More

    BioUsahawan 2019 – Pra Pelancaran Di Hotel Ibis Kuala Lumpur

    Rentetan daripada hebahan yang dibuat sebelum ini tentang BioUsahawan 2019, baru-baru ini telah diadakan satu majlis pra pelancaran event tersebut yang bakal memberi manfaat kepada para usahawan nanti.

    Event yang telah diadakan di Hotel Ibis Kuala Lumpur, rakan hotel rasmi bagi BioUsahawan 2019 tersebut telah dihadiri oleh para media dan penulis blog untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang event tersebut nanti.

    Bioeconomy Corp

    Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corp) adalah sebuah agensi pembangunan ekonomi utama khas dalam sektor industri berasaskan bio dan angro. Ia diperbadankan di bawah Menteri Kewangan dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

    Antara tugasan Bioeconomy Corp adalah menyediakan perkhidmatan sokongan, khidmat nasihat dan menjadi pemudah cara untuk syarikat-syarkat sains bio, agro dan sains hayat di Malaysia.

    Sejak November 2018 yang lalu, Bioeconomy diletakka di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA).

    BioUsahawan 2019: Ke Arah Industri Pertanian dan Asas Tani Berdaya Saing

    Event ini banyak tertumpu kepada ucaptama Dr Mohd Shuhaizam Mohd Zain yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corp.

    Dr Mohd Shuhaizam Mohd Zain, Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corp

    Antaranya tentang Bioeconomy Corp yang akan memperluaskan lagi konsep BioNexus daripada sektor BioKesihatan, BioIndustri, dan AgBiotech kepada konsep yang lebih luas iaitu komuniti pertanian.

    Usaha ini akan memberi akses yang lebih luas kepada para usahawan dalam bidang ini seperti teknologi, insentif kewangan, kemudahan dan jaminan lain untuk membantu pertumbuhan komuniti pertanian seperti petani dan penternak.

    Untuk membantu mereka ini memohon status BioNexus, mereka dialu-alukan untuk menyertai BioUsahawan 2019 yang bakal diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpura pada 15 dan 16 Mac 2019 nanti.

    Event ini adalah platform yang sangat strategik buat usahawan tempatan, syarikat permulaan, PKS dan syarikat-syarikat yang ingin mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka terutamanya dalam sektor agro dan bio.

    Dengan sasaran MOA yang inginkan hasil jualan tahunan sebanyak RM900 juta untuk usahawan dalam industri berasaskan tani pada tahun 209 ini, acara ini adalah satu usaha untuk sasaran tersebut direalisasikan.

    Setakat hari ini, terdapat 283 syarikat yang berstatus BioNexus. 56% daripadanya adalah dalam sektor AgBioTech (bioteknologi tanaman, makanan berfungsi, produk semulajadi, akuakultur dan ternakan).

    Pengguna tempatan sekarang sudah dapat menerima produk berasaskan bio tempatan. Ia dibuktikan oleh satu kajian yang dijalankan bahawa 60% penduduk bandar telah membeli produk berasaskan bio tempatan.

    Menurut kajian tersebut , tiga kategori barangan berasaskan bio tempatan yang paling mungkin dibeli oleh pengguna adalah produk penjagaan diri (pilihan pertama) , penjagaan kesihatan (pilihan kedua) dan diikuti makanan dan minuman (pilihan ketiga). Kualiti dan Keperluan adalah faktor utama bagi pemilihan tersebut.

    Bioeconomy Crop menyasarkan seramai 10,000 pengunjung yang bakal hadir bagi menyertai acara BioUsahawan 2019 nanti. Yang berminat, boleh dapatkan maklumat lanjut dan daftar di:

    Maklumat lanjut dan Pendaftaran BioUsahawan 2019

    Latest articles

    Related articles

    1 Comment

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge