
Dulu sewaktu aku baru berjinak-jinak dengan dunia blogging ini memang aku tak nampak macamana seorang blogger boleh buat duit secara online ni. Aku bina blog pada masa tu pun hanya sebagai hobi sahaja.
Tujuan aku agar ilmu yang aku ada dapat aku kongsikan kepada pembaca yang mungkin “tersinggah” ke blog picisan aku. Sekurang-kurangnya dapatlah pahala pasif yang akan mengair masuk ke Akaun Pahala dan Dosa aku walaupun jasadku telah dimamah bumi pada ketika itu.
Ia mungkin akan menambah aliran transaksi debit di dalam Akaun Pahala dan Dosa aku. Sekurang-kurangnya dapatlah menampung sedikit sebanyak aliran kredit akaun tersebut akibat dari dosa-dosa yang aku lakukan.
Setelah sedikit lama berada di dalam industri blogging, aku mula mendapat tahu tentang pendapatan yang boleh diraih melalui iklan yang dipaparkan di blog.
Aku diperkenalkan dengan Nuffnang terlebih dahulu. Bermula daripada sedikit bayaran untuk iklan Nuffnang yang aku dapat dari paparan iklan, aku mula mengorak langkah dengan lebih panjang apabila aku mula mendapat tawaran untuk menulis review berkenaan produk oleh Nuffnang.
Mungkin kerana masa itu gaya penulisan aku sudah ada kemajuan sedikit berbanding daripada mula-mula aku ada blog dulu. Blog pun mungkin lebih kemas. Tapi yang paling membantu adalah aku amalkan cara-cara untuk disukai Nuffnang.
Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!
Selepas lebih setahun aku berkecimpung dalamm arena blogging, makin banyak lubang ataupun pintu rezeki yang aku nampak. Rupa-rupanya bukan tampal iklan kat blog saja yang boleh bagi duit. Malah banyak cara blogger boleh buat duit online ni.

Diantaranya:
1. Review produk
Masyarakat diluar sana sudah semakin sedar akan keberkesanan beriklan melalui blog. Ramai yang sudah sanggup membayar blogger untuk menulis review bagi produk mereka.
Sebab tu pentingnya blog kita ada niche yang specific. Dengan adanya niche pembaca akan tahu blog kita membiacarakan tentang apa. Bagi syarikat pula mereka lebih mempercayai untuk membayar perkhidmatan blogger yang mempunyai niche yang sesuai dengan produk mereka.
Syarikat yang menjual produk berkaitan dengan bayi contohnya, pasti lebih yakin untuk membayar parenting blogger. Pengusaha restoran pula lebih selesa dengan mengundang food blogger untuk review makanan di premis mereka.
Alhamdulillah aku dah banyak menerima jemputan untuk food review ini. Bayaran yang diterima pun boleh tahan.
2. Affiliate
Affiliate pun adalah salah satu cara untuk blogger buat duit online. Banyak affiliate yang kita boleh daftar untuk membuat promosi untuk produk mereka. Kebanyakannya adalah ebook.
Blogger yang aku anggap sebagai mentor dalamm affiliate ni adalah en Titan. Beliau memang memang cukup berpengalaman dalam bisnes affiliate ini. Ribuan ringgit dapat dihasilkan sebulan hanya daripada affiliate ini.
Apa yang bagusnya, beliau telah sudi membukukan pengalamannya yang luas dalam bisnes ini dalam bukunya: Kitab SEO Merah Jambu. Banyak tips dan petua serta apa yang patut dan tidak patut anda lakukan sebagai seorang yang berkecimpung dalam affiliate.
Dapatkan bukunya sekarang jika anda mahu menjadi pemain affiliate yang berjaya. Yang yang sudah berjaya mengikuti jejak langkahnya dengan memiliki buku ini. Antaranya adalah Aku Bio Med, Prof Hariz dan Hafiz Mohd.
Buat Duit dengan Affiliate – Kitab Teknik SEO Merah Jambu
3. Dropship.
Anda boleh juga menjual barangan secara online. Sertai program Dropship. Program yang tidak memerlukan modal dan tidak perlu menyimpan stok barangan.
Anda hanya perlu promosikan barangan tersebut di blog anda dan di media sosial anda seperti barangan tersebut anda yang punya.
Bilamana berlaku pembelian, duit untuk harga barang akan dimasukkan di dalam akaun bank anda. Anda hanya perlu depositkan harga modal sahaja tuan punya barang bersama dengan butiran lanjut pembeli seperi nama, nombor telefon dan alamat. Penghantaran barang akan dibuat oleh tuan punya barangan.
4. Penulis Content

Blogger yang buat duit secara online dengan cara ini adalah masih kurang. Mereka ini dibayar untuk menulis di dalam laman web syarikat atau orang perseorangan.
