Arab dan Thai
  • Ayah dia, Cikgu Ibrahim merupakan seorang cikgu Bahasa Inggeris di sekolah. Mereka menetap di United States pada awalnya, no wonder la
  • No wonder lah dia pandai cakap inggeris fluently kan. Lepas duduk USA, balik Malaysia, study kat MRSM
  • Disebabkan dia suka menulis, pernah sekali dia ditangkap oleh pihak sekolah dan dituduh plagiat essaynya.
  • Tapi selepas diteliti, itu essaynya yang ditulis, original oleh dirinya sendiri
  • How about HipHop? Macam mana dia boleh terjebak? Biasa lah pada awal masa muda, minat LL Cool J, dan sebagainya
  • Masa tu awal tahun 1998, dorang dah start forming Too Phat, seperti yang kita boleh dengar dalam Apa Khabar lah cerita semua tu
  • Last seen? 2007 persembahan Too Phat kat KL, untuk Kanye West. Tu lah Malique last wujud di mata nitizen Malaysia.
  • So aku taknak cerita Too Phat sangat sebab pasal Malique je. Lagu Too Phat terakhir pada tahun 2010 di mana Joe Kartel, Malique Qarma
  • Ada orang yg bekerja cakap, semua benda tak kena dengan dia and susah nak deal dengan dia. Sebab dia nak something yang betul-betul perfect
  • Tengok tarikh perkahwinan dia dgn Melissa, 6/6/2006 bertunang, 8/8/2008, berkahwin. Anak dia lahir setiap 2 tahun, 2009/2011/2013, 2015

Hari pernikahan Malique

  • Yes anak dia ada sebut dalam lagu Senyum. Inca Medina. yang lain Rumi Arjuna, Chasca Maya, dan Ezra Aditya. Berkasta sungguh nama anak dia
  • Ramai cakap Malique ni level-level Malaysia ja. Mana ada. Too Phat pernah collab dgn Warren G which is adik Dr Dre, lagu Just A lil Bit
  • Selepas dia gerak solo, album pertama adalah OK(2008)
  • Dan dia suka recycle lagu. Memang minat recycle lagu.
  • ‘Mata dalam kaca, topi berceloreng’ lagu Zizan asalnya, lagu OK ft Cat Farish
  • Lagu RAHSIA tukar CERITA KEDAI KOPI
  • Lagu OK,MASIH HIPHOP, 2010 MASIH HIPHOP (Malique drag lagu ni)
  • Lagu MASIH HIPHOP FT ALTIMET AND DALY-Filsuf jadi isu sebab lagu tu macam beef. And orang cakap untuk Joe.
  • Dalam lagu tu dia sebut macam ni ‘Wa ah au’ lirik anak ayam n lagu tu play, then lagu tu stop, dia cakap ‘ingat tak dulu-dulu, nope, dulu-dulu dah habis’
  • Selepas menghilang, dia return dengan NUKILAN. Nukilan ada ZIZI KIRANA AF, KELANA AF, KMY KMO AGENDA. 2015
  • Dalam lagu RINDU ft SHAE, korang dengar RAP ZIZI “YANG KAU NYANYIKAN AKU NYANYI JUGA” Malique ada ikut nyanyi dan lirik tu recycle
  • Recycle lagu KAU YANG PUNYA FT NAJWA
  • Dia ada buat kelas RAP kat QARMA MUSIC RAP SCHOOL and hasilkan seorang je artis which is ARIZ

antara artis baru didikan Malique

  • So dia ada, NUKILAN, and ARIZ.
  • Dan juga Fans yang lebihkan kehidupan peribadi dia. Basically, dia taknak orang lebihkan dia dari karya dia. Sebab kita semua manusia sama
  • Dan juga Fans yang lebihkan kehidupan peribadi dia. Basically, dia taknak orang lebihkan dia dari karya dia. Sebab kita semua manusia sama
  • Orang cakap dia Schizo Paranoia. Sakit otak. Malique sering luahkan dalam lagu dia. Ada cakap dia split identity
  • Orang cakap dia Schizo Paranoia. Sakit otak. Malique sering luahkan dalam lagu dia. Ada cakap dia split identity
  • Malique cuma tidak mahu media masuk campur dalam kehidupan dia sebab semua media jahat. Ingat AME lepas?
  • Malique kecewa dengan Astro kerana memberi harapan palsu kepada peminat. And plan dia, tak diikut oleh pihak astro
  • TKO Pejamkan Mata adalah SEE NO EVIL, SPEAK NO EVIL, HEAR NO EVIL bukan Dajjal
  • Kalau nak minat Malique, minda kena sentiasa terbuka kerana Malique banyak gunakan Bahasa Melayu lama dan berkaitan dengan Hindu
  • So kalau baru2 nak kenal, and terus cakap dia ni sesat, korang boleh buat kajian lebih pasal Malique
  • So. Apa specialnya Malique? Ada cakap dia menghilang sebab marketing. Tengok TKO Pejamkan Mata. Sold out enam kali pengeluaran
  • Tanpa promosi dan apa2. Semua sold out. Bagi aku, Malique just nak jaga family dan diri sendiri.
  • Dengan adanya Facebook,Twitter dan Instagram. Malique masih tidak dijumpai, pelik bukan? Macam magic pun ada, mustahil pun ada
  • Malique sekarang, sihat walaafiat tinggal di Damansara bersama keluarga tercinta.

Haaa.. Malique ni lejen la bagi aku. Unik… Dengan keunikan tu lah orang keep on nak tahu tentang beliau. Ramai yang cari biodata Malique ex Too Phat ni.

Moga Malique bahagia dengan jalan yang dipilihnya…!

Show Comments

7 Comments

  1. hafidzlog July 24, 2017
  2. Inspirasi Muslimah July 24, 2017
  3. wisata karimunjawa July 27, 2017
  4. yanieyusuf July 28, 2017

Leave a Reply

%d bloggers like this: