Untuk menceburi bidang perniagaan, perkara yang paling utama adalah ilmu. Ilmu perniagaan amat perlu untuk kita terus kekal dalam perniagaan yang kita ceburi.
Selain daripada itu kecekapan usahawan menghidu peluang juga amat penting. Ini kerana kadang-kadang peluang yang baik itu hadir hanya sekali. Dan biasanya peluang yang baik hanya datang dalam masa yang singkat untuk kita buat pilihan samada untuk terus menyambar peluang tersebut ataupun tidak.
Bercakap tentang peluang baik ini, ni adalah satu peluang baik untuk para usahawan sekalian.
BioUsahawan 2019
Acara ini yang akan berlangsung pada 15 dan 16 Mac 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Ia adalah anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA) dan Bioeconomy Corp.

Apa itu BioUsahawan 2019
Ia adalah satu event yang memuatkan pelbagai perkara penting yang amat perlu bagi usahawan baik yang lama maupun yang baru menceburi bidang perniagaan.
‘Bio’ bermaksud ‘kehidupan’. Jadi ’BioUsahawan’ adalah khas untuk
usahawan-usahawan dari pelbagai jenis bidang (termasuk industri agro, bio dan lain-lain) yang mencorakkan dan mewarnakan kehidupan masyarakat melalui produk atau perkhidmatan mereka.
Event ini merangkumi:
- pameran dan demonstrasi produk oleh usahawan tempatan dan luar negara
- sesi padanan perniagaan (business matching)
- sesi “pitching” perniagaan (business pitching – BioPitch)
- perkongsian ilmu oleh selebriti, pakar industri dan tokoh masyarakat (pocket talk/panel session/forum)
- perkongsian pengalaman melalui #BIOCHAT bersama eFM
Objektif BioUsahawan 2019
- Untuk menggalakkan jualan produk dan perkhidmatan dalam industri agro, bio dan lain-lain bidang.
- Untuk memberi pendedahan dan peluang kepada usahawan tempatan, startup serta PKS untuk mengembangkan rangkaian perniagaan di dalam dan luar
negara - Untuk meningkatkan kepercayaan dan kesedaran tentang produk-produk tempatan yang selamat, berkesan dan berpatutan
- Untuk menghubungkan usahawan dan pemain industri tempatan dengan orang awam
- Untuk menyebarkan maklumat mengenai teknologi dan keselamatan makanan
BioUsahawan 2019 Untuk Siapa?
Event ini terbuka kepda usahawan tempatan dan juga luar negara. Jadi usahawan yang patut menyertai event yang bakal membuka ruang dan peluang dalam perniagaan mereka ini ialah:
- Usahawan persendirian
- Syarikat permulaan (startups)
- Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (PKS)
- Syarikat perniagaan berdaftar
- Pengeluar dan pembekal (termasuk OEM)
- Koperasi
- Agensi kerajaan
- Penyelidik (R&D)
- Pelabur
Segmen BioUsahawan 2019
Ada 3 segmen utama para peserta (usahawan) boleh mengambil bahagian dalam BioUsahawan 2019:
1.Bio-Based (Zon Oren)
Ia dikhaskan untuk:
- Syarikat, produk dan perkhidmatan BioNexus Kesihatan dan penjagaan diri, Kosmetik
- Bioteknologi
- Produk dan perkhidmatan biodegradasi (biodegradable)
- Produk dan perkhidmatan kelestarian (sustainability)
2. Agro-Based (Zon Hijau)
Zon ini khas untuk:
- Teknologi agro (agrotech)
- Hortikultur
- Akuakultur
- Pertanian dan penternakan Pertanian bandar (urban farming)
- Keselamatan dan teknologi makanan
3. Entrepreneurship (Zon Kelabu)
zon ini untuk:
- Halal industry
- Makanan dan minuman (agroculinary)
- Pembiayaan (bank dan institusi kewangan)
- Perdagangan (trading)
- Pengeluar dan pembekal (termasuk OEM)
- Business pitching
Kelebihan menyertai BioUsahawan 2019
Banyak manfaat untuk usahawan menyertai event ini. Antaranya:
- mendapatkan pembiayaan dan sokongan dari pelbagai pihak, termasuk bantuan dari Kerajaan, institusi kewangan, agensi dan pemain industri bagi mengembangkan perniagaan usahawan
- meluaskan jenis/basis pelanggan (customer base)
- menyerlahkan penjenamaan (branding) dan profil/visibiliti produk/syarikat melalui bual bicara secara siaran langsung dengan eFM/#BIOCHAT dan demonstrasi produk
- mendapatkan petua, nasihat dan hack yang hebat oleh pakar industri, tokoh masyarakat dan selebriti bagi mengembangkandan mengekalkan perniagaan
- menjalinkan kerjasama (partnership) strategik untuk memperkasakan perniagaan/bidang keusahawanan
- mengukuhkan kepakaran dan kemahiran untuk menjayakan perniagaan/bidang keusahawanan
Berminat?
Rugi kan kalau lepaskan peluang sertai event ini?
Jika anda berminat untuk mengetahui tentang event BioUsahawan 2019 dengan lebih lanjut, anda boleh layari laman web:
http://www.bioeconomycorporation.my/biousahawan-2019/
atau mengikuti kami di:-
- Facebook (www.facebook.com/BioeconomyCorporation)
- Twitter (twitter.com/bioeconomycorp)
- Instagram (www.instagram.com/biousahawan)
Untuk pertanyaan lanjut tentang pameran sila hubungi:
emel: biousahawan@bioeconomycorporation.my
Cik Marlia: +603 2116 5471 / +6012 364 8179
Cik Norma: +603 2116 5442 / +6011 222 6384
Untuk penajaan, anda boleh hubungi:
syahirah.adnan@bioeconomycorporation.my
Cik Syahirah: +603 2116 6499
Untuk RISALAH dan PELAN SUSUN ATUR DEWAN, boleh tengok di link berikut:

Rebutlah peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik daripada Hotel ibis, rakan hotel rasmi bagi BioUsahawan 2019!
Untuk menyertai peraduan ini, sila:
- Daftar dan buat bayaran sebagai pempamer sebagai pempamer di BioUsahawan 2019 dengan mengisikan butiran di RISALAH dan emel kepada biousahawan@bioeconomycorporation.my
- Jawab soalan selidik di
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdPNj3GrrxOgC8AofBxXZWptP_pOJOm_AnvXkdW-QagbseE7Q/viewform - Pemenang akan diumumkan oleh Bioeconomy Corp sebelum 15 Mac 2019. Hadiah-hadiah boleh dituntut di acara BioUsahawan 2019 pada 15 Mac 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Hadiah Utama:

1x Baucar Penginapan Percuma di Bilik Standard untuk 2 Hari 1 Malam di Hotel ibis KLCC untuk 2 orang, termasuk Sarapan Pagi (bernilai RM248++)
Hadiah Kedua:

1x Baucar Bufet Hi-Tea pada Hujung Minggu untuk 1 orang di Kampung Kitchen, ibis KLCC (bernilai RM68nett)
[…] Anda Usahawan? Anda Rugi Jika Terlepas Event Ini…! […]