Aku ke majlis Pra-tonton BoboiBoy Galaxy di Golden Screen Cinema pada hari Rabu lepas. Hanya satu komen aku… Best…! Cerita ni berada di dalam kelasnya yang tersendiri… Syabas Animonsta Sdn Bhd (MONSTA), syarikat yang bertanggungjawab menghasilkan cerita animasi ini.
Genre animasi 3D semakin maju
Malaysia sekarang semakin ke depan dalam industri perfileman. Filem animasi semakin banyak dihasilkan. Dan penghasilannya aku lihat bukan sekadar melepaskan batuk ditangga, malah cerita animasi yang dihasilkan ada yang mengcapai kelas dunia.
BoboiBoy the Movie misalnya telah berjaya mengutip belasan juta ringgit dan filem tersebut telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Kerja yang cukup teliti daripada krew dan pihak MONSTA telah berjaya membuktikan yang anak Malaysia juga mampu bersaing diperingkat antarabangsa.
BoboiBoy Galaxy
BoboiBoy Galaxy adalah kesinambungan kepada siri program animasi 3D BoboiBoy yang telah telah diperkenalkan oleh TV3 buat pertama kali pada tahun 2011. Sejak itu siri animasi ini terus mendapat sambutan bukan sahaja daripada anak-anak malah ibubapa juga. Aku sendiri memang minat dan mengikuti siri animasi ini.
Berikutan sambutan hangat daripada masyarakat untuk BoboiBoy The Movie dan juga siri BoboiBoy di TV, BoboiBoy Galaxy diterbitkan.
Sinopsis BoboiBoy Galaxy
BoboiBoy Galaxy mengisahkan pengembaraan BoboiBoy dan kawan-kawannya ke galaxy lain demi menyelamatkan Sfera Kuasa daripada jatuh ke tangan kuasa jahat.
Sebenarnya banyak lagi sfera kuasa selain daripada Ochobot di luar sana. Setiap sfera kuasa mempunyai kuasa yang berbeza. Jika Ochobot boleh memberikan kuasa luarbiasa kepada BoboiBoy dan rakan-rakan, sfera kuasa yang lain mempunyai kuasa extra masing-masing. Contohnya sfera kuasa Motobot. Ia mempunyai kuasa untuk menukarkan objek menjadi kenderaan yang canggih.

Contoh lain adalah Sfera Kuasa Klamkabot. Ia mempunyai kuasa teleportasi. Dan sebelum ia mati ia telah memindahkan kuasa tersebut kepada Ochobot.
Episod pertama bermula apabila Ciciko bersama dengan Sfera Kuasa Motobot dikejar penjahat daripada galaxy lain. Tujuan mereka adalah untuk merampas Motobot demi mendapatkan kuasa istimewa sfera kuasa itu. Ciciko (Komander Kokoci) yang terdesak menyelamatkan diri telah menghubungi Ochobot di bumi.
Dengan pertolongan Ochobot yang telah membuka pintu ruang angkasa, mereka telah mendarat di bumi dan menceritakan segalanya kepada BoboiBoy dan Gopal.
Sebenarnya di galaxy sana Ciciko adalah Komander Pasukan TAPOPS (Tracker And Protector Of Power Spheras), kumpulan yang menjaga sfera kuasa daripada jatuh ke tangan kuasa jahat.
TAPOPS mengembara satu galaxy mencari dan mengesan Sfera Kuasa dan melindungi mereka daripada kuasa jahat yang memang berkehendakkan sfera kuasa untuk kegunaan misi jahat mereka.
BoboiBoy dan Gopal yang agak bosan kerana bumi telah aman sehinggakan mereka jarang dapat menggunakan kuasa istimewa mereka tertarik untuk menyertai mereka. Dan mereka nanti turut disertai oleh rakan-rakan yang lain seperti Yaya, Ying, dan Fang.
Dari sinilah bermulanya pengembaraan BoboiBoy dan rakan-rakan ke seluruh galaxy. Cerita seterusnya korang kena tunggu apabila disiarkan di TV3 nanti.
