Untuk tidak mencampur adukkan diantara bebelan bersahaja yang lebih bersifat santai dan ilmu perancangan kewangan yang bersifat lebih informatif dan serius, saya telah mengambil keputusan untuk mengasingkan kedua-dua blog saya ini iaitu blog sohoque.com dan blog caknawang.com.
Di samping itu saya boleh menumpukan kepada blog niche supaya menjadikan nichenya lebih kecil dan senang untuk ditumpukan.
Blog caknawang.com ini oleh kerana bersifat lebih informatif, saya tidak boleh selalu meng“update”kannya. Kerana sesuatu entri itu mungkin akan mengambil masa yang sedikit lama untuk saya mencari fakta yang tepat tentang ilmu perancangan kewangan Islam.
Blog caknawang.com ini akan mengetengahkan ilmu-ilmu berkenaan Unit Trust, Takaful dan perancangan harta pusaka Islam. Ia juga akan mengandungi nasihat-nasihat dan idea-idea serta pandangan peribadi saya yang telah berkecimpung dalam bidang ini semenjak 11 tahun yang lalu.
Untuk Unit Trust, akan ada beberapa terma-terma dan nama-nama syarikat yang saya tidak boleh sebut dengan jelas kerana tertakluk dengan peraturan syarikat dan FIMM. Namun perkara yang sama tidak tertakluk kepada Industri Takaful dan Perancangan Pusaka.
Untuk Unit Trust saya adalah Consultant yang mewakili syarikat unit trust yang nombor 1 dan terbesar di Malaysia (berpandukan jumlah nilai aset bersih dan jumlah pelabur).
Untuk Takaful pula saya mendaftarkan diri sebagai Pengurus Unit di Syarikat Takaful Malaysia.
Blog ini juga akan membuka dan memperkatakan tentang peluang-peluang pekerjaan kepada pembaca di luar sana untuk berkecimpung secara sepenuh masa ataupun separuh masa sebagai Islamic Financial Consultant ataupun Perunding Kewangan Islam. Di sini kita akan membincangkan kelebihan-kelebihan menceburi bidang financial consultant ini.
Pembaca-pembaca blog sohoque.com boleh juga ke blog perancangan kewangan Islam ini untuk mengetahui perkembangan terkini dan ilmu-ilmu berkaitan Perancangan Kewangan.
Selamat berkongsi ilmu…!!! Semoga dapat memberi manfaat kepada semua.
saya juga ada satublog yg cuma menggunakan satu niche..iaitu motivasi.
juga agak jarang update blog ini kerana ada masanya memang susah untuk menyamakan emosi dgn penulisan tetapi saya tahu ianya ada pengunjung
Ladfe Amir recently posted..Tempoh Berpantang
bagus bro. kipidap 😉
sohoque recently posted..Tips Murah Rezeki: Berbuat Baik Dan Mendoakan Kepada Ibubapa