Di negara-negara maju, content writer ini memang salah satu daripada cara blogger untuk buat duit secara online. Ia adalah salah satu kerjaya yang lumayan di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Australia dan Singapura.
Cuma di Malaysia Content Writer ini masih belum begitu terkenal. Aku rasa mungkin akan tiba masanya Content Writer akan dicari oleh syarikat besar untuk membantu mereka memperkemaskan laman web mereka.
Bayangkan jika penulisan di dalam laman web mereka diberi sentuhan SEO*** oleh blogger yang tahu SEO. Pasti trafik akan tertumpu ke laman web mereka. Ramainya pengunjung ke laman web akan secara langsung menggalakkan jualan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat tersebut.
Akan tiba masa syarikat-syarikat di luar sana akan mencari Content Writer. Kita sebagai blogger perlulah menghasilkan karya yang bermutu untuk bacaan ramai. Harapannya agar karya kita akan dipandang oleh syarikat ini seterusnya mengupah kita sebagai Content Writer.
Kesimpulannya, banyak cara untuk blogger buat duit secara online. Cuma apa yang perlu bagi kita sebagai blogger adalah ilmu yang mantap untuk menarik duit online kepada kita.
Belajarlah ilmu blog. Nescaya ia akan membantu anda lebih maju di dalam industri blogging ini. Pasti objektif anda untuk menjadi blogger yang mampu buat duit secara online akan terlaksana.
Sekarang ni dah ada yang tawarkan perkhidmatan mengajar ilmu blogging ini. sebagai rujukan anda boleh ke Akademi Denaihati untuk melihat jadual kelas-kelas anjurannya.
Ataupun terus klik >> Kelas Essential & Master WordPress << untuk pendaftaran bagi kelas yang bakal diadakan pada 15 & 16 November 2014 ini. Sebabnya tempat adalah terhad. Siapa cepat dia dapat.
Kelas ini memang telah terbukti keberkesanannya. Lihat video bekas pelajar ini:
Moga ilmu yang anda akan dapat di kelas ini nanti akan menjadikan anda blogger yang lebih baik di dalam 2015 nanti.
Jom jadi blogger yang ada arah tujuan. Jom belajar ilmu blog!
Nota:
Ini adalah tugasan terakhir untuk contest Cabaran iPhone 5S anjuran blog Denaihati.
Entri Resipi Daging Masak Merah ini adalah salah satu entri kajian untuk mendapatkan bukti ataupun validasi tentang theori yahng telah dipelajari daripada kelas blogging Akdemi enaihati.
Berikut adalah senarai penaja contest ini:
Penaja Utama
Penaja Individu
http://www.ombakcreatives.com
http://ejamothman.com
http://www.eridy.com
http://www.hilalazmi.com
http://www.eizil.com
http://www.asamboi.my
http://www.diarymama.com
http://pendekarberkuda.org
http://www.saji.my
http://abangensem.com
http://www.enveeus.com
http://www.pakarniaga.com
http://anarm.net
http://www.daddydee.net
http://www.sunshinekelly.com
http://sweetkurma.com
http://awn.my
http://mawarmerah2008.com
http://www.blogieta.com
http://www.broframestone.com
http://www.akmaomar.com
http://khairilmazri.com
http://wowberita.org/
Japan Budget Trip
wahh..ramai juga penaja rupanya.
baru la aku perasan.
ohcikgu recently posted..You are the ONE – Raef
tu la.. jenuh gak aku bg backlink. hahahah
Banyak peluang buat duit online ni sebenarnya… Kalau kita tahu teknik yang betul, In Shaa Allah 4 hingga 5 angka tidak mustahil dapat kita perolehi…
Anuar recently posted..Pengalaman Buat Duit Online Paling Menyeronokkan
tu la.. kena cari tok guru utk belajar ni
billion terima kasih sudi meneruskan cabaran terakhir iPhone 5s gajet impian setiap blogger dan semuga sukses.
insyaAllah. Aameen
Murah rezeki bro dapat peluang tambah pendapatan secara online yang konsisten….
Hazman Fadzil recently posted..Menjemput rezeki dengan amalan sedekah dan makanan
aameen..
Tahniah tuan sohoque. Banyak kejayaan yang telah sohoque.com capai kebelakangan ini. Tahniah tuan semoga terus berjaya.
daddydee recently posted..Banjir Lumpur Di Cameron Highland
ohhh.. alhamdulillah.. tuan lg hebat.. dlm diam.. jom minum..!
encik titan memang lejen 🙂
ikhwan recently posted..Panduan Mendaftar Latihan Separa Perubatan Di SPA
yup.. mahaguru tu..