Waktu siaran:
Bermula 25 November 2016, korang boleh tunggu kemunculan BoboiBoy pada setiap hari Jumaat, Jam 5.00 petang di TV3.
Untuk yang terlepas menonton pada hari Jumaat, pastikan korang tunggu depan TV korang pada hari Sabtu, pukul 10.00 pagi.
Korang boleh juga menonton di portal video nombor satu negara: www.tonton.my
Komen Sohoque
Sekali lagi aku ulang.. Memang best…! Aku menonton preview untuk episod pertama di GSC Pavilion. Animasi yang sangat bermutu. Pada aku ia lebih baik daripada BoboiBoy the movie.
Aku tonton dengan penuh perasaan petang tu. hahahah. Tapi serius rasa macam tengok wayang jer kualitinya. Ada kelainan sedikit dengan watak BoboiBoy dan kawan-kawannya. Fizikal mereka lebih besar daripada yang sebelum ni. Tapi ini bukan bermakna usia mereka sudah meningkat remaja.

Perubahan ini dibuat kerana ada sedikit komen daripada negara luar yang membeli cerita BoboiBoy the Movie. Mereka merasakan watak BoboiBoy adalah terlalu kecil untuk mereka. Ini kerana fizikal mereka yang lebih besar daripada kita.
BoboiBoy yang berusia sekitar 7 tahun pada kita hanya seperti berumur 3-4 tahun di mata mereka. Sebab itulah pihak MONSTA membuat fizikal superheroes ini lebih besar.
Lima bintang untuk BoboiBoy Galaxy…! Tunggu Jumaat ni.
Tak sabar rasanya nak layan boboiboy macam nie…hehehe
Sib baik ada ulangan hari sabtu… hehehe
dah booking date dengan pegasuh suruh buka kat anak-anak. Kesian kami di rumahtak ada siaran tv.heheh
umminani recently posted..Nak Bercuti Di Nickelodeon Lost Lagoon, Sunway Lagoon?
Hahahaa… bertabahlah
utk org dewasa sesuai tak weh?
Sesuai jer. Aku syiok giller tengok… animation dia best. Smooth. Lebih best daripada boboiboy the movie… international class citer ni
memang terbaik cerita ni. Dulu suami dan anak anak selalu tengok sendiri. Saya pun hairan, kenapa lah dah besar pun masih tengok kartun
.
Tapi lepas tu saya pun tengok sama. Kelakar juga
.
patutlah anak anak dan suami suka
.
At least kami dapat luangkan masa bersama sama kan
Ya.. itu yang penting. Moment terindah bersama keluarga
Dah tengok dah ngan si kembar. Memang best! Teruja budak budak ni. Bila dah habis, si Faris sedih apsal cepat sangat habis katanya hahaha
Mama Kembar 3 recently posted..Tak Sabar Tunggu 12.12 Online Sale Malaysia!
Hahaha… jangan bimbang. Ada 104 episod semuanya. Kalu boleh rekod best tu
Salam dari Indonesia bang.
seru banget boboboy ni. Biarpun saya sudah tua tapi setiap hari saya selalu tengok ceritanya. hehehe
Saya memang dari dulu lagi memang suka kartoon.
Btw, salam perkenalan ye.
Mirwan Choky recently posted..Pesona Wisata Gua Sarang, Raja Ampat-nya Aceh
Salam. Terima kasih sudi singgah
Sekarang ni dah tayang kat tv, memang jadi saat terbaik untuk anak anak dan ibu bapanya
.
Haha
.
Sebab ikut kajian MONSTA
.
Penonton boboiboy ni 60% dewasa. 40% je kanak kanak
.
Kan kelakar tu. Masih ramai lagi kanak kanak dewasa
Mazni Azmi recently posted..Pendarahan Awal Kehamilan. Cara Elakkan Dari Berlaku?
Hahaha… itu la pasal. Saya pun minat tu